RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 14 Jun 2009

APABILA KJ SUDAH BUKAN MENANTU PM LAGI

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH terlalu lama kita tidak mendengar suara KJ, Ketua Pemuda Umno yang disabitkan dengan kesalahan rasuah oleh Lembaga Disiplin Umno itu. Mungkin percakapan beliau tidak membawa apa-apa kesan kepada parti apatah lagi kerajaan. Maklumlah, KJ bukan menteri walaupun yang tewas kepada beliau sudah pun menjadi menteri begitu juga dengan Naib beliau. KJ cuma menantu kepada PM pencen tidak lebih daripada itu.

Baru-baru ini KJ mengulas tentang kenyataan pimpinan AMK berkaitan kes liwat DS Anwar. KJ menganggap bahawa cadangan AMK untuk mengadakan demontrasi jalanan sekiranya mahkamah gagal melaksanakan keadilan terhadap DS Anwar nanti adalah merupakan satu ugutan terhadap badan kehakiman. KJ menyatakan, kenyataan AMK tersebut seperti ingin cuba mempengaruhi badan kehakiman. Hendak bertanya juga, semenjak bila badan kehakiman selalu tertekan dan selalu dipengaruhi oleh pihak pembangkang? Tidak tahulah saya kalau-kalau ada pihak lain selama ini yang suka `menekan dan mempengaruhi' badan kehakiman. Lojiknya, pihak yang tidak memegang kuasa mustahil untuk menekan atau mempengaruhi hakim-hakim ini. Kalau yang memegang kuasa dituduh sedemikian, tidak mustahil rasanya.

Jelas kelihatan pada kita, KJ sekarang sudah semakin hilang kekuatan pada idea dan hujahnya. Memang tepat barangkali Najib tidak memilih beliau untuk menjadi menteri kerana semenjak hilangnya kuasa bapa mertuanya dalam kerajaan, KJ semakin kelihatan seperti budak Ketua Cawangan Umno di kampong. Pengaruh beliau di dalam Umno khususnya di dalam Pemuda sendiri boleh dikatakan susut jauh. Jika dahulu beliau diangkat dan dijulang kerana status menantu PM, sekarang ini untuk memberi peluang kepada beliau berkempen pun Umno terpaksa berfikir 10 kali. "Beginilah nasib diriku yang malang ohh tuhan.."(lagu P.Ramlee). / wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan