RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 2 Julai 2009

MSO KATA POLiTIK TIDAK MENJAMIN SYURGA, SAYA KATA SEBALIKNYA

Beliau seorang Ulamak sekaligus sebagai pemimpin politik

Oleh: WFAUZDIN NS


MSO (Mohd Sayuti Omar) mula membuka bicara tentang betapa sedihnya beliau apabila melihat semakin ramai orang mencerca Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz di dalam artikelnya yang dikeluarkan oleh Detikdaily. Beliau mahu Tuan Guru Nik Aziz dilihat di dalam dua dimensi iaitu sebagai seorang Ulamak dan satu lagi sebagai seorang ahli politik. Apabila Tuan Guru cuba untuk melaksanakan kedua-duanya (Ulamak dan pemimpin politik) maka MSO mengandaikan ini penyebab kepada kekecamukan.

Saya tidak sependapat dengan MSO dalam hal tersebut kerana bagi saya mengasingkan perjuangan Tuan Guru di antara seorang Ulamak dan pemimpin politik itu sebenarnya sudah lari serta bertentangan dengan perjuangan Mursyidul Am Pas tersebut. Politik dan agama tidak boleh dipisahkan dan inilah sebenarnya yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang beliau memimpin parti dan kerajaan negeri. Setiap ucapan dan nasihat atau teguran daripada Tuan Guru bukan sahaja berupa ucapan politik tetapi ianya merujuk kepada ajaran agama itu sendiri. Mereka yang menganggap perbuatan dan tingkah laku Tuan Guru Nik Aziz berupa tindakan politik semata-mata adalah salah kerana politik tidak boleh menghalalkan cara. Saranan MSO agar jangan melihat Tuan Guru sekaligus sebagai seorang pemimpin politik dan Ulamak amat disanggah kerana ini menyalahi prinsip politik yang diredhai Allah. MSO berkata, politik tidak menjamin ke Syurga. Ini pun saya sanggah kerana politik yang berlandaskan ajaran dan hukum hakam Islam sudah tentunya menjamin ke Syurga. Jika politik tidak boleh menjamin ke Syurga, apa relevennya Allah menurunkan ayat-ayat di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan politik?

MSO juga menyatakan kerana terlalu berpolitik maka hilang seri ilmuan Islamnya. Bagi saya, hujah ini hanya boleh diguna pakai buat Ulamak yang `menjual agama'nya demi politik. Ini banyak terdapat di dalam Umno bahkan tidak mustahil ada pada Pas seorang dua yang dilihat terlalu berselera untuk duduk bersama parti dan pemerintah yang zalim. Di mana buktinya Mursyidul Am terlalu berpolitik sehinggakan menjual agamanya? Siapakah yang boleh menunjukkan keadaan di mana keilmuan Tuan Guru Nik Aziz hilang kerana terlalu berpolitik? Bahkan pada saya, kerana politik secara Islam inilah yang mengangkat martabat Mursyidul Am tersebut sehinggakan musuh-musuh Islam tidak berani berhujah dengan beliau. Saya bersetuju bahawa Tuan Guru Nik Aziz boleh ditegur dan dikritik dan beliau juga bersedia untuk bertolak ansur selagi tidak lari dari wadah Islam yang beliau pegang. Contoh terdekat, beliau mampu menamatkan sengketa dan perselisihan faham antara beliau dengan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini.

Tentang istiqamahnya Tuan Guru Nik Aziz yang tidak mahu lagi menjalinkan hubungan berbentuk politik dengan Umno adalah kerana dari pandangannya sebagai pemimpin politik dan juga Ulamak, hubungan yang takrifkan sebagai Kerajaan Perpaduan itu adalah tidak releven untuk dikatakan sebagai perpaduan yang diwajibkan oleh Islam. Perpaduan di dalam Islam mestilah bersyarat dan mestilah mempunyai rujukan iaitu Al-Quran. Islam juga tidak mengajar umatnya memasuki lubang biawak berkali-kali dan Islam mengajar umatnya untuk mengenali siapa musuh dan kawan. Jika kita hendak menjadikan musuh itu sebagai kawan kita, kita kena pastikan bahawa musuh itu sudah bersedia untuk menjadi baik atau sekurang-kurangnya menampakkan kebaikannya. Apakah di saat dan ketika ini musuh sudah menjadi baik atau kelihatan baik? Jika bertambah baik, mustahil bertambah ramai yang tidak menyukainya dari berbilang bangsa dan agama.

