RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 Jun 2009

KABINET BARU PAS TERENGGANU

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini telah membentuk kabinet barunya bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya baru, Dato' Harun Taib telah melantik Dato' Abu Bakar Chik, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Ustaz Saiful Bahri Mamat sebagai Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya. Dato' Abu Bakar Chik adalah Timbalan Pesuruhjaya sesi lalu, manakala Haji Mohd Abdul Wahid dan Ustaz Saiful adalah muka baru yang dilantik ke jawatan itu.

Haji Yahaya Ali kekal sebagai Setiausaha. Sementara Ketua Penerangan sesi lalu, Haji Muhyidin Abdul Rashid dilantik sebagai Bendahari menggantikan tempat Haji Mohd Abdul Wahid. Ketua Penerangan pula diamanahkan kepada Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh. Ustaz Ariffin Deraman pula dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya menggantikan tempat Haji Yahaya pada sesi lalu.

Turut dilantik ialah tiga orang Penolong Setiausaha yang terdiri daripada Ustaz Kamarudin Yunus, Haji Hanafiah Ramli dan Perantau.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa tambahan yang dilantik ialah Ustaz Mohd Harun Jusoh, Haji Abdul Haris Abd Malik, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Haji Hussin Ismail, Hajah Zarani Othman dan To' Puan Hajah Fatimah Ibrahim.

Anggota-anggota lain adalah terdiri daripada Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Dewan Ulama', Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat negeri serta Yang Dipertua dan Setiausaha PAS Kawasan-Kawasan. / - ibnugharib.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Komen