RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 15 Jun 2009

CHIN PENG - MENGAPA ANWAR PULA DIHENTAM?


Akhabar utusan malaysia hari ini menegaskan betapa anwar adalah bersalah kerana mahukan seorang warga tua kembali ke tanah air.Berdasarkan kepada perjanjian Hadyaii yang termeterai , maka selayaknyalah difikirkan betapa layak Chin Peng kembali.

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

  • Chin Peng dilahirkan di Setiawan negeri Perak diketahui umum di dalam dan luar negeri, dan sanak saudaranya dengan senang saja dapat menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam mahkamah. Rasanya permintaan mahkamah hanya merupakan alasan untuk menafikan hak Chin Peng untuk menetap di Malaysia berasaskan prinsip Jus Soli.

    Pada 21 Mei, Pengerusi Citizens Internasional, Sdr. SM Mohamed Idris, telah merayu kepada kerajaan supaya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia atas alasan-alasan berikut:

  • Melalui perjuangannya menentang imperialisme, penjajahan dan penindasan, beliau telah membawa kehormatan dan maruah kepada negara dan rakyat kita;
  • Telah menjadi fakta sejarah yang sahih bahawa perjuangan yang dibawa oleh gerakan pembebasan pimpinan Chin Peng, Rashid Mydin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan lain-lain telah menyumbang ke arah kemerdekaan Malaya;
  • Sumbangan gerakan ini diiktiraf sendiri oleh mantan perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bekas timbalan perdana menteri Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Abdul Ghafar Baba, seorang lagi mantan timbalan perdana menteri;
  • Perjanjian PKM dengan kerajaan Malaysia pada 1989 membenarkan bekas pemimpin gerakan gerila itu pulang ke tanahair dan menetap, kerajaan digesa menghormati butiran perjanjian tersebut.
  • Beberapa bekas pemimpin kanan PKM seperti Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad telah dibenarkan oleh kerajaan untuk kembali, malah menetap di Malaysia.
Sumber: Laman Reformasi

JAWAPAN MENGARUT MENTERI DALAM NEGERI

Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan

Semasa menjawab soalan asal mengenai tindakan polis meneceroboh DUN Perak pada 7 Mei lepas oleh DS.Anwar Ibrahim, saya mendapati beliau cuba berbohong dengan memutar belit fakta dan memberi fakta yang bercanggah dari realiti yang sebenar yang berlaku dalam dewan.

Sebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.

Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaanSpeaker BN, Ganesan bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.

Sebenarnya kedudukan V.Sivakumar maish sah bila mengarahkan 7 orang ADUN BN dan 3 ADUN bebas keluar dari Dewan. Kenapakah apabila bentara tidak mengikut arahan Speaker dan 10 orang ADUN itu tidak keluar, polis tidak membantu Speaker Sivakumar.

Jelas pihak polis double standard dan berpihak kepada BN sahaja apabila tidak menyelamatkan lebih awal dari kekecohan yang besar dengan tidak membantu Sivakumar.

Apakah kewajaran setelah kekecohan berpanjangan sekitar 5 jam, baru pihak polis mahu membantu kononnya Speaker yang dilantik dengan cara tidak sah, Ganesan.

Selain itu saya ingin menanyakan kepada Hishamuddin, apakah kewajaran pihak polis mengiktiraf sidang yang telah berlangsung dengan tidak mengikuti agneda yang sebenarnya. Tidakkah polis mengetahui bahawa usul memecat dan melantik Speaker hanya berlaku apabila sidang dirasmikan dahulu oleh DYTM Raja Muda, barulah proses sidang bermula dengan apa jua agenda termasuk hasrat Bn memecat Speaker Sivakumar dan menggantinya dengan Speaker baru.

Demikianlah siri pembohongan BN sampai kepada Dewan Rakyat.Keadaan yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari ini mengesahkan lagi tidak ada cara lain yang akan menyelesaikan kemelut politik di Perak melainkan dengan pembubaran DUN Perak. -Cina Islam

TINDAKAN HALAU MP - ANWAR AKAN JUMPA SPEAKER

Anwar berang tindakan Speaker

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak setuju dengan tindakan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mengarahkan tujuh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) keluar dewan. Beliau berkata, tindakan yang dilakukan oleh anggota dewan terbabit turut dilakukan oleh Ahli Parlimen di negara lain. “Saya akan berjumpa dengan Speaker berhubung dengan perkara ini, ia tidak sepatutnya berlaku kerana di negara lain pun terjadi perkara sebegini. “Pertemuan itu nanti saya akan meminta beliau (Speaker) untuk membenarkan mereka ini masuk semula ke dalam dewan,” katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin daripada Pas diarah keluar daripada Dewan Rakyat, sebaik saja selesai mengangkat sumpah memegang jawatan kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan pada songkoknya. Perintah itu turut dikeluarkan kepada beberapa anggota Parlimen daripada PR iaitu Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). / SH

SKANDAL PKFZ - USUL BAHAS DITOLAK !!

Monday, 15 June 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

Speaker Parlimen pilihan Barisan Nasional hari ini menolak usul untuk membahaskan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang membabitkan pemimpin-pemimpin kanan Umno- MCA dan wakil-wakil rakyat BN.

Usul dari Ahli Parlimen Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) membincangkan skandal RM12.5 bilion itu ditolak Pandikar Amin Mulia. Menjelaskan kepentingan isu ini dibahaskan, Kit Siang berkata penjelasan dari Menteri Pengangkutan Ong Tee Keat amat penting kerana laporan audit PriceWaterhouseCoopers (PwC) ke atas PKFZ tidak memuaskan. Tegas Kit Siang, isu terpenting skandal ini tidak disentuh kerana laporan PWC itu tidak menjelaskan bagaimana kos RM1.1 bilion projek itu melonjak kepada RM12.5 bilion.

Bagaimanpun Pandikar menolak usul itu daripada dibahaskan kerana kononnya “bukan menjadi satu isu yang perlu disegerakan.” Keputusan Pandikar itu senada dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semalam, bahawa isu PKFZ kononnya tidak perlu di bahas di Parlimen kerana BN telah mengambil segala tindakan yang perlu. Alasan Pandikar dan Khairy itu cetek kerana isu PKFZ membabitkan dana awam dan Parlimen adalah forum untuk memastikan semua pihak telus dalam menangani isu itu. /SK

Ulasan - Bukan isu duit rakyat lesap, yg jadi isu bila jawatan lenyap. Itulah Umno/Bn.

CHIN PENG PERNAH MEMBUNUH, IBRAHIM LIBYA PULA DIBUNUH

Oleh: WFAUZDIN NS

ANDAIKATA menyokong Chin Peng bekas pemimpin PKM untuk pulang ke Malaysia bukan satu kesalahan, aku rasa patut juga aku sokong. Begitu juga jika kita menganggap Chin Peng adalah zalim, pembunuh dan membuatkan ramai keluarga mangsa komunis menderita sehingga sekarang, aku tidak nampak di mana bezanya pula si pembunuh As-Syahid Us Ibrahim Libya. Aku rasa yang terlibat dengan pembunuhan syuhada' tersebut ada di antaranya masih hidup dan masih makan di bumi Malaysia sekarang. Bagaimana pula perasaan kaum kerabat dan ahli keluarga Syuhada' yang ramai terbunuh di Memali beberapa tahun lalu? Bergembirakah atau menderitakah sekarang?

Kita tiba-tiba marah apabila mendengar Chin Peng berhajat untuk kembali ke tanahair kelahirannya atas alasan terlalu besar jenayah yang beliau lakukan. Memang besar pun, dan Chin Peng ketika itu terlalu zalim. Bukan orang-orang Melayu sahaja yang pernah dizalimi oleh bekas pemimpin PKM ketika itu, bahkan ramai juga di antaranya kaum-kaum Cina. Jadi, ini bukan soal perkauman kerana kezaliman Chin Peng ketika itu melangkau isu perkauman. Kita jengok sebentar kes Memali? Siapa yang membunuh beberapa orang anak murid dan pengikut Us Ibrahim Libya? Dan, operasi pembunuhan di Memali ditujukan kepada satu bangsa sahaja iaitu orang-orang Melayu beragama Islam yang majoritinya dikatakan penyokong kuat Pas.

