| KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS mendakwa Melayu dihina dan merempat di bumi sendiri adalah kerana sikap kronisme Umno dan pemimpin mereka sendiri.
 Menjawab  dakwaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan PAS, Idris  Ahmad berkata bukan Melayu yang sering bertolak ansur, tetapi pemimpin  Umno yang memegang kuasa yang berbuat demikian sehingga menggadai nasib  Melayu.
 
 "Hakikatnya Umno lah yang menyebabkan Melayu hilang jati  diri dan lemah kuasa politik. Akibat politik dendam dan hasad yang  berlubuk di dalam hati pemimpin Umno, yang mengutamakan Umno Putera,  menyebabkan Melayu merempat di bumi sendiri.
 
 "Hakikat yang  berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno  yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri  sendiri," katanya.
 
 Ahmad Zahid semalam dilaporkan berkata, sedang mencari sebab kenapa hak orang Melayu yang sering dipertikaikan di bumi sendiri.
 
 Zahid juga seperti menyalahkan Melayu yang didakwa sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur.
 
 Biarpun  tidak menuding jari secara khusus kepada mana-mana pihak, kenyataan  Zahid itu dilihat cuba membentuk pemikiran orang Melayu khususnya untuk  menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat.
 
 "Ini adalah teknik lama umno  untuk memulihkan tenaga umno yang semakin lemah. Strategi ini adalah  seperti pepatah Arab “Dia pukul orang dia mengadu bahawa orang lain  pukul dia, dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia," katanya  lagi.
 
 Untuk mencapai maksud itu juga, Umno katanya menggunakan  modal lapok dengan memainkan isu Melayu Pulau Pinang terkorban kerana  Pakatan rakyat memerintah.
 
 "Mereka cuba menjadi orang yang buta  sejarah dan memutar belikkan fakta sejarah. Pada hal Umno dengan Gerakan  yang memerintah Pulau Pinang hampir 51 tahun. Umnolah yang  bertanggungjawab menyebabkan Melayu merempat di Pulau Pinang," jelasnya.
 
 Menurutnya lagi, selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini.
 
 Ianya  boleh dibuktikan apabila banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi  oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag  mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal.
 
 "Manakah pergi nilai saham khas bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion.
 
 "Kemanakah  pergi tanah rizab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah  pada tahun 1957. Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta  hektar?", soalnya.
 
 Sehubungan itu, Umno katanya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ibarat seperti "menyuruh serigala menjaga kambing".
 
 Sudah sampailah masanya Umno berundur dan orang Melayu pula diseru menyertai PAS sebagai  ganti kepada Umno./Harakahdaily
 
 | 
zahid bukan zaid , harap maklum
BalasPadamUntuk makluman dan benak Zahid Hamidi:
BalasPadamSejarah: Buka buku sejarah,sebelum tahun 1948,orang Melayu semua jadi rakyat Sultan-Sultan.Tidak ada seorang pun "bukan Melayu" yang pegang kerakyatan Sultan-Sultan.Dato Onn dan UMNO terima Gagasan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dari British,semua yang ada diTanah Melayu waktu itu jadi rakyat Tanah Melayu.Sepatutnya soal "kerakyatan" ni dikaji oleh UMNO selepas 1948 tapi UMNO buat tak kisaqh aje.1957,soal kerakyatan ni diterima bulat-bulat oleh Tengku Abdul Rahman dan UMNO sehingga dijadikan syarat oleh British untuk merdeka."Kalau mau merdeka,3 kaum mesti datang keLondon,baru boleh merdeka".Ini yang Sukarno katakan "Medeka Separuh Masak".
Dasar Ekonomi Baru - Siapa yang Ali-Babakan,kalau bukan orang UMNO.MCA dan MIC tak bantah pun DEB sebab depa tau UMNO akan gadaikan juga pada depa.Apa jadi pada DAB,hancur dan musnah sebab ketamakan orang UMNO.
Maruah: Melayu hilang maruah sebab UMNO -rasuah,menipu,membelit,membunuh,menghalalkan cara,zalim,memfitnah dan Perdana Menteri UMNO tidak faham apa itu,"seperation of power" ikut sistem parlimen Westminister.Semua ini menjadikan bangsa asing hilang hormat kepada pemimpin Melayu.Bukan sahaja yang hilang hormat tu dalam negeri,malah dunia luar pun mencemuh pemimpin Melayu UMNO.
Kalau Zahid hendakkan senarai yang lebih panjang dan detail kita boleh beri.Tapi buat apa,buang masa aje.
Terima kasih atas pembetulan dari saudara 18:35 di atas. Pembetulan nama pada tajuk adalah ZAHID HAMIDI bukan ZAID HAMIDI. Maklum.
BalasPadam