RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 28 Jun 2009

Ezam Raja Sesumpah Diejek Di PJ, Hasrat Masuk Pas?

PETALING JAYA: Mohamad Ezam Mohd. Nor muncul pada majlis umum anjuran Umno Petaling Jaya Selatan semalam - buat julung kali sejak kembali ke pangkuan Umno setahun lalu - disambut dengan 'meriah' bukan sahaja oleh bahagian itu, malah penyokong Pakatan Rakyat.

Ezam menyampaikan Ceramah Perdana Pertahan Amanah Bangsa dan Negara anjuran Umno Cawangan Makmur Setia sempena mesyuarat agung tahunan.

Ceramah itu diadakan selepas cawangan itu mengadakan mesyuarat tahunannya malam tadi.

Ezam yang merupakan Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Selatan ketika dipecat pada 1998, memulakan ceramahnya lebih sejam pada pukul 10 malam dengan menerima sorakan ahli-ahli Umno cawangan Makmur Setia seperti yang lazimnya diberikan kepada tetamu jemputan.

Pun begitu, Ezam, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhadapan dengan jeritan sekumpulan kecil penyokong Pakatan Rakyat yang berdiri di luar kawasan Dewan Masyarakat Taman Sri Manja sepanjang ceramahnya.

Hadirin yang pada awalnya dipercayai sekitar 1,000 orang pada pukul 9.30 malam meningkat sekali ganda menjelang 11 malam.

Kumpulan kecil itu, dipercayai ahli PKR dan PAS, menjerit setiap kali Ezam menyentuh tentang masalah dan isu yang menyelubungi Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

"Saya tidak kisah jeritan-jeritan di sana (di luar kawasan Dewan Masyarakat)... saya sudah lama di sini (di Bahagian Petaling Jaya Selatan)... Bahagian Petaling Jaya Selatan merupakan tempat saya memulakan perjuangan politik (dalam Umno)," kata Ezam yang berulang kali menegaskan, perjuangan beliau adalah kerana "prinsip" dan "kebenaran".

"Saya lawan, latih selama 10 tahun... kita pegang pada prinsip, perjuangan harus ada kebenaran, mesti ada kebenaran moral.

"Saya berjuang kerana prinsip, kerana kebenaran. Sebab itu saya berani bercakap," katanya yang menjelaskan sebab beliau keluar PKR setahun selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar penjara pada 2004.

Katanya, beliau mendapati Anwar sudah terkeluar daripada matlamat asas penubuhan PKR yang dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).

Beliau juga menyentuh kes liwat kali kedua Anwar yang akan didengar di mahkamah bulan depan.

"Dua minggu lagi kita akan tengok kebenaran... dengar (perbicaraan) dan anda buat keadilan sendiri," kata Ezam yang turut menjawab apabila ada penyokong Pakatan Rakyat yang menjerit "mana kotak rahsia?."

Ezam yang telah menyentuh isu berkenaan banyak kali sebelum ini mengulangi bahawa "isu kotka kena tanya Anwar."

"Saya dah cakap di Bukit Gantang, di Permatang Pauh, di Kuala Terengganu (pilihan raya kecil sejak Ogos 2008) dan dalam program Hujah pasal isu kotak ini," katanya.

Oleh itu, tegas Ezam, soal kotak rahsia berkenaan perlu diajukan kepada Anwar yang didakwa menyimpannya.

Menyentuh tentang isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata, PAS perlu menerima hakikat bahawa ia sebenarnya merupakan parti Melayu yang jumlah perwakilannya di Parlimen jauh lebih kecil berbanding dengan Umno.

Oleh itu, kata beliau, "mengambil kira perkiraan matematik biasa" adalah jelas Umno lebih kuat berbanding PAS.

Ketika ini, penyokong Pakatan Rakyat yang berada di luar Dewan Masyarakat menjawab "PAS lebih kuat".

