| ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina | ||
| 
 | 
|           Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu  menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri  pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan. Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'. Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Kriteria berkenaan adalah: 
 
 
 Selain  mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan  yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen  untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa. 
 Lebih mengejutkan lagi EPP  juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah  Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi  menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion  menjelang 2020.  "Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu. Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus. 
 Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan./Malaysiakini | 
 
 
 
 
 
 

 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan