RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 25 Mac 2010

SIAPA YANG FITNAH NAJIB DAN ROSMAH LANGKAH MAYAT YB ZUL DULU

Oleh: WFAUZDIN NS

MENARIK juga kita mendengar `nasihat' yang diberikan oleh `Mursyidul Am Bebas' MP dari Bandar Kulim Baru di Parlimen siang tadi. MP yang sinonim menggelar musuhnya sebagai `firaun kecil' siang tadi memberikan `kuliah' tentang fitnah. Apa yang dikatakan panas dan gempar oleh media pencacai Umno adalah `hikayat' dari YB Zul tentang adanya tawaran lumayan untuk beliau sekiranya beliau sanggup membuat akuan bersumpah membabitkan Najib dan Rosmah di dalam misteri pembunuhan Altantuya. Tawaran itu tentunya teramat besar sehinggakan YB Zul berkata boleh menggugat keimanannya.

Jangan kita persoalkan mengapa YB Zul tidak dedahkan sahaja siapa yang membuat tawaran sehebat itu kepadanya. Lupakan persoalan itu kerana kita tidak boleh memaksa YB Zul untuk bercerita atau berhikayat lebih lanjut. Kita cuma ingin bercerita pasal fitnah kerana saya bersetuju adalah salah besar sesiapa pun melakukan fitnah samada fitnah liwat mahu pun fitnah terlibat di dalam jenayah. Sepanjang pengetahuan saya yang sering mengikuti mana- mana ceramah dari PR, tiada seorang pun pemimpin dari PR yang menuduh Najib atau Rosmah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi mengapa umum melihat seperti sepasang suami isteri ini terlibat?

Kita sering mendengar pimpinan PR mahukan Najib dan Rosmah menjawab beberapa isu yang releven untuk mereka jawab. Diketahui Najib tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah di dalam kes Altantuya sedangkan kesemua mereka yang dituduh ada kaitan rapat dengannya iaitu dua anggota keselamatan dan juga Razak Baginda. Bahkan alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembunuhan itu juga adalah di bawah kawalan pasukan keselamatan. Jika bom C4 itu di bawah kawalan Kementerian Pertahanan, maka ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan dan releven untuk Najib hadir memberikan keterangan. Jika pegawai-pegawai keselamatan yang dituduh membunuh Altantuya itu pernah bertugas dengan Najib mahu pun Rosmah, releven juga Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan. Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Najib, maka pelik apanya jika Najib dipanggil untuk memberi keterangan. Malangnya Najib atau Rosmah tidak dipanggil, dan lebih mendukacitakan sehingga kini tiada siapa yang tahu motif pembunuhan tersebut.

Saya yakin YB Zul juga sependapat dengan kita semua bahawa tiada asas untuk menuduh Najib mahu pun Rosmah terlibat secara langsung di dalam kes ini, tetapi sepasang suami isteri ini mempunyai asas untuk memberikan keterangan. Sekurang-kurangnya, mereka mampu menghilangkan persepsi masyarakat terhadapnya. Bermain di fikiran kita, siapa yang mengarahkan Altantuya ini dibunuh dan yang paling penting mengapa Altantuya dibunuh? Lupakan dulu dua Akuan Bersumpah oleh Bala walaupun dikatakan Bala ada membuat Akuan Bersumpah yang baru menyebut nama sepasang suami isteri ternama ini. Semua ini memerlukan jawapan dari Najib dan tidak cukup dengan mengadakan sumpah seperti yang beliau lakukan di Permatang Pauh. YB Zul nampaknya bersetuju dengan kaedah sumpah untuk menafikan sebarang tuduhan.

Jelas, tiada siapa yang menuduh Najib terlibat di dalam kes ini tetapi sikap Najib dan Rosmah sendiri yang menimbulkan persepsi sedemikian rupa. Justeru itu, YB Zul jangan bersusah hati kerana Najib dan Rosmah tidak difitnah sebaliknya kita mahukan penjelasan dari keduanya tentang beberapa persoalan yang sepatutnya mereka mampu menjawab. Sebagai seorang Peguam, sepatutnya YB Zul merasa pelik sekiranya ada pembunuh telah disabitkan kesalahan tetapi tidak pula diketahui mengapa mereka melakukan pembunuhan itu.

Apa pun kita hormati prinsip YB Zul yang tetap pertahankan maruah Najib dan Rosmah. Mudah-mudahan jasamu akan dikenang./wfauzdin.blogspot.com

13 ulasan:

  1. Pemuda Pakatan perlu mendahului Pemuda UMNO untuk membuat lapuran polis,supaya satu siasatan dapat dilakukan untuk mengtahui siapa yang mengarahkan Zulkifli Nordin membuat akuan palsu seperti yang didedahkan di parlimen semalam.

