Di Galas, lalulintas  lancar. Cuaca juga baik. Ratusan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di  depan Masjid Tengku Faiz Petra, yang terletak tidak jauh dari pusat  penamaan calon.
Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.
Perarakan ke pusat penamaan calon akan bermula selepas solat hajat.
9.05am: Calon BN Abdul Aziz Yusof tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi  Setiausaha Agung BN Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA  Datuk Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul  Jalil.
9.11am: Penyokong Pakatan yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang mula berarak  dari masjid dengan diketuai oleh naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar  yang diiringi pemimpin Pakatan yang lain.
Sebelum itu, dengan diimamkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menunaikan solat hajat di masjid berkenaan.
Kehadiran mereka disahut dengan takbir oleh penyokong di sepanjang jalan berkenaan menuju ke pusat penamaan calon.

9.19am: Penyokong Pakatan dihalang oleh sekatan, namun mereka terus berselawat dan melaungkan takbir.
Berlaku ketegangan seketika apabila sekatan berkenaan menyukarkan calon  PAS, Dr Zulkefli Mohamad yang cuba ke pusat penamaan calon di Bilik  Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua
Musang. Ia diburukkan lagi dengan ribuan penyokong yang membanjiri kawasan sekitar. Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.
Musang. Ia diburukkan lagi dengan ribuan penyokong yang membanjiri kawasan sekitar. Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.
9.30am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan.
9.39am:  Penyokong PAS dan beberapa pemimpin Pakatan cuba memasuki dewan  penamaan calon, tetapi polis hanya membenarkan mereka yang mempunyai pas  sahaja masuk. Antara mereka yang tidak dibenarkan masuk ialah ahli  parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
9.44am:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP  dan membuat ucapan ringkas kepada penyokong Pakatan. Beliau menggesa  mereka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan pada 4  November ini.
Pegawai pilihan raya juga membuat pengumuman yang sama. Katanya, hanya dua calon yang telah mengemukakan borang mereka.
Mereka adalah - Dr Zulkefli Mohamad (PAS) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno).
Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, namun paluan gendang daripada BN dibiarkan terus bergema.
10.31am: Seorang komander Pasukan Gerak Am yang berpakaian tentera memeriksa kedua-dua sekatan yang didirikan oleh PAS dan juga Umno.
Beliau  disindir oleh penyokong PAS yang memberikan tepukan dan berkata "Datuk  jadi calon!" dan " Baju dah hijau tu" sambil disambut dengan gelak  ketawa oleh mereka yang hadir.
Bagaimanapun bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong PAS mula keletihan dan berehat seketika. Paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti seketika juga.
Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. Ia berjaya penyokong kedua-dua pihak mengejek satu sama lain yang mungkin boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini./Malaysiakini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan