RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 15 Jun 2009

CHIN PENG PERNAH MEMBUNUH, IBRAHIM LIBYA PULA DIBUNUH

Oleh: WFAUZDIN NS

ANDAIKATA menyokong Chin Peng bekas pemimpin PKM untuk pulang ke Malaysia bukan satu kesalahan, aku rasa patut juga aku sokong. Begitu juga jika kita menganggap Chin Peng adalah zalim, pembunuh dan membuatkan ramai keluarga mangsa komunis menderita sehingga sekarang, aku tidak nampak di mana bezanya pula si pembunuh As-Syahid Us Ibrahim Libya. Aku rasa yang terlibat dengan pembunuhan syuhada' tersebut ada di antaranya masih hidup dan masih makan di bumi Malaysia sekarang. Bagaimana pula perasaan kaum kerabat dan ahli keluarga Syuhada' yang ramai terbunuh di Memali beberapa tahun lalu? Bergembirakah atau menderitakah sekarang?

Kita tiba-tiba marah apabila mendengar Chin Peng berhajat untuk kembali ke tanahair kelahirannya atas alasan terlalu besar jenayah yang beliau lakukan. Memang besar pun, dan Chin Peng ketika itu terlalu zalim. Bukan orang-orang Melayu sahaja yang pernah dizalimi oleh bekas pemimpin PKM ketika itu, bahkan ramai juga di antaranya kaum-kaum Cina. Jadi, ini bukan soal perkauman kerana kezaliman Chin Peng ketika itu melangkau isu perkauman. Kita jengok sebentar kes Memali? Siapa yang membunuh beberapa orang anak murid dan pengikut Us Ibrahim Libya? Dan, operasi pembunuhan di Memali ditujukan kepada satu bangsa sahaja iaitu orang-orang Melayu beragama Islam yang majoritinya dikatakan penyokong kuat Pas.

Chin Peng belum pun menjejak kaki ke bumi Malaysia, hiruk pikuk kita menentang dan marah. Bagaimana dengan mereka yang terlibat di dalam pembunuhan di Memali? Adakah kesemuanya mereka sekarang berada di luar negara? Jika benar mereka berada di luar negara, lebih baik kita pakat-pakat jangan benarkan Chin Peng dan pembunuh-pembunuh Us Ibrahim Libya tersebut balik ke tanahair kerana kedua-duanya zalim. Pada saya. sekurang-kurangnya Chin Peng telah mengikat janji perdamaian dengan kerajaan sewaktu pembubaran PKM dan ini sekaligus menunjukkan Chin Peng tidak mungkin berlaku zalim lagi. Mana pula perdamaian atau mohon maaf dari pembunuh Us Ibrahim Libya? Jika ada, lebih baik kedua-duanya dibenarkan menghirup udara kat tanahair tercinta kita ini.

Sebagai masyarakat yang semakin bertamaddun, segala keputusan kita perlu bijak. Jangan tutup mata sebelah dan membuka mata sebelah satu lagi. Kezaliman tetap kezaliman tidak kira siapa dan jika perlu dihukum, maka hukumlah mereka. Jika perlu dimaafkan, maka maafkan mereka. Deritanya ahli keluarga mangsa kekejaman komunis suatu ketika dahulu tidak lebih dan tidak kurang dari mangsa kezaliman peristiwa Memali. Jika semua yang berlaku zalim di dalam negara ini dihukum buang negara atau diusir, aku rasa tidak cukup tempat duduk dalam kapalterbang atau tongkang untuk membawa mereka-mereka ini keluar negara. Teringat pula aku keluarga Altantuya dan anaknya, bagaimanakah perasaan keluarga beliau sekarang. Siapa pembunuh yang zalim terhadap beliau? Itu aku tak tahu. / wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. benarkah PKM zalim?
    berapa ramaikah penduduk di zaman itu yang benar2 dizalimi?
    berapa ramaikah pula ahli PKM yang mati dan menderita?
    bukankah sekiranya ada peperangan, akan ada kerosakan?
    benarkah SEJARAH yang ada sekarang tidak diputarbelitkan oleh kerajaan?

    BalasPadam