RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 25 Mac 2010

POLIS AKAN SIASAT YB ZUL, INI JAWAPAN YB ZUL

Oleh: WFAUZDIN NS

BERITA NTV 7 pukul 7 petang tadi menyiarkan ulasan YB Zul Kulim tentang kenyataan KPN untuk menyoal siasat YB Zul atas ucapannya di dalam Parlimen baru-baru ini. Di dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini MP Kulim Bandar Baru yang baru dipecat dari PKR telah mendedahkan kununnya ada pihak yang cuba `mengupah'nya untuk membuat Akuan Sumpah melibatkan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan beliau itu mendapat liputan hangat oleh media-media pencacai yang sentiasa lapar kepada apa jua cerita walaupun cerita murahan dan cerita dongeng asalkan dapat memburukkan PR khususnya tokoh utama PR iaitu DS Anwar. Pendedahan itu mendapat reaksi daripada beberapa pimpinan PR yang mencabar YB Zul untuk mendedahkan siapakah yang cuba mengupahnya termasuk juga siapakah `orang ketiga' yang campur tangan sehinggakan beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang tertuduh di dalam kes Altantuya. Cabaran itu sehingga kini gagal disambut oleh MP Bebas itu.

Berikutan daripada pendedahan yang dipandang `serius' oleh Musa Hassan kerana mengaitkan Najib dan Rosmah, maka pihak Polis akan menjalankan siasatan. Tahniah, pihak Polis semakin pantas bertindak dan memang wajar diberi berbagai imbuhan dalam tahun ini sahaja termasuk yang baru diumumkan oleh Najib sempena Sambutan Hari Polis siang tadi. Apabila ditanya kepada YB Zul samada bersedia untuk disoal siasat oleh pihak Polis atas dakwaannya dalam Parlimen tersebut, YB Zul menyatakan sepatutnya tidak wajar siasatan dilakukan oleh pihak Polis. Namun apabila didesak adakah beliau sanggup untuk memberikan keterangannya kepada pihak Polis, YB Zul seperti tidak pasti dan sekadar menyatakan beliau akan tengok keadaan dahulu apakah yang ingin diketahui oleh pihak Polis di dalam siasatan tersebut.

Saya tidak pasti juga adakah apa yang diucapkan oleh MP di Parlimen tidak lagi punyai kekebalan, tetapi sekiranya benar tindakan boleh diambil ke atas isu seperti ini mengapa tidak YB Zul mengalu-alukan siasatan tersebut? Mengapa ada keraguan untuk memberikan kerjasama? Dan, sepatutnya sejak dari awal lagi YB Zul sendiri sudah melaporkan kejadian tersebut ke pihak Polis jika benar beliau seorang tokoh ugama dan pejuang Islam yang ikhlas. Mengapa perlu menunggu sehingga dipecat baru ingin menjadi `Mujahid' ?/wfauzdin.blogspot.com

8 ulasan:

  1. Hai semalam punya lah melalak kuat bodek POk Jib dan Bik Mama .Hari ini bila polis nak siasat , tergagap pulak . Sebab mulut badan binasa ... Berani buat berani tanggung.. Jangan kuat melalak je... Jadi anak jantan lah !

    BalasPadam
  2. Tahnaih Kulim Baru anda adalah manusia pengecut cakap pusing-pusing seperti di dalam PKR lagi.
    Tahniah polis...semakin naik gaji semakin cekap mengampu tuannya...aiiih macam anjing buruan pulak yer...

    BalasPadam
  3. Memang lah Zul Nordin tak nak. Sebab dia akan tgk dulu samada polis tu dari islam atau tidak. Polis bukan berugama islam tak layak nak siasat dia. hahahaha ..ABAH KAU !!!!

    BalasPadam
  4. Kenakan je dia tahanan ISA, baru padan muka dia. dia cuba nak hasut rakyat tu....oii zul, rakyat tak bodoh macam hang la.... next hang tak jadi AP lagi laaa... sendiri mau ingat...

    BalasPadam
  5. APABILA BERCAKAP DIA BERDUSTA....
    BILA DIBERI AMANAH DIA KHIANAT....
    MUNAFIK LA SI CELAKA TU...

    BalasPadam
  6. Kaum keluarga Zul Noordin tak malu ke dengan perangai dia ni?
    Kalau aku... malu nak mengaku sedara...

    BalasPadam
  7. patut la hang Anon 12.44 melalak macam anjing gila saja...pasai tak dak jawatan apa. ha..ha..ha...ha..

    BalasPadam
  8. bab dedah dedah ni...sama jer dengan DSAI,dah kena pecat jadi TPM baru heboh seluruh dunia...ini tak betul itu tak betul....masa pegang jawatan gaji berpuluh ribu,diam jer..macam lembu kenyang.

    BalasPadam