RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 2 Julai 2009

YES!! AKU MENANG BERTARUH, MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN ANWAR

RAYUAN ANWAR DITOLAK

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya, dari Mahkamah Tinggi, kembali semula ke Mahkamah Sesyen.

Keputusan sebulat suara diumumkan oleh Hakim Datuk Abdul Hamid Embong yang mengetuai panel tiga orang hakim.

Dua orang hakim ialah Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau "meluat" dengan keputusan tersebut.

Anwar juga berkata, beliau tidak menjangka akan mendapat perbicaraan yang adil.

Ketua umum PKR itu sering mendakwa bahawa tuduhan tersebut merupakan sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnnya.

Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, SM Komathy Suppiah tersilap dalam keputusannya apabila tidak membenarkan perbicaraan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, walaupun peguam negara telah menandatangani arahan tersebut.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sekitar 26 Jun tahun lalu.

Perbicaraan kes tersebut dijadual bermula jam 8 Julai depan./ Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan