RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 1 Januari 2010

ISU BENG HOCK - WARTAWAN SUARA KEADILAN AKAN DISIASAT

Aduan polis terhadap berita 'Beng Hock dibunuh'
Jan 1, 10


Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar rasmi PKR Suara Keadilan yang bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya Hisyam Mohd Yusoff, 30, membuat laporan polis terhadap tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung.

Manakala Raub Ghani, 41, juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Kedua-dua mereka membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut laporan polis, yang salinannya turut diedar kepada pemberita di sini, Hisyam berkata laporan itu dibuat selepas beliau membaca akhbar itu yang bertarikh 29 Dis 2009 - 5 Jan 2010 bilangan 213 itu semalam, dan mendapati artikel berkenaan membuat kesimpulan bahawa setiausaha politik kepada seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock, mati akibat dibunuh.

Dalam laporannya Hisham berkata berdasarkan artikel itu, Teoh yang ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lepas disahkan mati dibunuh berdasarkan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB), 22 November lepas.

"Saya sebagai salah seorang pegawai SPRM memohon polis membuat siasatan terperinci berhubung penyiaran artikel oleh Suara Keadilan itu kerana saya merasakan bahawa apa yang disebarkannya adalah satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih lagi berjalan pada masa ini," menurutnya dalam laporan itu.

"Malah ia juga selaras dengan peringatan oleh ketua polis Selangor yang melarang mana-mana pihak membincangkan kes berkaitan Teoh Beng Hock itu," tambahnya.

Sementara itu dalam laporan Raub yang merujuk kepada artikel sama berkata, beliau membuat aduan polis terhadap Dr Pornthip kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

"Tujuan laporan ini dibuat kerana perbuatan yang dilakukan oleh Dr Pornthip adalah perbuatan yang melampaui keputusan mahkamah dan perbuatan ini akan memburukkan lagi imej SPRM, dan orang ramai perlu bersabar menunggu keputusan mahkamah," katanya.

Wartawan akan disiasat

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata beliau akan memanggil wartawan Suara Keadilan yang menulis artikel itu tidak lama lagi bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 16 Julai lepas, setiausaha politik Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salah guna peruntukan ADUN Selangor di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama.

Mayat Teoh, 30, dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor dan digali semula empat bulan selepas itu apabila Mahkamah Koroner Shah Alam membenarkan bedah siasat kedua dijalankan pada 22 November lepas.

Bedah siasat kedua dikendalikan oleh Ketua Unit Patologi HSB Dr Shahidan Md Noor dengan dihadiri oleh Dr Pornthip yang bertindak sebagai pemerhati mewakili kerajaan negeri Selangor, manakala SPRM diwakili pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

- Bernama

5 ulasan:

  1. sengal 1malinghsial, patutnya pengarah sprm la yang kena siatsiat bukan wartawan!!! kerja wartawan melaporkan berita fitnah dan mengampu jer... tbh mati kat pejabat sprm, bukan kat kedai percetakan.....

    BalasPadam
  2. boleh belah la....cam ko tu pandai sgt...

    BalasPadam
  3. nama pun kuasa, ada kuasa buat apa pun tak apa, dulu-dulu pun cam tu juga, belah perut orang bunting, langgar bini orang dengan lancang, campak budak cerdik ke laut, nak jadi menteri bunuh menteri, macam-macam hal pasal melayu berkuasa!! kuah nak tumpah ke mana???

    BalasPadam
  4. pulak dah,sama saperti orang yang kena rompak[rakyat] disiasat dulu sementara penyamun/perompak/pembunoh[menteri,kroni,kaum kerabat]dibiarkan cabut lari.hakim ag,sprm akan berkokok tidak ada bukti,kes tutup-NFA.habaq mai ghumah menteri mana tak segah ghumah raja?cuma tg nik aziz aja ghumah pondok.habaq mai menteri mana dah masuk jail atas kesalahan rasuah/salah guna kuasa?.kuasa ada pada rakyat yang sedihnya rakyat jugak yang kena perbodohkan.

    BalasPadam
  5. Dear brothers and sisters into the Dhamma
    We would like to inform all Buddhists in Malaysia about YIP KUM FOOK who is the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. Buddhists have to follow any precepts rules but YIP KUM FOOK there is nothing any precepts rules in Buddhism, it is very embarrassing.
    Also, he called the police to harass the Buddhist monks at the temple. Adding he cheated Myanmar monk’s money, many people know about it.
    On the other hand, this YIP KUM FOOK did not feel ashamed and embarrassed of the Buddha, he thought, he was a very successful person, also he is dirty in MCA politics
    Thank you so much and please share with all
    Mr fong, kajang

    BalasPadam