Lucu benar bila membaca satu artikel yang dikeluarkan dilaman blog blogger UMNO Pahang iaitu Bravehearts bertajuk "Anu-Arr: Apa Lagi Harapan Yang Tinggal". Laporan yang dipetik daripada blog The Unspinners itu jelas sekali menggambarkan betapa banggangnya tahap mentaliti puak-puak bloggers yang menyokong UMNO karat itu. Huraian mereka tentang kes Anwar nampak benar menunjuk mereka "dibutakan mata dan hati" untuk melihat "kebenaran yang tersurat" sebenarnya. Tambahan pula blogger Bravehearts yang merupakan salah seorang blogger UMNO dan Team Blogger Pembela Negara dari Pahang yang sebelum ini telah merintih mengharapkan simpati atas sikap puak-puak UMNO itu sendiri. Beliau yang amat kecewa akibat kelibatnya tidak dilayan oleh pimpinan UMNO negeri terutamanya dari segi kewangan dan janji-janji manis yang diabaikan sebelum ini, tiba-tiba begitu bersemangat sekali ingin mempertahankan sebuah kerajaan yang sudah hilang kredibilitinya dari kalangan majoriti rakyat. Hanya yang tinggal adalah sokongan beberapa kerat rakyat seperti Bravehearts dan puak-puak UMNO yang sudah hilang mentaliti untuk membuat penilaian secara kritis dalam setiap isu yang melanda. Namun, kini nampaknya Bravehearts begitu bersemangat membela, apakah kini sudah mendapat "Umpan" daripada pihak-pihak tertentu hingga gagal memikirkan apakah yang mahu diperkatakan.
Sekarang cuba kita lihat antara perkara yang diperjelaskan menerusi blog beliau itu. "Jika Anwar dipenjarakan, buat kali ini tiada siapa pun akan merinduinya. Tidak akan wujud sebarang Blog atau Website seperti Free Anwar Campaign dulu. Sebab RPK (Raja Petra) pun sudah menjadi banduan dalam larian yang bakal dipenjarakan juga jika dia balik ke tanahair".
Kenyataan di atas membuktikan betapa dangkalnya pemikiran puak-puak blogger upahan UMNO ini. Apakah mereka yakin bahawa apabila Anwar dipenjara maka tidak akan wujud sebarang blog yang mempertahankan mantan Timbalan Perdana Menteri itu?. Apakah hanya Raja Petra sahaja yang layak untuk mempertahankan Anwar?. Apakah mereka lupa bahawa beribu-ribu blog yang turut berjuang untuk itu. Malah, blog-blog terbabit bukan hanya mempertahankan Anwar sebenarnya, tetapi kebenaran dan keadilan yang harus ditegakkan. Anwar hanyalah pencetus gelombang kebangkitan rakyat. Biarpun dia terpenjara maka pasti akan ada beribu-ribu lagi Anwar diluar sana yang akan terus memperjuangkan keadilan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka hanya berlandaskan kepada "akal yang dunggu" semata-mata tanpa melihat kepada fakta sebenar. Sia-sia sahaja mereka dianugerahkan akal dan fikiran oleh Allah SWT, bila gagal untuk memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Kenyataan kedua yang berbunyi "Kali ini tidak ada sesiapa pun akan percaya sebarang tuduhan bahawa Kerajaan berkonspirasi atau menzalimi Anwar. UMNO dan Kerajaan tidak masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful Bukhari. Isu ini melibatkan hanya Anwar dan Saiful sahaja. Anwar peliwat dan Si Saiful kena liwat".
Ini lebih meloyakan tekak kita sebenarnya. Kenyataan kononnya tiada siapa yang aka percaya bahawa kerajaan berkonspirasi atau menzalimi Anwar malah katanya kerajaan tidak masuk campur dalam kes Anwar-Saiful itu. Punya bangang pemikiran puak-puak ini, bukankah Saiful bertemu dengan Najib Razak dua hari sebelum membuat laporan polis dia diliwat. Malah, dia memohon biasiswa dan mengadu dirinya diliwat Anwar dalam keadaan terketar-ketar serta kesejukan. Soalnya Najib itu sekarang siapa?. Malah dia juga ada membuat pertemuan sulit dengan seorang anggota polis yang terlibat dengan kes liwat 98 dulu, ketika di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Untuk tujuan apa mereka bertemu. Malah, Peguam Negara dengan tidak segan silu menandatangni surat perpindahan mahkamah kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Soalnya sekarang mereka semua itu siapa agaknya? Tunggul kayu atau batu? Bukankah itu adalah orang-orang kerajaan yang dilihat terlibat secara langsung dalam kes ini. Itu pun puak-puak blogger UMNO masih percaya kerajaan tidak terlibat dengan kes tersebut. Malah kononnya tidak ada siapa akan percaya terhadap tuduhan kerajaan terlibat. Masalahnya apa yang berlaku sekarang, semua orang tidak percaya tuduhan yang dibuat oleh Saiful terhadap Anwar. Malah, masyarakat antarabangsa kini mula menunjukkan protes terhadap sistem kehakiman negara yang dilihat telah tersasar daripada matlamatnya. Keadilan yang mahu ditegakkan, tetapi kezaliman pula yang mahu dilakukan terhadap rakyat.
Kenyataan ketiga iaitu "Kemungkinannya juga paling besar penyokong Anwar yang hardcore pun sudah letih dan akan berkurangan. Kita boleh lihat bahawa kali ini tidak sampai 100 orang yang menghadiri bicara kes liwatnya. Dan yang hadir pun perlu dibayar upah dan dibawa khas menaiki bas".
Ini lagi satu kenyataan bangang yang dibuat mereka. Macam mana penyokong mahu datang beramai-ramai bagi mengikuti perbicaraan Anwar, jika pasukan polis dan FRU dicampakkan bertimbun-timbun di sekitar kawasan pintu masuk ke mahkamah. Malah, pihak polis juga mengenakan sekatan yang cukup untuk menakutkan rakyat hadir berbondong-bondong bagi mengikuti kes Anwar itu. Paling melucukan, kononnya mereka yang hadir menyokong Anwar itu pula dibayar upah dan dibawa dengan bas khas. Bangang punya blogger UMNO. Walhal semua orang tahu bahawa hanya puak-puak UMNO yang membuat kerja terkutuk seperti itu. Terkadang, rasa macam mahu termuntah sahaja apabila mendengar kenyataan puaj-puak blogger bangang UMNO ini sebenarnya.
Dan kenyataan terakhir iaitu "Bila Anwar masuk penjara, rakyatMalaysia akan melupakan Anwar buat selamanya. Dan jika Anwar masih hidup lagi selepas melalui hukuman penjara dan juga masih sihat apabila dibebaskan kelak, tiada siapa pun akan mengenalinya lagi. Riwayat politik dan juga riwayat hidup Anwar akan habis dalam penjara buat selamanya".
Kenyataan ini mengesahkan lagi bahawa puak-puak blogger UMNO ini memang sudah rosak akhlak dan otak mereka sebenarnya. Penilaian yang dibuat tanpa berlandaskan fakta jelas sekali bakal menyebabkan orang-orang seperti ini ke "Tampoi" akhirnya. Apakah rakyat marhaen boleh menerima kenyataan blogger-blogger upahan UMNO semudah itu. Sedangkan hakikat dan realitinya yang berlaku adalah jauh berbeza.
[Dengan beberapa kenyataan diatas, maka anda boleh melihat sendiri tahap mentaliti blogger umpahan UMNO ini sekarang. Apakah rakyat yang celik IT dan komputer boleh menerima kenyataan mereka itu. Dan paling penting mereka ini menulis tanpa menggunakan akal fikiran yang waras serta hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Apapun tahniah diucapkan kepada blogger Bravehearts, Syabas kerana anda terus menjadi pendekar untuk berjuang sendirian menentang blog-blog rakyat di negeri Pahang ini. Semoga kelibat anda akan diperhatikan oleh puak-puak UMNO agar anda akan diberikan wang ehsan untuk menjana kehidupan sebagai "penjilat UMNO" dulu, kini dan selamanya]./Pahang Daily

Dan kenyataan terakhir iaitu "Bila Anwar masuk penjara, rakyat

1.Wan,yang hang dok layan blogger haprak tu buat apa.
BalasPadam2.Di Dewan Rakyat,tukang karut selanjutnya baru lepas bercakap.Zul MP Kulim-Bandar Baru telah mengistihar diri menjadi manusia yang sesuci cucinya.Manusia yang paling taat pada Najib dan Rosmah mengatasi ketaatan MP AMNO-BN yang lain.Sedang memperbodoh dirinya sendiri dan mereka mereka yang mahu diperbodoh sepertinya.
Zul sedang menunjuk kehebatan bahawa Melayunya lebih daripada Melayu Ibrahim Ali.
Percayalah...blogger2 Umno akan menamatkan perkhidmatannya apabila BN tersungkur di PRU 13 nanti.
BalasPadam