|     KUALA LUMPUR, 13 Dis:  Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui  Wikileaks,  hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua  Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh  negara bermula 14 hingga 19 Disember ini. 
 Beliau dijadualkan  berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula  malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju  Wilayah Persekutuan.
 
 Turut akan berucap di majlis itu nanti  adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok,  Shamsul  Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.
 
 Wikileaks  melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang  bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa,  musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah  memasuki perangkap itu.
   Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana  takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan  sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.
 Namun begitu, Anwar  telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka  memberikan bukti  ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan  ia adalah kerja  para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.
 
 Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.
 
 Selepas  ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan  turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula.  Mula-mula beliau akan berucap  di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.
 
 Selepas  ceramah itu, beliau akan bergegas ke  Markas PAS Paya Dalam, Air Molek,  Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut  berucap bersama beliau.
 
 Pada 17 Disember, beliau akan turun pula  ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk  memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di  Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan  Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.
 
 Pada 18 Disember pula, Anwar akan  turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS  Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu  beliau akan menyertai  Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina  Perkampongan Juru,  Batu Kawan,  Pulau Pinang.
 
 Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.
 
 Keesokan  harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam  Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium,  Kepala Batas, Pulau Pinang.
 | 
Penat nanti Anuar nak menjelajah ke seluruh dunia untuk menjawab apa yang dibongkar oleh Wikileaks. Kesian Anwar, sepatutnya diusia pencen sekarang ni beliau kena lipat gandakan ibadat dan perbanyakkan taubat serta kena rajin-rajin ke masjid dan tunaikan haji, tetapi nampaknya makin tua makin banyak masalah yang datang melanda.Sepatutnya teman-teman yang sayangkan Anwar patut nasihatkan beliau supaya banyak-banyakkan bertaubat bukannya mempergunakan beliau untuk kepentingan politik PR.
BalasPadam