RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 26 Mac 2010

APA KATA JIKA US BADRUL AMIN BERTANDING DI HULU SELANGOR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ALFATIHAH. Saya secara peribadi mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad, MP Hulu Selangor yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi di rumahnya di Kajang akibat barah otak. Marilah kita bersama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang yang Soleh. Dari seorang pejuang Melayu yang berada di dalam parti Umno, akhir hayatnya disudahi dengan perjuangan membela keadilan bersama PKR yang bersekutu dengan parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS. Alhamdulillah.

Mungkin beberapa jam lagi jenazah Allahyarham akan disemadikan. Maka, suka atau tidak, berani atau takut, kita terpaksa berdepan dengan Pilihanraya Kecil tidak beberapa lama lagi. Tidak dapat dinafikan Parlimen Hulu Selangor bukanlah kawasan yang selesa buat PR. Kemenangan Allahyarham di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu hanya sekadar mendapat majoriti 198 undi menentang calon dari MIC. Mungkinkah pencapaian itu akan dapat dikekalkan, menurun atau pun meningkat. InsyaAllah, kemenangan pasti kita perolehi walaupun ada yang mengatakan PKR kini bermasalah akibat beberapa Adun/MP yang menjadi `katak'.

Siapakah calon yang paling layak untuk menggalas harapan pengundi-pengundi di Hulu Selangor? Buat Bn, tentunya kerusi tersebut akan menjadi rebutan di antara MIC dan Umno. MIC telah diberi peluang tetapi tewas, maka Umno pastinya punyai kelebihan untuk meletakkan calon mereka di situ. Siapa pula calon dari PR ? Jika mengikut persefahaman yang dijalin bersama, kerusi di Hulu Selangor itu tentunya menjadi milik PKR. Tetapi, siapakah calon yang paling layak untuk berdepan dengan Bn kelak?

Saya secara peribadi mencadangkan agar PKR meletakkan Ustaz Badrul Amin Baharom bertanding di Parlimen Hulu Selangor. Ini adalah kerana beliau pernah bertanding di kawasan Selangor sebelum ini walaupun tewas agak tipis. Faktor yang lain, PKR seharusnya lebih berhati-hati untuk memilih calon dibimbangi sejarah berulang kembali. Kita tidak mahu ada lagi Zahrain kedua mahupun Zulkifli Nordin nombor dua. Ustaz Badrul Amin tidak sedikit pun meragukan kita malahan beliau dilihat bukan sahaja seorang yang berilmu dan wara', malahan seorang reformis tulen. Beliau banyak berkorban tenaga, jiwa dan raga untuk perjuangan ini semenjak dari era reformasi. Beliau tidak undur walau setapak dari perjuangan walaupun beliau tidak mendapat apa-apa habuan atau kedudukan.

Sudah tiba masanya kita membayar segala usahanya selama ini walaupun mencalonkan beliau sebenarnya tidak mampu untuk membayar semangat perjuangannya selama ini. Tetapi sekurang-kurangnya kita menunjukkan penghargaan terhadap beliau. Saya yakin Ustaz Badrul Amin adalah seorang tokoh ugama yang dihormati pihak lawan dan kawan. Suara beliau patut bergema di Parlimen senada dengan suara rakan-rakan dari PAS terutamanya. Kita tidak mahu lagi suara sumbang seperti `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru. Adakah anda bersetuju dengan cadangan saya? Sila berikan komen anda. /wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. setuju....

    apo ko gilo letak mat sabu dengan zaid ibrahim...

    kejo gilo namo nyo////.....

    BalasPadam
  2. harap2 xdak la kecoh apa2 masa kempen pilihanraya ni nanti..insyallah..kepada puak2 PAS dan PKR jangan pulak nanti jadi BEROK tekinja-kinja atas jalan raya..

    BalasPadam
  3. The way I see it,let's not talk about who should be candidate until EC announces a date
    For now, let's pray to Allahyarham and his family

    BalasPadam
  4. Salam, Saya sangat menyokong Ustaz Badrol Amin dicalonkan dikawasan ini. saya sendiri sanggup membantu kampen secara individu. Saya percaya dan yakin dengan ketrampilan Ustaz. Orang macam Ustaz ini lah yang perlu PKR ketengahkan kerana istikamah beliau dengan PKR begitu meyakinkan.

    BalasPadam
  5. setuju 100%.saya akan turun kelapangan jihad dari awal pencalunan hingga hari pengundian...

    BalasPadam
  6. InsyaAllah.. teman pun yakin dengan cadangan ini..
    PAS kawasan Hulu Selangor teman rasa takde masalah untuk menerima calon PKR..
    Sememangnya ini kerusi PKR.
    Dan PRK inipun bukan berpunca daripada katak tetapi benar2 takdir Allah SWT.

    apa-apa pun UMNO-BN wajib kita kalahkan!

    BalasPadam
  7. saya sokong!!! tapi ada ke wakil utk memberitahu calun kita? apa2 pun nanti siapa yg terpilih...kami tetap sokong dan yg penting BN mesti dihapuskan!!!!

    BalasPadam
  8. mana mana pun ambo setuju apatah lagi seorang ustad seperti utd badrulAmin.
    yang pasti BN mesti dikalahkan dan dihancurkan.
    hancur.!!!!! hancur...! hancur BN....

    BalasPadam
  9. amber pon setuju...yang tak setuju calon dari pkr....kerana demo banyak masalah,rakyat dah menyampah kat pkr...kalau demo nak kalah...bubuh lah,amber saya rasa baik kita sokong umno kali ni,hok lain auto belaka.

    BalasPadam
  10. Saya bersetuju dan sokong 1000% kalau ustaz Badrul dicalonkan.Memang beliau reformis tulen. Tumbangkan BN/UMNO dari bumi ALLAH ini kerana merekalah kite jadi miskin.

    BalasPadam
  11. Zainal Abidin Bin Abu Bakar27 Mac 2010 pada 4:38 PTG

    Salam perjuangan, saya amat bersetuju dgn cadangan Sdr agar Parti Keadilan Rakyat meletakkan Yang Berbahagia Ustaz Badrul Amin sbg calun di PRK Parlimen Hulu Selangor. Semoga ustaz beroleh kemenangan selesa dan kita mengharapkan suara ustaz dpt didengar di parlimen kita. InsyaAllah, sepertimana PRU dan PRK yang sudah, kami akan turun membantu memperkuatkan kempen di sana.

    BalasPadam
  12. Kita Serupa....
    aku pon cadangkan beliau....

    BalasPadam
  13. Salam Ukhuwwah, itulah pilihan paling tepat utk PKR waktu ini. YBhg. Ustaz telah diuji, istiqamah, lagi pun Ustaz bukan asing bagi kami di H. Sel. ni. Kami mengharap, menyokong dan berdoa agar Ustaz dipilih menjadi suara kami di Parliment nnt. *** buat masa ini susah kami nak percaya dgn calon PKR selain Ustaz... @ letak saja calon PAS... Wassalam

    BalasPadam
  14. sy hanya akan bantu kempen jika ustaz badrul amin, bukannya yg lain... istiqamah dlm perjuangan... yakin ustaz takkan keluar parti jika menang..

    BalasPadam