Di akhir bicara MSO menyatakan jangan dipersoalkan sikap Tuan Guru Nik Aziz yang tetap Istiqamah menolak bergabung dengan Umno/Bn atau Kerajaan Perpaduan. Namun, MSO melahirkan harapan dan berdoa suatu hari nanti Mursyidul Am itu akan berubah fikiran. Pada saya, saya tidak akan mengaminkan doa dari MSO tersebut kerana perjuangan Islam ini tidak boleh kita melutut dan menyembah atau merayu kepada sesiapa yang inginkan kepada Islam. Sebaliknya, kita termasuk MSO harus berdoa agar Umno kembali ke pangkal jalan iaitu balik kepada Islam dan dalam konteks di negara ini Pas satu-satunya parti yang berjuang untuk Islam. Maka, berdoalah agar Umno dibubarkan dan berjuanglah bersama Pas. /wfauzdin.blogspot.com

12 ulasan:

  1. saya setuju dengan pendapat saudara.

    Teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  2. sy bersetuju dgn tuan..
    sy harap tuan kerap menulis membalas penulisan mso..

    BalasPadam
  3. politik itu sendiri adalah kumpulan manusia yang membentuk negeri dan kerajaan, agama sebagai petunjuk kehidupan manusia, mana mungkin agama dipisah dari politik. Hanya manusia tak beragama sahaja yang asing-asingkan agama dari politik. Arab jahiliyah pun pakai agama nenek-moyang mentadbir kumpulan kaum mereka.

    BalasPadam
  4. Bukti agama (Islam) tidak boleh dipisahkan dari politik:
    "Katakanlah sesungguhnya;Sembahyangku, dan ibadatku dan urusan hidupku dan matiku kerana Allah seru sekalian alam" (Q:6:162)

    "Dan tidaklah patut bagi lelaki mukmin dan tidak pula bagi wanita yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan tentang urusan mereka" (Q:33:36)
    Kita yang mengaku Islam dan beriman ini fikir-fikirlah sementara menumpang di bumi Allah ini.

    BalasPadam
  5. Bagi aku MSO memang sangat suka memisahkan Islam dari politik .Dia sangat SAYU (nama pun SAYUTI) apabila melihat adanya politik Islam. Kerana dia memikirkan bahawa politik itu kotor, sebagaimana yg dilakukan UMNgOk. Jadi.. Ulamak tak boleh berada di tempat yg kotor. Dia mahu Tuan Guru Nik Aziz ikut cakap dia. Sebab ilmu politik MSO sangat tinggi kerana dia banyak menulis pasal politik...Dan dia terasa ilmu Islamnya sangat rendah.....

    BalasPadam
  6. biasalah penulis upahan, mana ada halal haramnya. Janji masyukkkkk...kalau aku, tangkap je MSO dian pakat kentut depan muka dia...he he he

    BalasPadam
  7. Saya dah agak, dalam cantik cantik dia kata TGNA itu tok guruku, mesti ada punya dia nak kutuk bagi kau.

    Dia ja yang perfect.

    BalasPadam
  8. saya setuju dgn tuan...
    saya lagi setuju dgn tok guru...
    saya ada jugak setuju dgn mso...
    yg baik jd teladan...
    yg pastinya ameno perlu dilupuskan ke tempat pembuangan sampah dgn segera..wajib!

    BalasPadam
  9. mso tu jenis yg tak leh wat kira....ada kebangangan skit...patut la abg dia menganut ajaran sesat...malang!!kenapa tak suruh jer doktor, lawyer,grafik designer,penafsir di LHDN yg aktif berpolitik, yg dah jadi ADUN, MP brenti kerja....kenapa bila ulama yg berpolitik dok bising suruh brenti berpolitik jd ulama jerk....

    BalasPadam
  10. Aku lihat TGNA satu tak dibahagi. Ulama dan ahli politik. Aku tak terima agama suku, politik suku.......
    Biasa lah geng sebelah akan ejek TGNA.....dalam dakwah memacam berlaku. Harap MSO gerakkan usaha mempertahankan TGNA. Tak tau lah kalau MSO ni pun jenis yang ....dot....dot.

    Bungulan

    BalasPadam
  11. MSO dah start kritik TGNA sebab TGNA nampak seolah-olah menyokong Husam...

    BalasPadam
  12. Salam
    saya bersetuju dengan mso
    betul ke Allah mencarut?

    BalasPadam