RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 24 Januari 2011

DEBAT ANWAR - NAJIB, GILIRAN ZUL KULIM MEMBELA NAJIB PULA


Oleh: WFAUZDIN NS

ZUL Kulim `firaun besar' telah lama kita ketahui memang kaki temberang semasa berada diu dalam PKR lagi. Beliau sendiri pun mengaku bahawa beliau memang suka temberang kununnya atas arahan Anwar semasa berada di dalam PKR. Bayangkan seorang `ustaz' pejuang Islam yang berani kununnya, boleh melakukan pembohongan dek kerana arahan Anwar. Pelik apanya sekarang dia temberang lagi tapi atas arahan bos baru sekutu Apco?

Zul Kulim yang menenggek di atas kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi kawasan tersebut, di dalam tulisannya di sini, cuba membela Najib agar tidak berdebat dengan Anwar. Beliau mahu Najib setaraf dengan dia yang penakut lagi bacul kerana beliau sendiri pun takut berdebat dengan YB Khalid Samad tentang isu Kalimah Allah. Banyak kali dicabar, kecut peguam tak ada kelas ini.

Menariknya, Zul Kulim alih perhatian pada isu liwat DS Anwar. Beliau cabar Anwar berdebat dengan Saiful. Lepas tu cabar Anwar berdebat dengan Karpal Singh dan juga YB Gobala. Sedangkan beliau sendiri penikus dengan debat. Kenapa tidak sahut cabaran YHB Khalid Samad untuk berdebat? Mengapa sibuk mahu bela Najib? Ada udang balik kopiah dia kot.

Lagi menunjukkan beliau jahil lagi kaki temberang, apabila beliau mengulas mengapa Anwar tidak mahu bersumpah seperti Saiful. Mengapa Anwar mematuhi fatwa Ulamak Dr Yusof Qhardhawi yang tidak mermbenarkan Anwar bersumpah dan tidak memakai nasihat Dr Asri. Maknanya, Zul Kulim ini tidak iktiraf keilmuan Dr Yusof Qardhawi. Zul Kulim menulis, katanya, " Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw."

Lihat betapa `cerdik'nya MP Kulim Bandar Baru yang dipecat dari PKR ini. Saya yang tidak sebodoh beliau pun tahu bahawa perdebatan ini sudah lama dipraktikkan di kalangan Ulamak dahulu kala, bahkan dipraktikkan juga oleh Imam dari 4 mazhab. Banyak kisah hasil dari perdebatan antara Ulamak ini ada yang membawa kerahmatan. Ada Paderi yang memeluk Islam setelah berdebat dengan Ulamak atau ilmuan Islam. Zul Kulim tidak tahu kah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perdebatan atau berhujah dengan musuh Islam? Atau sebenarnya beliau tahu, tetapi disebabkan perangainya yang kaki temberang, beliau sanggup temberang demi membela Najib?

Sepanjang tulisannya itu, paling kelakar apabila beliau sebut Anwar suruh beliau berjumpa Najib untuk selesaikan masalah liwat. Siapa Zul Kulim di sisi Anwar sehingga kuat sangat pengaruhnya itu? Beliau pun Anwar yang `kasi makan' bertanding di Kerusi Parlimen setelah PAS `campak'kannya. Perasan sungguh si kaki temberang ini. Baru-baru ini beliau mahu serang DAP dan PAS juga PKR di dalam isu Azan. Akhirnya, beliau kelu tidak berkata apabila mengetahui yang menentang suara Azan itu adalah peguam ahli dari MCA. Di situ kita boleh tahu standard otak Zul Kulim.

Saya nasihatkan Zul Kulim, beliau kena banyak mengaji semula. Semenjak beliau dipecat dari PKR, apa jua yang beliau dedahkan sedikit pun tidak menguntungkan Najib, jauh sekali merugikan Anwar, malahan lebih menampakkan kebodohannya sendiri. Seperti yang beliau nasihatkan Anwar, saya yang tidak sebodoh beliau ingin menasihatkannya agar sahut cabaran YB Khalid Samad dahulu sebelum sibuk mahu campor urusan debat Anwar - Najib./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Zul Kulim berhati mulia..bercakap benar..PAS parti Munafiq..Nauzubillah. Taubatlah penyokong PAS..contoh terburuk kerajaan kelantan..Tipu rakyat.Buat bazaar jadi lubang kubur.. Normala ni haram menjadi calon..fatwa PAS jugak. Cik gu Mala ni ada hubungan terlarang dulu sebelum kahwin dgn laki sekarang..MasyaAllah..Taubatlah..

    BalasPadam
  2. pok nik,
    apa yang hang merepek ni.
    kalau bazar dah jadi lubang kubur,dah lama hang di humban kedalam lubang tu.
    cara hang tulis ,siap dengan perkataan nauzibillah macam hang orang Islam,tapi aku ingat ni bukan Islam lah.pasai kalau Islam dia takut nak tuduh macam yang hang tuduh pada cik gu mala.
    sebenarnya siapa yang perlu taubat.kalau hang Islam hang yang perlu taubat pasai ikut macam zul munafik ini.
    aku orang umno,jadi aku tau apa yang zul munafik jual pada umno.
    jual rahsia dan maklumat pihak pembela sewaktu dia jadi team pembela anwar dulu.
    lagi satu nak pesan pada pok nik,kalau bodoh jangan tunjuk pada orang.
    zul munafik ni ada dalam team pembelaan anwar sejak awal lagi.bukan baru.dulu tak timbul pun cerita cabar ni.pasai apa,nak korek cerita untuk jual ,maklumat.
    nak suruh hang bertaubat pun tak guna pasai hang pun tak tau apa makna taubat.yang hang paham tau buat.

    **merepek sakan,orang umno pun tak bolih tahan.

    BalasPadam
  3. POK NIK...
    Lu ni aku rasa bkn islam..tpi lu ni orang BODOH..cakap x serupa manusia..klu aku kate mak lu wat hubungan ngan jantan lain ape perasaan lu Pok Nik???ln kali jgn fitnah pada orang..fitnah 2 kn dosa besar..klu lu 2 penyokong @ barua UMNO aku x kisah..lantak lu la...tapi bab fitnah atas calon aku,memang lu nak kena la..

    TAKBIR..
    PAS PASTI MENANG... POK NIK BARUA..

    BalasPadam