RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 17 Jun 2009

KETUA PEMUDA PAS CABAR PEMUDA BN KELANTAN

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi mencabar Pemuda BN Kelantan supaya mengemukakan bukti yang mengatakan bahawa PAS menggunakan pendekatan politik samseng dalam kempen di pilihan raya kecil Dun Manek Urai.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda BN Kelantan, Annuar Sufian yang mendakwa kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.

Nasruddin juga menyelar dakwaan Pemuda BN kelantan yang menuduh Pemuda PAS menggunakan pendekatan samseng sebagai suatu tuduhan yang liar dan jahat. "Ia merupakan satu tuduhan yang liar, jahat dan tidak masuk akal," ujarnya lagi. (Sumber: Harakahdaily)

pendikar gunung kriang: Selama ini 1Malaysia sudah lama tahu tahu siapa yang sering mencetuskan gejala samseng dalam pilihanraya. Sejarah telah mencatatkannya, sejarah telah membuktikannya, walaupun ia tidak disiarkan dengan cara yang benar dan meluas dalam media. Semua orang tahu bukan saja ada yang pernah dicederakan, tapi mati dibunuh pun ada dalam kempen pilihanraya kecil. Yang menjadi mangsa ialah orang PAS, yang tercedera dan dibunuh ialah penyokong PAS. Tapi Umno tidak pernah mengaku dirinya samseng, kerana samseng mungkin tidak pukul orang, tidak bunuh orang. Annuar Sufian tak payahlah cakap mengenai gejala samseng dalam parti lain. Cermin-cerminlah parti sendiri dahulu dengan menyelak rekod-rekod sejarah lampau. / pendikar gunung kriang at Tuesday, June 16, 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan