RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 6 November 2010

PENULIS HARAKAH BERKEMPEN UNTUK DATO ZAID ?

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMILIHAN di dalam pimpinan PKR biarlah orang-orang PKR yang tentukan. Setakat ini tiada pemimpin dari PAS mahupun DAP yang secara terbuka menyokong mana-mana tokoh yang bertanding di dalam PKR. Jawatan yang menjadi tumpuan sekarang hanyalah jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga jawatan Ketua AMK.

Sewaktu PAS mengadakan Muktamar Pemilihan pimpinan mereka, pemimpin dari PKR dan juga DAP pun tidak mahu campurtangan kerana itu adalah hak ahli-ahli PAS yang menentukan. Pemilihan di dalam PKR sekarang sememangnya hebat bagi kedua-dua jawatan tersebut. Hebatnya adalah kerana semua tokoh yang masuk bertanding pun adalah hebat belaka. Tentulah di dalam sebarang pertandingan mesti ada yang menyokong calon-calon tertentu. Persepsi dan berbagai cerita itu sudah biasa di dalam pemilihan termasuk juga sewaktu Muktamar Pemilihan di dalam PAS.

Membaca tulisan Zukri Aksah di sini, membuatkan saya merasa pelik mengapa Zukri yang telah keluar dari KeADILan/PKR tiba-tiba menulis untuk menunjukkan beliau menyokong Zaid? Saya difahamkan Zukri adalah ahli PAS dan Penulis Tetap di dalam Harakah. Beliau mendakwa mereka yang tidak menyokong Zaid untuk jawatan Timbalan Timbalan Presiden PKR kerana Zaid itu bekas ahli Umno dan masih baru di dalam PKR. Maka Zukri mengeluarkan berbagai hujah sehinggakan memberi contoh kisah Nabi Musa dan Firaun untuk menyebut betapa Zaid patut disokong. Persoalannya, benarkah mereka yang tidak menyokong Zaid itu semata-mata Zaid bekas Umno atau pun baru di dalam PKR?

Harus difahami sokongan terhadap Azmin mahupun Zaid bukan kerana bekas Umno, lama atau baru di dalam PKR. Azmin pun bekas Umno juga. Jika faktor baru di dalam PKR, masakan Zaid dilantik sebagai Ketua bagi Wilayah Persekutuan bahkan dicalonkan sebagai calon PRK di Parlimen Hulu Selangor. Itu bukan penyebabnya. Ahli-ahli melihat lebih jauh dari itu. Zukri menyebut Zaid mungkin boleh membawa PKR menjadi sebuah parti yang benar-benar berbilang kaum tidak seperti Parti Gerakan. Maksudnya, sekarang ini PKR masih belum menjadi parti yang berbilang kaumkah?

Cuba kita lihat di dalam senarai calon-calon yang layak bertanding di dalam pemilihan PKR kali ini. Berbagai kaum telah dipilih oleh Cabang-Cabang PKR, bahkan jawatan Timbalan Ketua AMK dari kumpulan Chegu Bard turut menampilkan calon berbangsa Cina. Begitu juga jawatan Naib Presiden dan jawatan-jawatan lainnya. Ini menunjukkan PKR adalah parti yang berbilang kaum sebelum munculnya Zaid di dalam PKR.

Zukri sepatutnya tidak menzahirkan pilihannya demi menghormati PKR rakan sekutu PAS itu apatah lagi PKR adalah partinya terdahulu. Buat apa Zukri bersusah payah berkempen untuk Zaid di samping mengheret nama Pengerusi PKR Pahang? Masih adakah dendam beliau kepada Dato Fauzi? Sepatutnya dendam itu jika ada sudah terlerai apabila beliau keluar dari PKR dan menyertai PAS. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. ai, zukri tulis pun jadi hal?

    tulis sibebal ni:
    Zukri sepatutnya tidak menzahirkan pilihannya

    abis, anwar ibrahim yang lebih jelas menzahirkan pilihannya apasal ko sonyap?

    BalasPadam
  2. kah kah kah kadang aku tengok wfauzdin ni sewel 3 suku

    BalasPadam
  3. wfaudin,biarlah sibodoh dan sibangnag 14:08 yang aku pasti penyokong kuat zaid merapu,kerana ini perangai orang mabuk.
    namun ingat,hang pun bukan tentu tepat dalam hal apa yang hang tulis selama ini.tapi ini blog hang,jadi hang punya pasal apa yang hang nak tulis.
    hakikat yang nyata aku amat bersetuju dengan hang bagi kali ini.aku pun kalau pandai buat blog aku akan ulas juga pasai zukri aksah.malah mungkin aku akan tibai lebih teruk lagi.
    hoi mangkok sibangang 14:08.
    anwar dan zukri ni ada beza.tapi apa yang pasti hang 14:08 dan zukri adalah manusia yang ada cita cita yang sama iaitu mahu PKR dan Pakatan bungkus.
    kalau hang orang pkr,hang tak akan pertikai secara terbuka manusia yang bernama Ketua Umum PKR ni(aku ulang,PERTIKAI SECARA TERBUKA.kecualilah hang memang jenis zaid ibrahim.
    zukri aksah pula,dia ni lari keluar atau memang ditendang olih pkr.tempat dia lepaskan geram pada pkr adalah melalui harakahdaily yang memang online terbodoh selama ini .dah banyak kali aku tengok harakahdaily siarkan artikal dia yang mempertikaikan pkr.apa?.mangkok macam ni pun PAS tak bolih kesankah niat dia.

    BalasPadam