RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 6 November 2010

DR ZULKIFLI TIDAK KECEWA, SEMANGAT BERTAMBAH

Semangat Terus Khidmat Kepada Rakyat : Dr Zulkefli
05/11/2010

GALAS 5 NOV : Calon PAS bagi pilihan raya kecil Galas, Dr Zulkefli Mohamad menyifatkan ketidakmampuan PAS mempertahankan kerusi DUN N45 itu bukan penyebab kepadanya untuk tidak lagi berkhidmat kepada rakyat. Beliau sebaliknya berkata, ia menjadi penyuntik semangat kepadanya memperkemaskan gerak kerjanya bagi menjayakan agenda PAS dan juga Pakatan Rakyat. "Langsung tidak mengecewakanya, malah menambahkan lagi semangat untuk terus bekerja dalam menjayakan agenda PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang, InsyaAllah."katanya.

Dr Zulkifli turut menyatakan penghargaannnya kepada semua petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara yang berpatah arang berkerat rotan membantunya sepanjang kempen PRK tersebut. "Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada calon BN yang menang PRK N45 Galas dan saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dalam pilihan raya ini.Dan juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh jentera PAS dari seluruh Malaysia dan juga jentera Pakatan Rakyat daripada DAP dan PKR yang telah banyak dan bertungkus lumus untuk membantu kami dalam PRK ini...Dan tak lupa juga pihak media yang telah memberikan kerjasama dengan kita." Dr Zulkefli berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, semalam.

Keputusan rasmi Pilihan Raya DUN Galas semalam menyaksikan kemenangan berpihak parti Barisan Nasional dengan jumlah undi majoriti 1,190 berbanding PAS. Barisan Nasional mendahului sebanyak 5,324 undi dan PAS berjumlah 4,134 undi. Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi./TVNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan