Perangkaan rasmi terbaru daripda setiausaha agung PKR  Saifuddin  Nasution, menunjukkan naib presiden parti itu, Azmin Ali  sedang  mendahului pemilihan timbalan presiden parti itu dengan mendapat  3051.
Menurut  Saifuddin pada sidang akhbar di ibu pejabat parti  itu di Petaling Jaya,  hari ini, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapati   2529 undi manakala seorang  lagi pencabar jawatan itu, Mustaffa Kamil  Ayub memperolehi 1149 undi.
Sebelum ini, laman sesawang PKR menyiarkan keputusan bahawa Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim masih mendahului dalam perebutan jawatan nombor dua dalam PKR.
Kesilapan dipercayai berlaku ketika usaha memasukkan data ke laman web berkenaan dan pihak parti sedang memperbetulkannya.
Berdasarkan   keputusan laman web itu yang disiarkan pagi ini, (68 cabang), Zaid   dilaporkan  mendapat keseluruhan 3,683 undi meninggalkan pencabar   terdekat Naib Presiden Azmin Ali dengan 3051 undi.
Manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.
Sementara itu, bagi kerusi naib presiden pula, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (3,543 undi) kini sudah dipintas oleh Pengarah Strategik PKR Tian Chua (3,621).
Mereka diekori Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (2,852) dan Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh (2,895).
Keputusan bagi calon naib presiden lain seperti berikut:

- Gobalakrishnan (2080)
- Xavier Jayakumar (1679)
- R Sivarasa (1553)
- Suresh Kumar a/l Ramachandran (1237)
- Yahya Sahri (1178)
- Baru Bian (659)
- Ansari Abdullah (646)
- Jonson Chong (626)
- Yusmadi Yusoff (615)
- S Manikavasagam (492)
- Dominique KH Ng (284)
- Saiman Marjuki (166)
- James Ghani (106)
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan