RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 23 Julai 2009

ISU PEGANG LILIN - DEWAN ULAMAK PAS BETUL, NIZAR PUN BETUL

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU memegang lilin oleh YAB Nizar sewaktu menghadiri majlis penghormatan ke atas Mendiang Beng Hock nampaknya seolah-olah menjadi isu besar melebihi dari isu bertafakkur dan kalungan bunga kepada patung Tugu Kebangsaan. Ini adalah kerana personaliti YAB Nizar selaku MB Perak yang dipilih oleh rakyat itu. Beliau adalah pemimpin Pas, oleh kerana itu tindakan beliau sentiasa menjadi perhatian dan tentunya pihak lawan ternanti-nanti apakah kesilapan yang akan dilakukan oleh YAB Nizar. Hatta, pada saya jika beliau tidak tersengaja terkentut di khalayak ramai, pastinya Zambry atau pemimpin Umno serta merta akan meminta Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' hukum di atas kelakuannya itu.

Saya ingin mengulas sedikit tentang kenyataan Dewan Ulamak Pas berkaitan isu memegang lilin oleh YAB Nizar. Kenyataan tersebut boleh dibaca di sini. Dewan Ulamak menyatakan bahawa sewajarnya YAB Nizar tidak menghadiri majlis penghormatan ke atas mendiang berkenaan memandangkan majlis tersebut `meragukan' samada ianya majlis ibadat ugama Mendiang atau pun tidak. Di dalam Islam, sekiranya terdapat perkara yang meragukan, maka lebih baik ditinggalkan. Saya bersetuju dengan pandangan Dewan Ulamak Pas tersebut kerana itulah yang diajar oleh Islam.

Cuma, saya tidak bersetuju Dewan Ulamak Pas memberi pendapat bahawa YAB Nizar tidak perlu hadir ke majlis berkenaan. Pada pendapat saya, samada majlis tersebut mendatangkan keraguan atau tidak, hanya boleh ditentukan oleh YAB Nizar sendiri setelah beliau meneliti program dan aturcara majlis berkenaan. Sekiranya YAB Nizar yakin bahawa tiada sedikit pun keraguan di dalam majlis berkenaan, maka hukum yang dinyatakan oleh Dewan Ulamak Pas tersebut tidak terpakai kepada YAB Nizar. Saya merasakan, mungkin YAB Nizar lebih yakin bahawa majlis tersebut adalah majlis penghormatan mengikut adat semata-mata tiada kena mengena dengan `rukun' ibadat ugama Mendiang. Kita sebagai umat Melayu pun penuh dengan adat istiadat, begitu juga dengan kaum lain.

Tetapi, seandainya YAB Nizar mengetahui bahawa memegang lilin seperti yang beliau lakukan itu adalah salah satu dari upacara keagamaan Mendiang, tentunya saya bersetuju bahawa YAB Nizar telah melakukan satu kesalahan dan beliau wajib bertaubat. Justeru itu, di masa-masa akan datang setiap pemimpin atau sesiapa sahaja yang berugama Islam ingin menghadiri satu-satu majlis yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang bukan berugama Islam, hendaklah terlebih dahulu mengkaji dan bertanya samada majlis tersebut merupakan satu majlis keagamaan atau pun tidak.

Walau bagaimanapun, saya musykil dengan teguran dari beberapa pihak terutamanya dari pemimpin Umno dan juga Mufti Perak tentang isu ini. Adakah ianya lahir dari keikhlasan untuk memperbetulkan? Jika lahir dengan ikhlas untuk memperbetulkan, mengapa sekian lama Umno memerintah masih terdapat perkara yang jauh lebih besar dilakukan oleh Umno dan kerajaan yang bertentangan dengan Islam? Bagaimana dengan Akta zalim ISA? Penghormatan kepada patung Tugu Negara? Lesen Judi? Konsert yang melalaikan seperti `Jom Hebuh'? Hubungan seorang menteri kabinet dengan Israel? Rancangan TV yang menampilkan aksi yang tidak sopan dan menyalahi syarak? Penentang terhadap hudud? Bahkan, di Perak sendiri rampasan kuasa ternyata menyalahi prinsip demokrasi dan hukum.