Chin Peng belum pun menjejak kaki ke bumi Malaysia, hiruk pikuk kita menentang dan marah. Bagaimana dengan mereka yang terlibat di dalam pembunuhan di Memali? Adakah kesemuanya mereka sekarang berada di luar negara? Jika benar mereka berada di luar negara, lebih baik kita pakat-pakat jangan benarkan Chin Peng dan pembunuh-pembunuh Us Ibrahim Libya tersebut balik ke tanahair kerana kedua-duanya zalim. Pada saya. sekurang-kurangnya Chin Peng telah mengikat janji perdamaian dengan kerajaan sewaktu pembubaran PKM dan ini sekaligus menunjukkan Chin Peng tidak mungkin berlaku zalim lagi. Mana pula perdamaian atau mohon maaf dari pembunuh Us Ibrahim Libya? Jika ada, lebih baik kedua-duanya dibenarkan menghirup udara kat tanahair tercinta kita ini.

Sebagai masyarakat yang semakin bertamaddun, segala keputusan kita perlu bijak. Jangan tutup mata sebelah dan membuka mata sebelah satu lagi. Kezaliman tetap kezaliman tidak kira siapa dan jika perlu dihukum, maka hukumlah mereka. Jika perlu dimaafkan, maka maafkan mereka. Deritanya ahli keluarga mangsa kekejaman komunis suatu ketika dahulu tidak lebih dan tidak kurang dari mangsa kezaliman peristiwa Memali. Jika semua yang berlaku zalim di dalam negara ini dihukum buang negara atau diusir, aku rasa tidak cukup tempat duduk dalam kapalterbang atau tongkang untuk membawa mereka-mereka ini keluar negara. Teringat pula aku keluarga Altantuya dan anaknya, bagaimanakah perasaan keluarga beliau sekarang. Siapa pembunuh yang zalim terhadap beliau? Itu aku tak tahu. / wfauzdin.blogspot.com

APABILA `TEMBAGA' HENDAK MENGAMBIL `ANAK EMAS' DI MANEK URAI

Oleh: WFAUZDIN NS

SUNGGUH Menggelikan hati apabila Umno/Bn berjanji akan menjadikan Manek Urai sebagai `anak emas' kepada mereka jika Bn menang di dalam PRK di kawasan tersebut nanti. Saya tidak tahu sebelum ini entah berapa banyak Umno/Bn melahirkan `anak-anak emas' mereka setiap kali pilihanraya diadakan. Jelasnya, sebelum ini Umno/Bn mungkin beranggapan kawasan-kawasan tersebut cuma `anak tiri atau anak tembaga' sahaja. Biasalah, kalau tidak berjanji bukan Umno namanya.

Cuma terfikir juga oleh saya, jika Umno/Bn hendak mengambil kawasan-kawasan tersebut sebagai `anak emas' mereka, adakah mereka sendiri juga dari kumpulan `emas' atau lebih dari itu? Tetapi jika Umno/Bn sendiri pun kini rakyat umpamakan seperti `besi buruk' , masuk akalkah parti tersebut berjanji untuk `menganak emaskan' mana-mana kawasan? Bukanlah lucu sangat tapi pelik sedikit.

Namun demikian, penduduk-penduduk di Manek Urai tentunya bertuah sekarang kerana sudah ada pasukan sukarela yang sanggup masuk kebun dan ladang getah mereka. Tidak beberapa hari lagi, Puteri Umno atau wanitanya akan datang juga untuk menolong rakyat di Manek Urai di dalam kerja-kerja membasuk kain, menyapu sampah atau pun kerja-kerja dapor. Memang Umno sungguh baik dan berjiwa rakyat. Itulah perubahan besar di bawah Presiden Umno Najib yang baru. Program-program melucukan ini sudah tentu idea Ketua Penerangan Umno yang baru dan tabik spring buat beliau kerana berani mencuba `hati dan iman' orang-orang Kelantan. Manalah tahu, orang-orang Kelantan ini boleh diubah minda mereka menjadi seperti orang-orang Sabah dan Sarawak. Bukankah Umno/Bn kuat di sana?

Biarlah berapa banyak `anak-anak emas' yang Umno/Bn ingin wujudkan. Bila sudah jadi `emas' jangan lupa kita gadaikan ke pajak gadai Pas. Beri ambil, pangkah Pas. Ibrahim Alkataki tentu setuju dengan saya, pasal beliau sendiri pernah mengajar orang-orang Pasir Mas bersikap bijak sedemikian. Malangnya, beliau pula menjadi dungu sekarang ini. / wfauzdin.blogspot.com


Ahad, 14 Jun 2009

MENARIK UNTUK DIBACA - KHALID SAMAD MENGUPAS TENTANG MUKTAMAR PAS


Oleh Khalid samad

Beberapa pengamatan setelah seminggu tamatnya muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam.

1. SUASANA PERBAHASAN

• Isu PR & Isu Terpinggir

Ramai yang menumpukan perhatian mereka sepanjang Muktamar yang ke 55 ini kepada hanya persoalan pemilihan dan ‘kerajaan perpaduan’. Sehingga mereka terlepas pandang satu perbezaan yang amat ketara sekali pada pandangan saya di antara Muktamar tahun lepas di Ipoh dan Muktamar yang berjalan seminggu yang lalu.

Perbezaan ini bukanlah berhubung tempat, sistem PA, pentas atau sebagainya. Perbezaan ini adalah berhubung isi kandungan perbahasan ucapan dasar. Tahun lalu, wakil Pemuda, Selangor, Terengganu dan beberapa Negeri yang lain begitu kritikal terhadap kerajaan PR dan juga Anwar. Ada yang menyatakan ‘terpinggir’, ada yang mendakwa di anak tirikan, melukut di tepi gantang dan sebagainya.

Tahun ini senyap.

Pada pendapat saya sekiranya masih ada golongan yang tidak berpuas-hati dengan PR, mereka terpaksa mendiamkan diri. Mereka melihat bahawa di sisi perwakilan, PR telah diterima secara sebulat suara. Mempertikaikan PR merupakan satu pendekatan yang tidak dapat diterima oleh perwakilan. Ini jelas terbukti apabila kita melihat kenyataan PJ Selangor di dalam Harakah keluaran minggu Muktamar yang bertajuk ‘Rakyat Selangor Bahagia di bawah PR’. Ini jauh sekali berbeza dari yang lalu.

Ini merupakan berita baik bagi penyokong PR.

• Isu kerajaan perpaduan

Isu kerajaan perpaduan tidak dibawa dalam Ucapan Dasar dan tidak juga dikemukakan semasa perbahasan. Ianya timbul semasa sidang akhbar apabila ditanya oleh wartawan. Jawapan ikhlas dan terbuka Dato’ Seri Presiden selepas itu di ‘spin’ untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan penyokong.

Status isu ini sebenarnya adalah tertunda sehingga dibahas di dalam AJK PAS Pusat dan seterusnya oleh Muktamar khas, iaitu sekiranya diterima AJK PAS Pusat. Seterusnya ke Majlis PR untuk dibincangkan bersama dengan PKR dan DAP. Secara prinsipnya, proses ini sepatutnya terhenti sekiranya cadangan ini ditolak di mana mana peringkat.

Oleh yang demikian, hakikat bahawa ianya disebut atas sebab ‘jolokan’ wartawan perlu diambil kira dalam kita menangani isu ini. Ianya tetap merupakan pandangan peribadi dan bukan pandangan parti.

Ini juga berita baik bagi penyokong PR.

2. KEPUTUSAN PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN

• Asas Pemilihan

Ada yang berkata kepada saya bahawa kemenangan Ust Nasha menunjukkan bahawa kumpulan pro-Muzakarrah telah menang. Oleh itu Muzakarah dengan UMNO boleh diteruskan. Saya menjawab malangnya itu bukan asas pemilihan! Betul, saya telah meminta para perwakilan memilih atas dasar tersebut, iaitu siapa pro-kerjasama dengan UMNO dan siapa tidak. Tetapi pandangan saya ditolak esoknya oleh Ketua Penerangan PAS Selangor dan beliau menggesa perwakilan memilih atas dasar yang lain.

Oleh itu, keputusan ini tidak boleh dilihat dari sudut pro dan kontra kerjasama dengan UMNO.

Kedua, hakikatnya dalam beberapa program sebelum hari pemilihan, calon yang dianggap pro-kerjasama membuat penafian demi penafian bahawa mereka ingin “membawa PAS masuk UMNO dan BN”. Akhbar Sinar hari Jumaat berkenaan, muka depan, disebut sebagai berkata “Tidak mungkin di adakan kerjasama PAS dan BN”.

Penafian-penafian sebegini menyebabkan pewakilan yang anti-kerjasama turut mengundi kumpulan ini. Oleh itu ianya bukan keputusan yang menunjuk sokongan terhadap usaha kerjasama dengan UMNO.

Perlunya calon-calon menafikan keinginan bekerjasama dengan UMNO untuk berpeluang menang adalah juga berita baik bagi penyokong PR.

• 46% Nasha 28% Husam 26% Mat Sabu

Turut perlu dikupas adalah keputusan pemilihan. Ianya dapat dibahagikan kepada 3 point seperti berikut :

i.) Isu Ulama

Ada yang mengatakan bahawa keputusan ini membuktikan perwakilan inginkan ulama’ sebagai TP. Ini tidak benar kerana lebih ramai memilih calon yang bukan berpendidikan agama secara rasmi sebagai pilihan mereka. Husam dan Mat Sabu mendapat 28% dan 26% dan ini menjadikan jumlah perwakilan yang memilih bukan ulama’ sebanyak 54%.

Ini juga tidak bererti perwakilan inginkan bukan ulama sebagai TP. Ianya hanya merupakan bukti bahawa perwakilan merasakan tidak semestinya seorang ulama menjawat jawatan berkenaan.

ii) Isu Kerajaan Perpaduan

Ada juga yang menyatakan ini bukti bahawa konsep kerajaan perpaduan diterima. Ini juga tidak benar kerana ianya bukan asas pemilihan dan kedua, Ust Nasha hanya mendapat 46%.

iii) “Saya tetap menang”

Saya agak kecewa bila membaca Ust Nasha menjawab “I still won” atau “saya tetap menang” apabila disebut oleh wartawan bahawa dia hanya memperolehi 46% dari undi perwakilan. Ini adalah kerana ia mengingatkan saya kepada jawapan Dr. M bila dia menyebut “walaupun dengan majoriti satu undi, saya tetap menang”. Sebagai pemimpin dia harus lebih peka kepada hakikat bahawa dia tidak mendapat sokongan majoriti dan bagaimana PAS seolah-olah terbahagi dua dalam persoalan pemilihan ini. Jawapan “saya tetap menang”, sekiranya benar, merupakan jawapan yang agak kebudak-budakan bagi saya dan kurangnya sifat kepimpinan. Ini juga menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap kehendak majoriti perwakilan.

3. SOAL BERKEMPEN

Pengharaman berkempen diumumkan secara meluas. Namun hakikatnya unsur-unsur kempen berlaku secara terbuka. Dalam soal ini, saya tidak berpuas hati dengan beberapa persoalan seperti berikut:

• Peranan Harakah

Harakah keluaran muktamar menyiarkan lapuran ‘Fokus Selangor’. Ia merupakan kempen yang jelas terhadap beberapa personaliti Selangor yang bertanding di dalam muktamar pada kali ini. Ia tidak sepatutnya dibenarkan berlaku.

• Perasmian Muktamar Dewan-Dewan

Calon ‘incumbent’ atau yang sedia memegang jawatan dapat merasmikan mesyuarat agung tahunan dewan-dewan. Ini memberi kelebihan kepada mereka kerana mereka dapat memanfaatkan peluang ini untuk menjelaskan beberapa persepsi negatif terhadap diri mereka.

• Program Jubili Perak Kepimpian Ulama’

Program ini malangnya merupakan program kempen yang jelas bagi calon yang dilihat sebagai ulama. Termasuk dalam soal ini kenyataan oleh Ust Daud Iraqi dan Dr Harun Din. Ini juga tidak sepatutnya berlaku.

• Alternatif

Kita sepatutnya membenarkan kempen secara terbuka tetapi terkawal. Iaitu mengikut garis panduan yang jelas demi menentukan perwakilan dapat memahami agenda setiap calon. Ini mungkin lebih baik demi menjamin hanya yang terbaik akan dipilih. Seperti dalam pilihan raya kecil ataupun umum, calon perlu diberi peluang bertemu dengan pengundi untuk menjelaskan segala isu yang perlu diperjelaskan. Saudara Husam ditimpa bermacam-macam fitnah seperti mandi bunga di kubur, terlibat rasuah, agen Anwar, tak wala’ kepada pimpinan dan sebagainya. Beliau sepatutnya diberi peluang untuk memberi penjelasan dan begitu juga Ust Nasha serta Mat sabu.

Apa yang boleh difikirkan ialah sesi-sesi terbuka di setiap negeri di mana calon-calon berkenaan bertemu dengan perwakilan dan menjelaskan sikap dan pendirian mereka terhadap segala isu yang dikemukakan kepada mereka. Dalam keadaan sebegitu maka segala yang tidak jelas boleh menjadi jelas dan segala keraguan dapat dilenyapkan.


4. AKHIR KATA

Akhir kata saya ingin mengucapkan JazakaLlahu khairan kathira kepada semua yang mengundi saya untuk jawatan AJK PAS Pusat. Saya dimaklumkan saya telah mendapat 408 undi dan menduduki tempat yang ke 23. Walaupun tidak dipilih, saya akan terus memberikan khidmat saya untuk memajukan perjuangan Islam yang dibawa PAS dan berusaha untuk meningkatkan tahap penerimaan perjuangan Islam oleh seluruh masyarakat negara kita ini.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

APABILA KJ SUDAH BUKAN MENANTU PM LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH terlalu lama kita tidak mendengar suara KJ, Ketua Pemuda Umno yang disabitkan dengan kesalahan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno itu. Mungkin percakapan beliau tidak membawa apa-apa kesan kepada parti apatah lagi kerajaan. Maklumlah, KJ bukan menteri walaupun yang tewas kepada beliau sudah pun menjadi menteri begitu juga dengan Naib beliau. KJ cuma menantu kepada PM pencen tidak lebih daripada itu.

Baru-baru ini KJ mengulas tentang kenyataan pimpinan AMK berkaitan kes liwat DS Anwar. KJ menganggap bahawa cadangan AMK untuk mengadakan demontrasi jalanan sekiranya mahkamah gagal melaksanakan keadilan terhadap DS Anwar nanti adalah merupakan satu ugutan terhadap badan kehakiman. KJ menyatakan, kenyataan AMK tersebut seperti ingin cuba mempengaruhi badan kehakiman. Hendak bertanya juga, semenjak bila badan kehakiman selalu tertekan dan selalu dipengaruhi oleh pihak pembangkang? Tidak tahulah saya kalau-kalau ada pihak lain selama ini yang suka `menekan dan mempengaruhi' badan kehakiman. Lojiknya, pihak yang tidak memegang kuasa mustahil untuk menekan atau mempengaruhi hakim-hakim ini. Kalau yang memegang kuasa dituduh sedemikian, tidak mustahil rasanya.

Jelas kelihatan pada kita, KJ sekarang sudah semakin hilang kekuatan pada idea dan hujahnya. Memang tepat barangkali Najib tidak memilih beliau untuk menjadi menteri kerana semenjak hilangnya kuasa bapa mertuanya dalam kerajaan, KJ semakin kelihatan seperti budak Ketua Cawangan Umno di kampong. Pengaruh beliau di dalam Umno khususnya di dalam Pemuda sendiri boleh dikatakan susut jauh. Jika dahulu beliau diangkat dan dijulang kerana status menantu PM, sekarang ini untuk memberi peluang kepada beliau berkempen pun Umno terpaksa berfikir 10 kali. "Beginilah nasib diriku yang malang ohh tuhan.."(lagu P.Ramlee). / wfauzdin.blogspot.com

AWANG SELAMAT UTUSAN MALAYSIA KAKI HASUT?

Bisik-Bisik Mingguan AWANG SELAMAT(KAKI HASUT)

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah mencetuskan bantahan beberapa pihak termasuk UMNO.

Awang turut tertanya mengapa perlunya pungutan pendapat itu dalam laman blog pemimpin parti komponen dalam BN. Topik itu telah dimuatkan sejak tahun lepas dan dibiarkan lama biarpun ketika Tee Keat sudah menjadi Presiden MCA.

Bagaimanapun pungutan suara itu dikeluarkan daripada laman blog tersebut kelmarin. Berdasarkan laporan akhbar, 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar daripada BN.

Persoalan mengapa pungutan suara dengan tajuk yang sedemikian dibuat dan dibenarkan dalam laman blog Presiden MCA?(MEMEBAWA MAKSUD FIKIRAN DAN MENGKAJI TINGKAHLAKU RAKYAT TERHADAP PARTI)

Bayangkan jika Pergerakan Pemuda UMNO dalam blognya menyiarkan bancian bertajuk

"Setujukah anda bahawa MCA gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum lalu dan wajar dicerminkan dalam pembentukan kabinet?"

ATAU

SETUJUKAH ANDA JIKA UMNO GAGAL MENUNJUKKAN PRESTASI DALAM 5 PILIHANRAYA KECIL DAN AHLINYA PATUT MENYERTAI PARTI LAIN???

Sudah pasti MCA akan melompat dan menjadikannya isu besar. Pada Awang dan ramai lagi, pungutan suara itu adalah sebahagian daripada muslihat MCA mahu menekan UMNO. Strategi sedemikian tidak akan berkesan kerana prestasi MCA merudum teruk dan gagal mengatasi pengaruh DAP yang begitu agresif. Kalau masyarakat Cina sudah menolak MCA, untuk apa lagi memberi muka kepada parti itu?

BUKAN MENEKAN...TAPI PIMPINAN MCA MELIHAT KELEMAHAN PIMPINAN DAN PERKARA INI TELAH LAMA BERLAKU KERANA TIADANYA AMALAN TOLERANSI DALAM BN......

Malah jika MCA mahu meninggalkan BN, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan adanya MCA sekalipun, BN belum tentu dapat memenangi hati masyarakat Cina (termasuk pada pilihan raya umum depan). Sebaliknya UMNO akan sentiasa diasak untuk banyak mengalah kononnya atas nama perubahan.

BETULKAH????

UMNO mesti bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan daripada percaturan politik parti komponen tertentu. Jika ada parti yang mahu keluar, usah ditahan. Biarkan sahaja.

Mungkin UMNO perlu merangka model politik baru dan mencari mekanisme terbaik mendekati hati bukan Melayu tanpa melalui parti komponen. Jika kaedah itu tidak banyak membantu di peringkat awal, tidak mengapa. Yang penting, UMNO tidak seharusnya lagi bermurah hati semata-mata mahu menjayakan perkongsian kuasa sedangkan ada parti komponen yang sentiasa mengenakan tekanan. Mereka sahaja yang mahu menang dan bersikap keterlaluan. Maka untuk apa lagi perkongsian kuasa yang sebenarnya lebih menguntungkan pihak lain?

BETUL TU...AWANG SELAMAT.....SEBAB ITU PKR DITUBUHKAN....BARANGKALI.........

MEMANG KALAU DIIKUT SIFAT RASIS AKAN MENJADIKAN FIKIRAN BEGITU SEMPIT.MASYARAKAT DAH LIHAT JAUH KEHADAPAN ,SAYANGNYA KITA MASIH BERFIKIRAN SEMPIT.PATUT ORANG MELAYU TINGGALKAN UMNO KERANA FIKIRAN SEMPIT.SETAHU AKU SEJAK KECIL AWANG SELAMAT INI MENULIS,NAMUN TAK MENJADIKAN FIKIRAN ORANG MELAYU LEBIH BIJAK DARI AWANG SELAMAT.CUBA KAJI KENAPA PUNGUTAN TU DILAKUKAN DAN BAGAIMANA JIKA UMNO CUBA MEMBUAT BANCIAN SEDEMIKIAN DENGAN TAJUK....

ADAKAH ORANG MELAYU MENINGGALKAN UMNO DAN MENYERTAI PAS DAN PKR AKIBAT SIKAP PEMIMPIN PARTI TERSEBUT.

ATAU PUN

ORANG MELAYU LEBIH MEMPERCAYAI PIMPINAN PAS DARI UMNO UNTUK MENGURUSKAN KEBAJIKAN BANGSA MELAYU.

Kiriman: Sulaiman Ariffin.

NAJIB, BERHATI-HATI DENGAN KES DS ANWAR INI

Lebih 10 tahun dahulu, Mahathir yang kini masih mendapat umur subsidi telah menyebabkan UMNO lumpuh dan menuju kehancuran sampai ke hari ini ekoran tindakannya memecat dan seterusnya membuat pendakwaan palsu yang direka-reka ke atas Anwar Ibrahim. Peristiwa 2 September 1998 sesungguhnya menjadi titik tolak kehancuran UMNO akibat kebebalan seorang pemimpin bernama Mahathir yang bertindak zalim dan ganas ke atas bekas timbalannya sendiri. Rakyat Malaysia sama sekali tidak sampai hati melihat seorang manusia diperlakukan sedemikian rupa, lalu bertindakbalas dalam pilihanraya umum 1999. Natijahnya, UMNO kalah teruk dan Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Impak penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar semenjak 2 September 1998 itu terus menjalar sehingga ke hari ini dan dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008 lepas, UMNO-BN telah menerima padah yang bukan kepalang apabila buat pertama kali semenjak negara merdeka, parti telah kehilangan majoriti dan menyaksikan enam buah negeri tumbang ke tangan pembangkang.

Saya tidak percaya bahawa kemenangan besar parti pembangkang yang seterusnya menubuihkan Pakatan Rakyat adalah hanya dek faktor seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Tetapi dendam dan marah rakyat adalah bertalian dan berentetan semenjak kezaliman Mahathir 11 tahun dahulu. Amat besar ”hikmah”nya pemecatan Anwar dan seterusnya kezaliman yang Mahathir lakukan ke atasnya dengan menyumbatnya ke dalam Penjara Sungai Buloh, telah mencetuskan kesedaran politik yang maha hebat di kalangan rakyat. Dengan bantuan media alaf baru-internet, rakyat telah mendapat maklumat dari dalam kamar Mahathir sendiri mahupun kamar mahkamah!

Sesungguhnya gelombang kesedaran rakyat terhadap kezaliman kerajaan bertitik tolak daripada penganiyaan ke atas Anwar terus merebak dengan marak sehingga ke hari ini. Meskipun kehilangan majoriti 2/3 BN dalam pilihanraya umum lepas, diikuti oleh suara-suara kesal para pemimpin BN, namun kekesalan itu cuma hangat seketika. BN-UMNO tidak pernah belajar dan mahu berubah dan bermuhasabah diri dan insaf untuk tidak terus menzalimi rakyat lagi. Selepas beberapa bulan, kebejatan pemimpin UMNO untuk terus menindas rakyat tetap diteruskan juga. Hasilnya, Perak telah dirampas secara biadap dan tidak bertamadun. Kemarahan rakyat membuak-buak lagi. UMNo tidak belajar lagi dari kesilapan pertama dahulu (menzalimi Anwar).
Sila baca seterusnya di sini

HENTIKAN KEZALIMAN - DS ANWAR

Anwar sedia bincang dengan Najib

NILAI - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya kerajaan memenuhi tiga prasyarat yang ditetapkan.

Kata Anwar, perbincangan hanya akan dilakukan sekiranya kerajaan menghentikan kezaliman, membebaskan badan kehakiman dan memastikan pilihanraya diadakan secara bebas dan adil.

"Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan UMNO, isu itu tidak berbangkit sama sekali.

“Pas telah menjelaskan pandangan dengan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

“Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," katanya ketika berucap di Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini semalam.

Menurutnya, beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan berbincang panjang mengenainya (kerajaan perpaduan) selepas cadangan yang diutarakan itu mencetuskan andaian bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan UMNO.

“Selepas Muktamar Pas, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan,” katanya yang juga Penasihat PKR./SH