RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 30 Oktober 2010

PEMILIHAN PKR - TIDAK PERLU BATAL, KELEWATAN KERTAS UNDI TETAPI MASA MENGUNDI DILANJUTKAN

KENYATAAN MEDIA:
29 OKTOBER 2010


Sukacita ingin dimaklumkan bahawa pemilihan peringkat Pusat dalam Pemilihan KEADILAN 2010 ini telah bermula pada hari ini dengan memperlihatkan 9 cabang-cabang KEADILAN di negeri Kedah dan Kelantan mengadakan pengundian bagi 12 kerusi jawatan-jawatan utama dan 60 kerusi ahli majlis pimpinan pusat dan ahli majlis pimpinan sayap Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda KEADILAN masing-masing.

9 cabang-cabang utama ini adalah Tumpat, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Pasir Mas di Kelantan sementara di Kedah pula adalah Alor Setar, Langkawi, Pokok Sena, Kuala Kedah dan Kubang Pasu.

Pemilihan peringkat Pusat dalam Pemilihan KEADILAN 2010 ini akan diadakan di 222 lokasi cabang-cabang KEADILAN di seluruh negara dan akan dijalankan pada 10 hari-hari mengundi hujung minggu sehingga tarikh 21 November 2010 nanti.

Pengundian hari pertama hari ini telah dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang permasalahan. Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kelewatan masa pengundian dimulakan telah menjejaskan kewibawaan proses pengundian ini sehingga meminta untuk keseluruhan proses ini dibatalkan, ingin dijelaskan bahawa kelewatan ini adalah disebabkan oleh kertas-kertas undi yang lewat sampai ke cabang-cabang di Kelantan dan telah melewatkan sedikit permulaan proses pengundian yang sepatutnya dimulakan pada jam 10 pagi. Walaubagaimanapun masa pengundian telah dilanjutkan satu jam sehingga jam 5 petang bagi membolehkan anggota-anggota Parti melaksanakan hak demokrasi mereka dalam kaedah pemilihan satu anggota-satu undi ini.

Merujuk kepada berita yang di siarkan di laman portal berita freemalaysiatoday.com berhubung dengan dakwaan bahawa Pengerusi JPP Dr Molly Cheah tidak lagi terlibat dengan pengurusan Pemilihan Parti, Ibupejabat Parti KEADILAN Rakyat juga ingin mengesahkan bahawa beliau masih lagi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sehingga hari ini dan bahawa jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khusus untuk mengawalselia hal-ehwal pemilihan Parti ini sememangnya terlibat secara langsung untuk menyemak dan menyediakan tatacara proses pemilihan peringkat Pusat berpandukan beberapa kelemahan yang dikenalpasti (sewaktu pemilihan peringkat Cabang tempohari) melalui jawatankuasa kecil teknikal yang dianggotai oleh ahli-ahli JPP lainnya iaitu sdr Rajen Devaraj, sdr Wong Hoy Cheong dan sdri Stephanie Bastian.


Saifuddin Nasution bin Ismail
Setiausaha Agung
Parti KEADILAN Rakyat

* Melalui email

Tiada ulasan:

Catat Ulasan