Itulah sebabnya kita meragukan sebarang kenyataan oleh pimpinan Umno dan Mufti Perak tentang apa jua isu berkaitan Islam. Pandangan dan kritikan mereka berpilih, dan mereka hanya mahukan PAS melaksanakan Islam seratus peratus sedangkan mereka yang memerintah tetap berpegang kepada sistem sekular. / Kembali ke laman Asal di Sini.

6 ulasan:

  1. teman setuju, terutamanya pada perenggan akhir..

    sudah dinyatakan, andai itu kesilapan dan kesalahan dipihak PAS, PAS juga menerima dan sesekali tidak menafikannya..

    kami dalam PAS juga adalah manusia, pasti melakukan kesilapan, kesalahan, dan kecuaian..kami tidak maksum seperti maksumnya seorang nabi dan rasul..

    dalam setanda pisang, sudah pastinya ada satu dua yang busuk..PAS tidak perlu bimbang dgn isu ini, wujudnya peristiwa sebigini disusuli hikmah yg tersendiri...wallahua'lam..

    BalasPadam
  2. Kalau YAB Zambry pegang lilin tentu tak jadi isu. Begitulah adat dunia, kalau suka kurap dikatakan panau, kalau tak suka panau dikatakan kurap...MasyaAllah!!

    BalasPadam
  3. Alamak, lu ni.... Dah tentu Dewan Ulamak! mereka ini dah pakar dan lebih arif dalam bidang mereka, yg lu tak setuju kenape? lu ni lebih pandai dari ulamak ke? Gua tgk, lu ni wan, segala-galanya lu jek yg betul.
    Lu jgn kecil hati pulak, gua tegur. Tegur-menegurkan amalan mulia.
    Drpd
    Seorang Pemuda Kawasan Gelang Patah.

    BalasPadam
  4. isu ini telah di jelaskan oleh yb cina-islam.....sila rujuk

    BalasPadam
  5. Saya rasa ramai dianatara kita sudah lupa yang kita ini adalah keturunan nabi Adam. Kita juga tak dapat membezakan antara yg zahir dan yg batin. Dewan ulama' PAS harus perihatin kpd perkara ini. Sbg "MB" Perak, DS Nizar patut menzahirkan ucapan takziah bg pihak seluruh umat Islam M'sia yg tidak dpt pergi berbuat demikian. Memegang lilin itu hanyalah satu kegiatan simbolik yg universal didalam keadaaan saperti kematian TBH. Ia bukan satu ritual. Dewan ulama' PAS mesti mengambil pendekatan "inclusive". See the bigger picture. TBH mati ditangan orang melayu Islam yg telah mengabaikan amanah mereka utk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Ramai umat Islam sekarang yg berani makan rasuah dan riba' ttp takut makan babi. Celeklah mata hati wahai ulama'. Jangan nampak lilin tetapi tak nampak cahaya. Nur ala Nur.

    BalasPadam
  6. Kita jangnlah cepat menghukum.....hnya allah sahaja yang mengetahui niat seseorang .....oleh itu soal ni tak perlulah dibesarkan....banyak perkara besar yang masih perlu tok-tok mufti kena tegur tapi tok-tok mufti buat de aje sbg contoh apa komen tok mufti bila isteri PM peluk cium pelakon hindustan,artis yang berpakaian melampau, dunia hiburan yang tak terkawal,isteri pemimpin yang tak pakai tudung , adat bersanding dan kalau nak disenaraikan tak muat rasanya kolum ini...apa-apa pun harap tok-tok mufti yang nak buat teguran jgnlah hanya menegur disebelah pihak sahaja tapi dipihak yang lain diamkan diri aje....berlaku adillah pada semua . tegurlah dengan ikhlas...jangan jadikan mufti saya UMNO yang baru .......

    BalasPadam