RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 Jun 2009

UNSUR RASUAH - CHEKGU BARD ADA BUKTI TERHADAP MB NS

Kenyataan rasmi 12 Jun lalu (sila klik sini untuk baca kenyataan penuh lalu) che'GuBard mengenai Pengarah SPRM Negeri Sembilan meminta dan menerima 'wang' dari Menteri Besar Negeri Sembilan telah dijawab oleh Menteri Besar melalui media dengan pengakuan memberikan sumbangan tersebut. Walaubagaimanapun Mohammad tidak bersetuju dari segi jumlah (walaupun kiita punya bukti berkenaan jumlah tersebut). Pokoknya ada proses meminta, memberi dan menerima yang jelas antara pihak yang ada pertembungan kepentingan.

Isu ini bukan setakat isu politik kepartian. Ini isu integriti yang besar. Pengarah SPRM Negeri Sembilan seharusnya menjawab perkara ini bukan membisu dan membiarkan Menteri Besar terkial - kial menjawab.

Kami di maklumkan sumber Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan panik dengan pendedahan ini. Mereka telah menjalankan 'operasi' besar - besaran mencari siapa sumber maklumat yang dimaksudkan ? atau mungkin mereka lebih gusar dengan dokumen 'korup' lain yang lebih besar yang kini juga telah dibuat salinan. Begitu juga di Pejabat SPRM Negeri Sembilan cuba mencari siapa yang disyaki....

Maklumat dan pemberi maklumat yang che'GuBard punya hanya akan didedahkan di dalam Mahkamah dengan jaminan perlindungan saksi.

Namun yang paling penting Pengarah SPRM Negeri Sembilan harus tampil dengan jawapan yang konkrit demi mrungkai isu integriti ini./chegubard.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Komen