    BalasPadam
  2. tahniahlah, satu2 pembohongan terbongkar. dlu diberi peluang bertaubat, msh lagi buat keje lama, skrg nie rasakanlah.

    BalasPadam
  3. ape bodoh sgt ko nih..kalu da tak terlibat pe kejadah dia nak terlibat naik turun mahkamah nak bela diri? ape bodoh ko ni?

    sapa2 pun boleh buat akuan bersumpah, then satu hari pas batalkan akuan bersumpah tu, kau ingat sape yg jd mangsa aniaya?

    kalu ikutkan pendedahan si zul kulim ni, tak mustahil anwar yg upah si bala wat akuan bersumpah, sengaja nak kaitkan najib dalam kes ni di mata rakyat..pastu tarik balik one day later utk selamatkan diri, pastu anwar kasi duit suh nyorok jauh2..pastu pencacai2 PR kata si bala ni da kena tangkap dek polis BN..

    bangang..bangang

    BalasPadam
  4. dah agak memang anwar tu ada kaitan dgn kes altantuya. sebab itu satu2 caranya beliau dapat menjatuhkan pm.

    saya percaya cakap si zul ni bukan apa, sebab dari cara si anwar tu mengecam negara di mata dunia, beliau memang sanggup buat apa saja untuk mencapai cita2nya.

    saya tak akan percaya zul, kalau saya pasti anwar ada keikhlasan nya dalam memperjuangkan hak orang2 yang disokongnya. Tapi apa yang saya nampak, anwar byk lebih mengkritik daripada memberi komen membina kepada kerajaan.

    BalasPadam
  5. "Jelas, tiada siapa yang menuduh Najib terlibat di dalam kes ini tetapi sikap Najib dan Rosmah sendiri yang menimbulkan persepsi sedemikian rupa."

    Tak payah nak spin la kata tak de sape yang tuduh, padahal kat ceramah pakatan haram sentiasa cerita pasal benda ni. RPK siap cakap lagi yang derang terlibat...

    spin la lagi selagi boleh spin...

    BalasPadam
  6. kaki spin wfauzdin..but aku suka gak masuk blog ni nak lebih "kenal" sesuatu isu dari kaca mata pembangkang..

    pasal tiada siapa yg menuduh najib & rosmah mmg jelas spin..

    modal politik PR stg satu set: altantuya, enjin jet hilang, rasuah 3X, kapal selam, hudud, royalti etc..

    BalasPadam
  7. wt penyokong umno...
    jadi la bijak sikit,jgn jadi bodohn dulu kini dan selamanya..

    BalasPadam
  8. ye ke pmbangkang tuduh najib dan rosmah terlibat? Nape tak saman? Nape najib takut nk jwp soalan pasal Altantuya di Parlimen? Bila Gobind bangkitkan perkara ini, Gobind kena gantung di Parlimen. Pmbangkang hanya mahu persoalan kes altantuya dijawab dgn telus. Kes kapal selam, royalti tu fitnah ke? Kenapa la bodoh sgt sampai tak tahu apa2...patut la kena tipu seumur hidup dgn Umno. Persoalannya, sebab apa Altantuya dibunuh? Sebab dendam...dengki...rompak ? Kalau bunuh tanpa sebab, kira pembunuh tu gila lah.

    BalasPadam
  9. SIAPA YANG FITNAH NAJIB DAN ROSMAH LANGKAH MAYAT YB ZUL DULU - silap tajuk tu.

    Ini TAJUK yang betul: SIAPA YANG FITNAH NAJIB DAN ROSMAH PIJAK BANGKAI YB ZUL DULU.- diakan katak...biar jadi katak kering.

    BalasPadam
  10. buat kuda2 UMNO, anda perlu berfikiran jauh.. jgn sempitkan fikiran tu. moga2 segala kemungkaran akan terbongkar. Kuasa, pangkat dan harta bukan dimiliki untuk selama-lamanya di dunia. Di akhirat nanti, azab akan menanti. Sesungguhnya kau yang lebih mengetahui Ya Allah...

    BalasPadam
  11. klu dh otak umngok...mana bole pikir lg dh yg mana betul dan yg mana tak betul...dasar bodoh sampai ke tua....bebawakla sedar kuda2 woii haha

    BalasPadam
  12. sempitnya otak penyokong umno nih. stress aku baca komen dorang. umno tu hanya parti politik woi. get a life

    BalasPadam
  13. mu semue ni bangang belaka....pakai agak agak jer...siapa yang bersalah sebenar hanya Allah saja yang tahu...kenapa duk kalut....tuduh orang itu ini,nuar tu lagi bangang.....burukkan negara sendiri...tapi duduk sini jugak,kalau aku baik mampus lagi baik,....muka tadak bulu.

    BalasPadam