RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 6 November 2010

BILA KALAH, TUDING JARI PADA PEMIMPIN

Bila tewas saja di dalam pilihanraya, maka mulalah nak menyalahkan pemimpin. Kununnya pemimpin tak disukai oleh ahli parti sendiri. Cuba sebut mana satu pemimpin yang disukai oleh semua ahli? Berjuang kerana dasar parti atau pemimpin?

Peliknya, bila menang tidak pula nak memuji pemimpin. Maklumlah, pemimpin pun tidak mahu dipuji dan dipuja, tetapi pemimpin pun bukan boleh dihina sesuka hati. Tewas di Galas, itu pun salah pemimpin juga ke? Kalau silap parti kira ok la juga, mungkin silap strategi tetapi untuk salahkan pemimpin itu tidak masuk akal langsung.

Kajian dari Ilham Centre diambil kununnya PAS tewas akibat ahli sendiri tidak suka kepada pemimpin atau hubungan kurang mesra. Tidak bolehkah kita berjuang untuk parti tanpa kita dibelai, dimanja oleh pemimpin. Jika benar ada pemimpin yang sombong atau berlagak, percayalah di dalam PAS pemimpin seperti itu tidak akan lama. Jadi, pedulikan perangai pemimpin macam itu asalkan kita sebagai ahli bekerja kuat untuk parti.

PAS tewas pun bukan tewas tanpa maruah. Kita tewas dengan gerombolan perasuah. Kita tewas kerana adanya pengundi yang buta hati dan jahil. Pengundi tidak tahu yang mana satu selama ini menghisap darah mereka. Tugas kita menyedarkan mereka. Bukan mudah untuk PAS menang dengan seluruh jentera berada sebagai benteng mereka. Kita menang sebelum ini pun nasib menyebelahi kita, bukan kerana mereka tidak melakukan rasuah. Di Manek Urai pun, rasuah begitu banyak tetapi nasib tetap menyebelahi kita.

Oleh itu, jangan PAS terus menerus mengharapkan nasib. Ada baiknya PAS bangun secara lebih keras dan radikal untuk menentukan tiada lagi rasuah dapat dilakukan oleh puak Apco itu. Jika kita gagal untuk menghalang mereka dari terus `membuli' kita, lebih baik kita tidak payah sertai pilihanraya. Jadi, kekalahan PAS di Galas bukan kerana pemimpin tetapi terlalu banyak faktor lain yang mungkin Ilham Centre tidak kaji dan selidiki sepenuhnya.

6 ulasan:

  1. jika nasib malang itu menimpa, sila muhasabah diri, janganlah menyalahkan orang lain ataupun pemimpin, tidak kiralah siapakah pemimpin itu selagi mereka itu beragama islam.kepada puak2 pas yang jumud berbalik lah kepada landasan yang betul.

    BalasPadam
  2. Ada baiknya PAS bangun secara lebih keras dan radikal untuk menentukan tiada lagi rasuah dapat dilakukan oleh puak Apco itu. Jika kita gagal untuk menghalang mereka dari terus `membuli' kita, lebih baik kita tidak payah sertai pilihanraya

    siapa yang mengetuai untuk tugas diatas jika bukan pemimpin parti?

    Ahli-ahli parti tidak boleh bertindindak sendirian. Ia mesti diketuai oleh pemimpin mereka.

    Oleh itu tukar pemimpin yang lembik kepada pemimpin yang lebih berwibawa yang boleh dan mampu menyebabkan PAS bangun secara lebih keras dan rakikal... sepertimana kamu sebutkan.

    banyak artikel2 kamu merapu dan meraban. ayat-ayat kamu berbelit dan menikam diri sendiri.

    BalasPadam
  3. tanpa nama 05:30
    tiada yang lebih betul melainkan semuanya betul diatas apa yang hang catatkan terutama para akhir catatan.
    walaupun laman ni banyak yang merapu,tapi bila aku ingat ini halaman dia punya,tak ada siapa kongsi satu duit pun dengan dia,aku pun pikiak biak pi lah apa yang dia nak tulis,tapi kadang kadang aku tibai juga.dan yang sewaktu dengan nya akan tibai akau balik.ini perkara biasa .

    wfaudin,
    prk atau pru ibarat perang.dalam perang kalau kalah, pemimpin akan dipersalahkan.ini hakikat.
    kekalahan ini bukan hanya setakat kalah akibat strategi yang salah,tapi ia juga adalah akibat apa yang dibuat sebelum ini.

    ini ulasan tetap jika kita kalah:umno-bn dilindungi olih spr.

    apa yang kita kata memang betoi,tapi apa yang PEMIMPIN kita buat.langut tengok langit,tunggu bantuan atas doa TANPA usaha.
    apa depa buat dengan BERSIH.ternyata depa dah lupakan BERSIH.aku percaya selagi sentimen BERSIH tidak dihidupkan semula,jangan harap apa yang dicanang untuk ke Putrajaya akan tercapai.

    BalasPadam
  4. Kenapa perlu kita kaitkan isu rasuah umno setiap kali pilihanraya? Umno dan rasuah memang sudah lama berlaku ibarat irama dan lagu tak dapat dipisahkan. Masa pilihanraya pas atau pkr menang pun waktu itu rasuah masih juga berleluasa. Maka aku menolah isu rasuah menjadi penyebab kekalahan. Bukan bila kalah saja aku salahkan pemimpin. Aku dah jangka kekalahan dr awal lagi atas faktor2 yg paling utama ialah kebodohan pemimpin. Pas berketuakan manusia lembik yg tak mampu buat kerja. Pkr pula berketuakan manusia yg dikelilingi masalah perebutan kuasa dan kroni. Umno juga berketuakan manusia lembik, bermasalah serta kroni tetapi harus diingat umno sdg memegang kuasa pemerintahan. Semua jentera dikuasai oleh mereka. Kesilapan pas & pkr ialah pada pemimpin serta para penyokong mereka yg bahalol serta tertutup minda yg sering mengatakan komen2 mcm aku ni dr agen umngok.

    BalasPadam
  5. pas kalah sbb nicky ajis sesat..takyah byk bunyilaaa

    BalasPadam
  6. Komen kat atas tu kompom agen umngok. Kau org pun sama bodoh tak tau beza kawan dgn lawan. Bingai betoi...

    BalasPadam