RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 1 Julai 2009

KERANA ROSMAH, 3 SISWA UM DICARI POLIS

Tiga lagi siswa UM dicari polis

kemakini 7.36pm Polis menjejaki tiga lagi suspek kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan Universiti Malaya selepas dua pelajar diseret ke mahkamah hari ini.

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini, polis mencari tiga pelajar yang dikenali sebagai Munir, Saufi dan Aizat untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Polis telah mengenal pasti tiga suspek berkenaan dan masih dalam pencarian. Polis juga minta mereka menyerah diri," kata pegawai polis Brickfields itu, yang enggan dikenali.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk program derma kanak-kanak Palestin, Rabu lalu.

Walaupun tanpa nama penuh, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani

Jam 3 petang tadi, dua pelajar Akademi Pengajian Islam dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

rosmah grafiti caricarture universiti malaya 300609Selain contengan (foto: perkataan telah dipadamkan), menurut pegawai polis itu lagi, terdapat kesan simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak.
Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.

Geledah rumah wanita

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar kini ditahan di lokap mahkamah sementara diikat jamin esok.

Susulan siasatan terhadap contengan tersebut, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut.

rosmah mansor and anti rosmah videosRosmah sering dikaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4.

Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Rosmah atau Najib setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib. /Malaysiakini

1 ulasan: