RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 22 Mac 2010

TERIMA KASIH ZAHRAIN, 600 MASUK PKR DAN KISAH KETUA PEMUDA PAS DIMALUKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH-TENGAH kita menonton aksi `MP Terlampau' Zahrain di Parlimen, malam tadi berlaku serah borang menyertai PKR di kawasan Parlimen Paya Besar, Kuantan. Satu program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang telah diadakan di Markas PAS Taman Tas, Kuantan yang menampilkan tokoh utama iaitu YB Azan Ismail (MP Bandar Idera Mahkota), YB Saifuddin Nasation (MP Machang), Dato' Zaid Ibrahim dan juga Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi sendiri serta beberapa pimpinan PR kawasan.

Saya sendiri turut berada di tengah ribuan masyarakat dari berbilang kaum pada malam tersebut dan melihat situasi malam itu, amat lojik juga cita-cita PR untuk merampas Pahang dari Bn pada Pilihanraya Umum akan datang. Meskipun besebelahan tapak ceramah diadakan Expo (Fun Fair), amat memeranjatkan kehadiran orang ramai di dalam program tersebut dan amat wajar dan tepat sekali ucapan tahniah diberikan kepada penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Pahang.

Di antara isu yang dikupas di dalam ceramah tersebut antaranya yang menarik tentang ucapan dari Us Nasruddin Tantawi betapa beliau telah `dimalukan' oleh peserta forum sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Tehran. Di dalam forum tersebut, ketika seorang Ahli Panel forum membuat pendedahan betapa kerajaan Israel kini telah dilengkapi dengan jet pejuang canggih tanpa `pilot' untuk memusnahkan rakyat Islam Palestine, tiba-tiba bangun seorang peserta dari Lubnan yang pernah menuntut di UIA, Kuala Lumpur menyebut betapa Malaysia mempunyai jet yang lebih canggih dari Israel. Kata-kata peserta itu membuat dewan forum sepi seketika kerana masing-masing seperti tidak percaya betapa Malaysia boleh mengatasi kehebatan Negara Israel yang sentiasa dibantu oleh Amerika itu. Peserta dari Lubnan itu menyebut, " Jika Israel dikatakan amat hebat kerana jet nya tiada `pilot', Malaysia tentunya lebih hebat lagi kerana di Malaysia jet nya `tiada injin." Maka, gamat seluruh dewan forum dan kata Us Nasruddin, selaku rakyat Malaysia beliau terasa amat malu seperti ingin menyorok muka di bawah meja pada ketika itu.

Pada program ceramah malam tadi, satu upacara serahan borang sebanyak 600 orang untuk menyertai PKR telah diadakan. Borang-borang tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR iaitu YB Saifuddin Nasation. YB Saifuddin di dalam ucapannya berkata beliau bersyukur semenjak isu fitnah Liwat 2 yang menimpa DS Anwar, pejabat beliau telah memproses kemasukan ahli baru ke dalam PKR yang jumlahnya amat luar biasa. Ini adalah hasil kerjasama kuat di antara semua parti di dalam PR, katanya. Beliau juga turut menyentuh isu lompat parti, kes liwat 2 dan juga tentang bagaimana kerajaan negeri di bawah PR berupaya membuktikan ketelusan sehingga mendapat pujian dari Juru Audit Negara.

Saya ingin memberi sedikit teguran terhadap program ceramah malam tadi. Pada saya program malam tadi amat berjaya dari segi sambutannya tetapi beberapa kelemahan berikut perlu diambil kira;

1. Program agak lewat bermula sehinggakan jam 9.30 mlm pun masih belum bermula. Sepatutnya program telah bermula jam 9 mlm kerana penganjur telah menjemput ramai penceramah pada malam itu. Masa yang suntuk menyebabkan beberapa penceramah tidak selesa untuk menyampaikan ceramah dengan lebih berkesan.

2. Tiada petugas parti yang melaksanakan tugas seperti pengedaran risalah atau apa jua bahan penerangan/maklumat kepada mereka yang hadir. Sewajarnya di dalam program seperti ini kita perlu mengambil kesempatan untuk mengedar apa jua maklumat tentang isu terkini bagi menentang dakyah yang dibawa oleh media pencacai Umno.

Walau apa pun, setinggi pujian harus diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang di atas kejayaan program malam tadi. Melihat kepada reaksi spontan mereka yang hadir, ternyata segala fitnah ke atas pimpinan PR tidak lagi memasuki minda rakyat. Syabas Justify Fulldiucapkan./wfauzdin.blogspot.com

16 ulasan:

  1. Salam Tuan Punya Blog......

    Kami sendiri di Permatang Pauh akan menerima lebih dari 400 borang permohonan keahlian baru dari 4 Ranting yang baru ditubuhkan dalam minggu ini...

    Lagi kuat tekanan yang dikenakan oleh UMNO/BN, lagi ramai yang menyokong PKR nampak gayanya..

    Wassalam..

    BalasPadam
  2. 6000 kuar PKR, 600 serah borg masuk PKR..

    yg masuk PKR dah lame menjadi ahli..but satu borng kalu antar RM50 hengget..taruk sign je..

    hahaaaaaaahahahaaa...

    BalasPadam
  3. dia ingat geng2 PKR lapar cam geng2 Umno....yg lapar duit tu semua dah mlompat keluar dah...tu yg Umno nk kutip tu...ehehehee

    BalasPadam
  4. yang masuk PKR tu Ahli PAS ke
    dah biasa dah camni

    BalasPadam
  5. Yang biasa buat kejer bodoh Umno masuk Umno tu, Umno lah!!!

    BalasPadam
  6. oooo.... gitu rupanya.... perangai umno ni.... apa ko ingat pakatan rakyat macam ko ke... cilanak lu.

    BalasPadam
  7. orang umno yang minat bagi umpan dengan duit. sebab tu orang yg sokong umno ni tak de maruah, boleh beli ngan duit, trus bagi sokongan! Cuba umno buat himpunan ramai2 ....takkan ada kalau tak sekali ngan RM..

    BalasPadam
  8. mlm tu aku pun hadir.penonton dianggarkan lebih dari 1 ribu orang.alhamdulilah.malas nak komen perangai macai umno noh,1 malaya dah tau perangai depa nih.pedulilah sama depa.kita teruskan perjuangan menentang kezaliman ni..

    BalasPadam
  9. biasa la beb.kalau dah ameno pekat tu apa yg orang kate susang cilanak tu nak paham.
    biar le cilanak tu dengan ameno pekat dia.
    jom ramai ramai pakat sokong PR.
    jangan peduli cilanak dengan labi labi dia.......

    BalasPadam
  10. Ini lawak BODOH,Wan,cerita macam ni jangan lah panjangkan.Tahab umno ngok saja yang bolih terima cerita macam ni kalau di cerita olih pemimpin umno ngok.Kita pula jangan jadi macam depa,tunjuk bahawa anggota PR memang dunggu untuk percaya lawak macam ni.
    Di antara isu yang dikupas di dalam ceramah tersebut antaranya yang menarik tentang ucapan dari Us Nasruddin Tantawi betapa beliau telah `dimalukan' oleh peserta forum sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Tehran. Di dalam forum tersebut, ketika seorang Ahli Panel forum membuat pendedahan betapa kerajaan Israel kini telah dilengkapi dengan jet pejuang canggih tanpa `pilot' untuk memusnahkan rakyat Islam Palestine, tiba-tiba bangun seorang peserta dari Lubnan yang pernah menuntut di UIA, Kuala Lumpur menyebut betapa Malaysia mempunyai jet yang lebih canggih dari Israel. Kata-kata peserta itu membuat dewan forum sepi seketika kerana masing-masing seperti tidak percaya betapa Malaysia boleh mengatasi kehebatan Negara Israel yang sentiasa dibantu oleh Amerika itu. Peserta dari Lubnan itu menyebut, " Jika Israel dikatakan amat hebat kerana jet nya tiada `pilot', Malaysia tentunya lebih hebat lagi kerana di Malaysia jet nya `tiada injin." Maka, gamat seluruh dewan forum dan kata Us Nasruddin, selaku rakyat Malaysia beliau terasa amat malu seperti ingin menyorok muka di bawah meja pada ketika itu.

    BalasPadam
  11. satu kisah yg menarik dan sindiran tajam untuk Umno....betapa kita hebat jet tak ada injin...MSia Boleh !!!!

    BalasPadam
  12. Hanya orang yang berkualiti sahaja masuk PAS dan PKR . Yang lain tu , maleh lah den nak komen. Buek ponek mulut dan dosa ajo !

    BalasPadam
  13. bagus la tu...korng nye nahoda dh lari ke london...tu bru bukak skit je penipuan...dh panas telinga...korg sokonglah...moga jahanam lah cepat malaysia ni..masing2 sibuk nk rebut kuasa...penyokong lak dh buta hati.dh tk nmpk dh penipuan yg terang2 nmpk.korg fikir lah sendiri..berjuang kerana dendam..kerana nafsu,dh ramai dh kuar pkr..yg sebut je 600,yg dh kuar dh 6000...korg pusing la cam mne pn kebenaran dh nmpk..sape nuar tu,sape LGE,sape nik ajis..ko fikir lah sendiri..semoga ALLAH menyedarkan korg semua..amin...

    BalasPadam
  14. org pas,pkr,semanya buta hati pekak telinga...mungkin matanya belum buta...duk puja yg suka punggung,rasuah sema baham..cuma baham tanah je tak lagi.....huaaaaaa

    BalasPadam
  15. Itu belum kapal selam yg tak boleh menyelam.Kalau fikir2 balik,apa agaknya nama yg boleh kita beri pada "kapal selam" yg tak boleh menyelam ni? Bot atau perahu!

    BalasPadam
  16. Aku ni duk kat area Paya Besar, Kuantan...dah 15 tahun duk dalam UMNO dan pernah jadi Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan. Tektik penyokong pembangkang keluar beramai-ramai tu tektik biasa tambah-tambah bila tiba PRK atau PRU, tu semua mainan akhbar dan tv. Kenyataannya tidak pun. Aku kecewa pemimpin2 bawahan masing2 kejar kuasa dan duit apalagi pemimpin atasan. Walaupun aku penyokong UMNO, kes liwat Anwar Ibrahim tu jelas lakonan semata-mata. Aku kekadang naik muak dengan gelagat pemimpin UMNO dan penyokong2 yang membabi buta ni.

    BalasPadam