RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 20 Jun 2009

KEMENANGAN MORAL BUAT PENYOKONG SETIA PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

SETELAH berminggu-minggu kita menyaksikan kehangatan dan perdebatan atas isu Kerajaan Perpaduan, tiba-tiba hari ini terbit kenyataan dari Setiausaha Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyatakan Pas tidak berminat untuk berbincang darihal Kerajaan Perpaduan dengan Umno buat masa ini. Rujuk http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21363&Itemid=1

Pada saya, syukur Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya Pas telah mula mengkaji adakah satu tindakan atau pendekatan bijak atau tidak jika ingin berunding atau bekerjasama dengan Umno buat masa sekarang. Cuma, yang menghairankan sedikit adakah kenyataan Mustafa Ali itu merupakan kenyataan peribadi atau pun kenyataan rasmi dari Pas? Saya difahamkan Tuan Guru Presiden Pas belum pulang dari luar negara dan beliau sendiri belum lagi membuat kenyataan rasmi tentang keputusan tersebut. Tambahan pula, dimaklumkan bahawa satu perjumpaan bakal diadakan di antara Tuan Guru Presiden beserta Mursyidul Am dan beberapa AJK Pas Pusat untuk mengambil kata putus tentang isu kontroversi ini. Tentulah sedikit menghairankan apabila Mustafa Ali membuat kenyataan sedemikian walaupun saya amat-amat mengalukannya. Tetapi, jika beliau telah diberikan mandat oleh Tuan Guru Presiden Pas atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung Pas, maka tentulah melegakan. Bagaimana pula tentang perjumpaan yang dirancangkan itu?

Sebaik-baiknya biarlah perjumpaan yang dirancangkan itu diteruskan seberapa segera kerana ianya lebih praktikal dan resmi serta tidak mudah untuk diputarbelitkan oleh sesiapa. Buat satu keputusan yang benar-benar resmi hasil dari mesyuarat tersebut. Kita tahu yang memulakan idea Kerajaan Perpaduan ini adalah dari Tuan Guru Presiden sendiri dan tentulah lebih manis dan lojik beliau juga mengumumkan keputusan samada perlu diteruskan, ditangguh mahupun ditamatkan. Hakikatnya, isu ini sememangnya tidak difahami oleh ahli-ahli Pas bawahan kerana pimpinan Pas sendiri ramai yang tidak faham. Sebagai contoh, MB Besar Kedah sendiri mengaku beliau sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan itu.

Kesilapan teknikalnya adalah Tuan Guru Presiden mencetuskan idea ini di dalam keadaan ramai ahli-ahli Pas termasuk pimpinan Pas yang tidak faham idea beliau, tambahan lagi rakan-rakan Pas di dalam PR. Yang peliknya, di dalam pimpinan yang tidak memahami idea tersebut mereka mengeluarkan sokongan kuat dan padu sehinggakan bersungguh-sungguh mencari nas dan dalil untuk menyatakan betapa WAJIB nya Pas ini mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Tentang isu Pas tidak masuk Umno/Bn, semua tahu tetapi kerjasama setara mana ramai yang tidak tahu, maka mengapa terus menyokong membuta tuli? Apabila ramai yang membantah, meragui dan mengkritik idea tersebut, masing-masing sukar untuk menjawabnya dan akhirnya melepaskan kepada Tuan Guru Presiden untuk memperjelaskannya walhal mereka lah yang paling kuat menyokong idea tersebut.

Amat tidak bijak, setelah isu ini sedikit sebanyak menconteng arang ke muka Pas barulah isu ini ingin diperjelaskan kepada ahli dan rakan sekutu. Itulah seperti yang saya katakan bahawa masalah ini adalah berpunca dari teknikal dan pendekatan Pas yang kurang bijak. Apabila ada yang membantah, mereka dituduh sebagai anti Ulamak atau Pro PKR dan DAP. Menyokong kenyataan Mursyidul Am juga dianggap sebagai anti Ulamak bahkan ada yang menuduh Mursyidul Am juga pro Anwar. Apabila terdapat 10 MP dari Pas yang menyatakan berdiri teguh di belakang Mursyidul Am, mereka ini dikritik kerana berbuat demikian. Mungkin, kesemua 10 MP dari Pas tersebut akan dipuji sekiranya bangun menyatakan sokongan kepada Najib dan Umno.

Seperti yang dikatakan tadi, isu ini telah dihentikan buat masa ini sebagaimana kenyataan Setiausaha Agung Pas. Di masa akan datang, kita belum tahu dan kita harapkan "jangan kita mencurahkan air di tempayan apabila terdengar dentuman petir dilangit". Belum tentu petir itu membawa hujan, kadangkala petir itu membawa bencana. Wallahu Aklam. / wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan