RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 17 Jun 2009

JANGAN BUAT SAMPAH - MURSYIDUL AM PAS

Tok Guru minta Nasha lepas jawatan

17 Jun 2009 1:59PM

KB: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda Pas mahupun dalam kertas pakatan pembangkang.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan timbalan (presiden Pas) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. / Bernama

Ulasan - Seperti biasa mereka akan jawab, "Itu kenyataan peribadi Tok Guru"..


Tiada ulasan:

Catat Komen