RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 21 Januari 2011

YB GOBALA MENUJU PROSES MENJADI `KATAK HITAM'

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA PKR mesti memberi peluang terlalu luas buat MP Padang Serai, N. Gobalakrishnan ini? Sebanyak mana pun parti memberinya peluang, beliau sebenarnya memang ingin keluar dari PKR tetapi takut untuk menyuarakannya kerana bimbang digelar pengkhianat atau `katam hitam'. Baca betapa egonya bakal katak hitam ini di sini.

Beliau telah diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab oleh PKR kerana beberapa kenyataannya sebelum ini seperti `orang mabuk todi'.

NONEDalam jawapan angkuhnya di Twitter hari ini, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”

Betapa bebalnya MP ini, mengapa terlalu susah untuk istiharkan sahaja keluar dari PKR dan menyembah lutut Palanivel atau Zaid Ibrahim? Usahlah memberi bermacam alasan untuk menunjukkan beliau adalah hero Tamil, sedangkan semua tahu beliau bukan hero tetapi `pelakon upahan memegang watak pemabuk todi'.

MP ini mulai menunjukkan perangai seperti mabuk todi apabila PKR melantik N. Surendran sebagai Naib Presiden PKR yang dilantik. Beliau merapu di dalam Twitter menghentam orang lain tidak tentu hala. Ketua Umum PKR menjadi sasaran. YB Azmin, N.Surendran dan merapu sehingga menuduh DS Anwar anti Hindu atau anti Kuil, satu tuduhan yang MIC sendiri tidak pernah lakukan terhadap DS Anwar.

Gobala merasa semakin hilang kredibiliti apabila tuduhannya terhadap DS Anwar kununnya anti Hindu/Kuil disanggah keras oleh beberapa pimpinan PKR di kalangan kaum India berugama Hindu sendiri. YB Manikavasagam sendiri yang dikenali seorang yang kritikal terhadap parti turut menyanggah tuduhan Gobala. Malahan kaum India sekitar kuil Bukit Gasing yang menjadi kontroversi oleh Gobala itu sendiri menolak tuduhan jahat Gobala terhadap DS Anwar.

Gobala sebenarnya ingin dipecat sepertimana taktik yang digunakan oleh `firaun besar' Zul Kulim. Justeru itu, beliau akan melanggar apa jua arahan parti untuk mencapai hasratnya itu. Beliau sedar, di dalam Pilihanraya Umum akan datang kerusi Parlimen Padang Serai akan terlepas darinya. Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Saya simpati dengan Gobala yang begitu susah nampaknya untuk keluar segera dari PKR. Justeru itu, saya berharap agar PKR merealisasikan hajat MP Padang Serai ini untuk menjadi seekor lagi katak ciptaan iaitu `katak hitam'. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Saya sokong seperti yg catatkan tu tepat sekali

    BalasPadam