"Ya, PAS kuat, ya PAS kuat, kena ditunggang DAP," katanya lagi.

Justeru katanya, PAS tidak seharusnya mengenakan syarat bahawa Umno perlu mengikut apa kehendaknya dalam membincangkan isu perpaduan orang Melayu.

Di sebalik isu kerajaan perpaduan, Ezam berkata, beliau sedia untuk menyertai PAS jika berjaya membuktikan bahawa ia merupakan parti utama dan dominan dalam Pakatan Rakyat sebagaimana Umno dalam Barisan Nasional.

"Saya cabar PAS... buktikan ia parti utama, tunjang dan tonggak dalam Pakatan Rakyat... jika ya, esok saya boleh masuk PAS. Saya tahu mereka tidak boleh (buktikan)," katanya lagi.

Semasa ditemui selepas berceramah, Ezam berkata, tindakan penyokong Pakatan Rakyat itu menjerit dan mengejek "memperlihatkan sikap tidak matang mereka."

"Ini kali pertama saya berucap di sini (selepas kembali ke Umno). Memang mereka hendak menakut-nakutkan saya, mereka nak menghalang saya daripada bercakap... ia menunjukkan sikap tidak matang mereka," katanya.

Malam tadi, Umno Cawangan Makmur Setia melantik Ezam sebagai Ketua Penerangannya.

"Kemasukan saya disahkan dan saya dilantik sebagai Ketua Penerangan," katanya.

Ketika dipecat pada 1998, Ezam merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Umno yang akan meminda perlembagaannya Oktober ini perlu mengadakan pemilihan baru sebelum pilihan raya umum ke-13 bagi meyakinkan orang ramai bahawa ia benar-benar serius dalam usaha menangani amalan politik wang.

Umno sudah mula mengambil langkah drastik ke arah itu, tetapi "tidak cukup setakat meminda perlembagaan" bagi memperkemaskan parti bagi mencapai matlamat menghapuskan gejala politik wang, kata Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Ezam yang ditemu bual mStar Online sempena setahun selepas menyertai kembali Umno mengakui, Perhimpunan Agung Tahunan Khas akhir tahun ini "satu perkara drastik, yang signifikan diambil untuk melawan politik wang dalam parti."

"Ini mesti diperlihatkan (dalam bentuk pelaksanaan)," kata bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan itu.

"Kita mesti beri keyakinan, Umno mesti membuktikan bahawa sudah cukup masa untuk bercakap, sudah cukup masa untuk keluar dengan macam-macam slogan, macam-macam komitmen dan mungkin selepas ini pindaan (perlembagaan) akan dibuat.

"Itu bagi saya masih belum cukup dan ini waktu rakyat mahu melihat Umno benar-benar berubah dengan tindakan.

"Ia mesti dilakukan dengan perhimpunan yang bersih, dengan sistem yang baru (ditunjukkan) kepada rakyat," katanya lagi./Mstar

Ulasan- Baru sebentar tadi dalam berita, Najib bercakap dengan masyarakat Cina dalam satu perhimpunan bahawa sistem kuota akan dihapuskan. Najib turut mengakui bahawa sistem itu banyak menipu. Dah lama DS Anwar bagitahu semua tu baru Najib nak cakap. Sekarang semua sama, Najib cuba tiru dasar-dasar DS Anwar perkenalkan. Amacam Ezam? Setuju ke? Takde ke budak-budak dari Uitm nak buat demo? Mana NGO yang kuat menyalak sebelum ni nak pertahankan Melayu? Umno sudah lewat. Rakyat kini lebih percaya kepada dasar PR kerana ianya telah dibuktikan. Umno baru nak berjanji depan masyarakat Cina. Depan orang-orang Melayu, entah lah....

1 ulasan:

  1. segala demo segala salak budak-budak UITM tempoh hari semua orang tahu wayang kulit, tok dalang dah dapat upah habislah cerita yang melangut budak-budak...!!!

    BalasPadam