RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 28 Januari 2011

SUK SELANGOR - TEMPOH `PANTANG' 6 BULAN BUAT DATUK KHUSRIN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA berita menyebut bahawa SUK Selangor yang tidak `digemari' oleh Kerajaan PR Selangor, Datuk Khusrin akan tetap diberi peluang menjadi SUK Selangor untuk `dipantau' selama 6 bulan. Sekiranya beliau mampu bertugas secara profesional tidak sepertimana semasa beliau menjawat jawatan Pengarah JAIS, kemungkinan besar beliau diterima menjadi SUK Selangor berterusan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari ini bagi membincangkan sekitar isu berkaitan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itu. Berkenaan tempoh 6 bulan tersebut, MB Selangor tidak mahu mengulas lanjut.

Pada pandangan saya, bagi menjernihkan keadaan dan bagi `mencuci arang di muka ' Datuk Khusrin, memang wajar beliau diberi tempoh tersebut. Di dalam tempoh `pantang' berkenaan, Kerajaan Selangor mestilah memantau beliau secara serius. Tidak mustahil di kalangan Exco Selangor sendiri ada `musang berbulu ayam' dan menjadikan kehadiran Datuk Khusrin di Pejabat SUK sebagai `jentera' untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor. Ini tidak mustahil.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak Kerajaan PR Selangor terpaksa menerima `tetamu tidak diundang' ini. Tentulah lebih baik sekiranya Datuk Khusrin berundur sendiri sekiranya beliau mengerti situasi sekarang. Rakyat tentu memujinya jika beliau berundur atas dasar menghormati kerajaan pilihan rakyat. Malangnya, Datuk Khusrin tidak memikirkan itu semua asalkan beliau merasakan beliau dipilih atas kelayakannya menjadi SUK walaupun dinaikkan gred dari Gred C melangkau ke Gred A secara `pelik'.

Kerajaan PR Selangor jangan mudah lalai dan terlena dibuai mimpi mulai sekarang. Kita telah kenal siapa yang masuk dan kita `restu' kemasukannya. Langkah jangan silap nanti rakyat akan menyalahkan `kebodohan' kita sekiranya kerajaan ini tumbang bukan melalui pilihanraya atau demokrasi. Pengajaran yang boleh dipelajari di Perak patut kita sedari dan waspada selalu./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan: