TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Selasa, 30 Jun 2009

Apa nak jadi dengan Harussani?

Posted on Tuesday, June 30 @ 11:24:16 MYT by Paktam

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saya terGo to fullsize imagecari-cari kalau-kalau Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria sewaktu memegang jawatan dalam kerajaan, atas sifatnya sebagai ulamak, pernah mengkritik kerajaan BN atau mana-mana tokoh politik dari parti komponen BN atas apa-apa isu yang bersangkut paut dengan Islam.

Sewaktu BN dengan rakus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Memali pada tahun 1985 kita tidak mendengar barang sepatahpun kata-kata kecaman dari Harussani terhadap tindakan zalim golongan yang berhati binatang itu.

Apabila kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu meluluskan kanun jenayah syariah yang di dalamnya terkandung hukum hudud, PAS telah diserang di segenap penjuru oleh pemimpin-pemimpin BN, termasuk pemimpin Umno. Bukan setakat PAS dibelasah, tetapi Islam diperlekehkan. Apa yang Dr. Mahathir tidak kata mengenai hukum hudud di perhimpunan agung Umno. Perwakilan Umno bertepuk mengejek setiap kali hudud dipersenda. Apa yang Harussani buat masa itu?

Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom antara ulamak yang berani bersama dengan kebenaran, menyatakan bantahan terhadap golongan penentang hukum Allah sehingga dia dipecat. Mengapa Mufti Perak tidak bersama Mufti Selangor masa itu? Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan dihadapkan dengan konspirasi tuduhan liwat dan zina sehingga menimbulkan kegawatan politik dan ‘perpecahan besar’ (mengikut persepsi Umno yang Harussani mungkin berkongsi tafsiran mengenainya) Harussani hanya membisu. Mengapa dia tidak lantang menyatakan tentangan terhadap perbuatan khazaf yang dilakukan oleh penguasa? Anwar dibelasah dalam penjara hingga hampir maut, mengapa Harussani tidak mengeluarkan ayat-ayat Quran mahupun Hadis kepada pemerintah bahawa haram melakukan kezaliman?


Apabila kerajaan BN menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat di seluruh negara sambil menuduh institusi pengajian tersebut hanya melahirkan golongan pelampau yang menyelewengkan ajaran Islam, mengapa Harussani tidak berkata apa-apa?Tetapi sejak dahulu dan kini, Harussani cukup berselera untuk menyindir mahupun mengkritik PAS. Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Noor pernah tersinggung dengan sindiran Harussani yang menasihatkan umat Islam (jelas ditujukan kepada ahli-ahli PAS) suapaya menanggalkan pakaian politik dan menyangkutnya di pagar masjid. Dato’ Fadzil menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang syumul, tidak salah membawa politik ke dalam masjid.

Seterusnya baca sini.

Sumber: Detikdaily

8 ulasan:

  1. dia bagi kuliah kat masjid negeri Perak berganti dengan Allahyarham Ustaz Rahman Mubarak. Sebulan sekali Allahyarmam kritik amano sebulan sekali dia ampu amano, tu la kerja dia, akhirnya dia dilantik bertaraf eksko oleh kerajaan tajul.

    BalasPadam
  2. KESIAN DENGAN TUAN MUFTI INI. Salah bawa jalan. Beliau antara yang lantang bersuara dalam isu murtad, namun dalam isu lain lentok dengan kehendak pemerintah.

    www.duniacacamarba.blogspot.com

    BalasPadam
  3. ulamak pengampu.jadi barua umno.....

    BalasPadam
  4. Harussani antara beberapa orang pilihan Pusat Islam (sekarang jakim) beberapa 2 dekad dulu yg dihantar kursus khas di UK selama hampir setahun. Hampir semua kadhi2 besar terlibat termasuk Harussani (waktu itu kadhi besar). Apa yg depa dpt? perjuangan bangsa?

    Kalau tengok kelulusan pun, rasanya tak sealim mana.....

    BalasPadam
  5. musfti perak ialah mufti yg paling lantang mengkritik kerajaan dalam isu murtad, jom heboh dan sebagainya...

    itulah PAS, kalau org tu sebelahinya..org itu lah yg paling alim,bagus,ulamak...

    kalau bagi pandangan yg bertentangan..terus jatuh taraf munafiq...

    siapa yg munafiq...fikirkan lah sendiri..

    BalasPadam
  6. Mangkuk punya Naim, perkara ni bukan kira menyebelahi Pas atau tidak, tetapi mengenai kezaliman yang dilakukan pemerintah, mengapa tidak ditegur?
    Sebagai mufti harussani tidak boleh meyebelahi mana2 parti politik. Ini tidak... nampak sgt mengejar pangkat didunia.
    Memang ada bagusnya harussani tegas dalam isu murtad, jom heboh TV3 sana sini, dan ape2 la..
    Tetapi mengapa dalam isu kezaliman spt memali, rasuah, jenayah berprofil tinggi, ISA, kilang2 arak diMalaysia, disko2, pusat pelacuran, pusat perjudian diGenting dan banyak lagilah tidak ditegur oleh Tuan Mufti Tan Sri Harussani ni?
    Takut nak tegur ke tuan mufti? takut nanti pangkat ditarik balik?
    Fikirlah wahai Mohd Naimno.

    BalasPadam
  7. Salam,

    Tuan Mufti mmg selama nie banyak menegur perkara2 yang difikirkannya banyak mendatangkan musibah/kemudaratan kepada masyarakat. Kalo ada org cakap dier tak tegur tu melampaulah. Exco BN masa Tajol Rosli slalu ditegurnya..sejahat-jahat diorg dulu pun takde la naik kepala melenting kat Tuan Mufti. I cannot believe how fanatic a large percentage of PAS supporters are...sampai Tuan mufti dihentamnya pasal kritik PAS..ini yang dikatakan taksub sampai melampaui batas...
    baca artikel sebenarnya...TUAN HAJI HADI DAN TUAN GURU NIK AZIZ PUN TIDAK MENGHALANG kewujudan kerajaan campuran PERAK, mereka lebih bijak dari segi hukum daripada majoriti pembaca blog ni. Fikirkanlah

    BalasPadam
  8. mengapa manusia hari ini tidak dapat menilai intan dan permata .ulama yang merupakan ahli fikir sanggup diheret ke dalam permasalahan mereka yang hanya bercorak hambatan dunia...

    BalasPadam