RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 24 Mac 2010

DAP MINTA `KERAJAAN ISLAM' UMNO KURANGKAN JUDI ?

Ahli Parlimen DAP Minta Kerajaan Umno BN Kawal Cabutan Khas Judi

KUALA LUMPUR 24 MAC: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak didesak mengawal cabutan khas atau ‘special draw’ yang diluluskan kepada enam syarikat pemilik lesen perjudian di negara ini.

Tindakan meningkatkan cabutan khas dari dua kali seminggu kepada tiga kali seminggu hanya taktik kerajaan untuk meningkatkan cukai judi bagi menampung perbelanjaan negara.

Pendirian itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, beliau membangkitkan isu berkenaan ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismaik yang membahaskan isu judi.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyifatkan perjudian langsung tidak membawa sebarang manfaat, malah hasil judi juga tidak membawa sebarang keberkatan, khususnya kepada umat Islam.

Saifuddin turut mempersoal kesahihan dakwaan Ahli Parlimen Bebas yang mesra Umno-BN, Ibrahim Ali turut diberi lesen perjudian Ascot Sports untuk tempoh 20 tahun, melibatkan lumba kuda, bola sepak dan sebagainya.

Mengikut taksiran Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1983), perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang./TVSelangor

1 ulasan:

  1. buat malu je UMNO-BN, punya le berlambak-lambak menteri kabinet yang melayu islam dalm kabinet UMNO-BN, tapi bodoh, buta, tak dak akai, tak berani nak tegur big boss pasal halal haram, harap ada jamil khir, konon penasihat agama kepada PM, tapi hampeh, memang patut le, masa dia dalam KAGAT ATM dulu pun, dia ni memang gagal melaksanakan tugas sebagai pengarah KAGAT, sebabnya dia sendiri pun tak betoi, bodoh macam bangkai

    BalasPadam