Ramai pihak yang menghentam PDO kononnya membuat laporan salah tentang calon Pakatan Rakyat di Batu Sapi ialahh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee (foto). Dalam laporan tersebut, pihak kami mengatakan beliau mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi Sabah pada 4 November ini. Sebenarnya, Pakatan Rakyat akan diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat  (PKR) bukan SAPP seperti yang diwar-warkan. Yong Teck Lee bertanding  atas kapasiti SAPP dan ini bermakna pilihanraya kecil itu akan  menyaksikan pertandingan tiga penjuru sebenarnya. Oleh itu pihak kami  memohon maaf atas penyiaran laporan tersebut. Ia berlaku secara tidak  sengaja berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh krew kami di Sabah.  Kesulitan amatlah dikesali dan dengan ini kami menarik balik laporan  tersebut. Kesilapan dan kesalahan adalah perkara biasa dalam mana-mana  media cetak, namun kenapa bila ia berlaku kepada PDO penyokong Pakatan  Rakyat sendiri mengutuk, menghentam dan menuduh kami sengaja mahu  memporak perandakan Parti Keadilan Rakyat tu sendiri. Harap Maklum dan  terima kasih. PDO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
 
 
 

 


Tiada ulasan:
Catat Ulasan