RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 27 November 2011

PERMIT CERAMAH - KETUA POLIS JOHOR TIDAK PERLU TUNJUK MUKA GARANG


 Oleh: WFAUZDIN NS 

TIDAK tahu mengapa, kenapa susah sangat pihak Polis Johor untuk meluluskan permit ceramah PKR di negeri yang dikatakan gagah sangat Umno itu.  Pada waktu TPM, Muhyiddin Yasin tidak cukup kaki menjelajah ke setiap pelusuk negeri dan berkempen untuk menjatuhkan Pembangkang dengan dibantu oleh media mereka, hak Pembangkang terus dinafikan dengan berbagai alasan.

 

Ketua-Polis-Johor,-Datuk-Mohd-Mokhtar-Mohd-Shariff
Seperti di Johor, sempena dengan Kongres Nasional PKR di Pulai Spring Beach Resort, beberapa program telah diatur di beberapa daerah di Johor.  Undang-undang telah dipatuhi di mana pihak Penganjur telah memajukan permohonan permit lebih awal.
Namun, dimaklumkan berbagai alasan telah diberikan oleh pihak Polis.  Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menyebut Polis tidak membatalkan permit ceramah yang dimohon PKR namun menegaskan ia belum diputuskan.  Tetapi menyebut pula, polis menolak permohonan PKR untuk mengadakan ceramah di beberapa daerah di negeri ini selepas mengambil kira keselamatan rakyat dan untuk mengekalkan ketenteraman awam (Sinar).

Hanya dua alasan diberikan iaitu keselamatan rakyat dan untuk mengekalkan ketenteraman awam.  Alasan Ketua Polis Johor itu tidak dapat dibuktikan dengan fakta bahawa program ceramah Pembangkang khususnya dari PKR sebelum ini telah menggugat keselamatan awam.  Apa yang boleh kita buktikan melalui fakta iaitu yang tergugat dengan program ceramah Pembangkang ini adalah Umno.  Adakah tergugatnya Umno bererti tergugatnya orang awam?

Sebelum ini di war-warkan Johor bumi yang selamat.  Sewajarnya pihak Polis tidak membuat provokasi dengan mendakwa kehadiran Pembangkang boleh mengubah situasi negeri tersebut.  Minda Ketua Polis Johor mesti dicuci dengan melihat bahawa Pembangkang di negara ini telah pun menjadi Kerajaan di beberapa buah negeri.  Lihat sahaja negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, pernahkah berlaku huru-hara?  Bahkan, program anjuran Umno/Bn dibenarkan bebas di negeri-negeri berkenaan sehingga mereka boleh berdemontrasi di hadapan pintu pejabat Kerajaan Negeri.

Justeru itu, mengapa di Johor mereka melihat Pembangkang seperti puak pengganas?  Tidak perlulah Ketua Polis Johor menunjukkan muka garang di hadapan TV dengan memberikan amaran kepada Pakatan Rakyat.  Jika amaran dari Ketua Polis Negara sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 pun rakyat tidak endahkan kerana rakyat tahu amaran itu berlawanan dengan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan, apa sangatlah amaran dari seorang Ketua Polis Negeri. 

Kita bukan mahu mencabar pihak Polis, kita cuma mahu Ketua Polis ini bijak sedikit.  Jika pemimpin Umno, kita sudah maklum sememangnya tidak pernah bijak, kita tidak mahu Pegawai-Pegawai Polis juga mendapat penyakit yang sama.  Amat memalukan jika Ketua Polis Negeri tidak berkembang minda mereka./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. KP Negeri, minda mereka dah di program ikut arahan dari KPN & Menteri Dalam Negeri atau serupa macam robot lah tak tau nak berfikir lebih waras. Ako rasa budak ting. 6 lagi lebih rasional cara mereka berfikir... atau mereka ni takut dgn berlakunya rusohan yg besar2 spt di Mesir kot.. hai lembab punya mentaliti.. macam mana boleh jadi KP Negeri.

    BalasPadam
  2. Polis ini memang bangang adik kepada bodoh, tinggok muka pun muka samdol. orang yang jadi polis ini memang kejiiii macam taik. Budak yang baru lahir pun tahu polis ini rasuah.. mampuslah polis, membanzir duit rakyat sahaja bayar gaji polis ini.

    BalasPadam