DAP memberikan  tempoh seminggu kepada Awang Selamat mahupun Utusan Malaysia bagi  memberikan jawapan sama ada akhbar itu berani tampil membuktikan tulisan  Awang Selamat dalam kolum akhbar berkenaan.
"Penyerangan Utusan yang dimiliki oleh Umno terhadap DAP kian lama kian ektrem dan keterlaluan.
"Mereka  turut menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas dasar kebajikan,  pengambil alihan tanah untuk membina hub pendidikan, isu penjaja-penjaja  dan lain-lain perkara di mana kami dituduh menghalau orang Melayu dari  Pulau Pinang," kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee.
Semalam,  kolumnis Awang Selamat menulis bahawa DAP merupakan sebuah parti yang  mempunyai agenda tersendiri antaranya untuk menjadikan Malaysia sebagai  negara republik.
"Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di  dunia. Pada Awang, ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada  apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air.
"Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi tanpa menggunakan senjata.
"Tetapi  implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan  institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju  negara republik," tulis Awang dalam kolum Mingguan Malaysia semalam.
Menurut Tony, perbahasan itu tertumpu kepada desakan-desakan Utusan dan Umno mengenai "DAP dan Melayu".
Bahkan  ujarnya, penyunting dan pemilik Utusan Malaysia tidak seharusnya  berselindung di sebalik nama pena untuk melemparkan pelbagai tuduhan  tidak berasas terhadap DAP dan pembangkang.
Tony yang juga Ahli  Parlimen Petaling Jaya Utara juga beranggapan, tindakan Awang Selamat  dan Utusan Malaysia tidak ubah seperti penembak curi yang pengecut.
"Kami ingin memberikan peluang terbuka kepada Utusan Malaysia untuk membela diri mereka seperti hulubalang kaum yang tulen.
"Kami  berani kerana benar dan berharap supaya Utusan Malaysia mempunyai  keberanian yang mencukupi untuk menghadapi pihak DAP yang dikatakan  sebagai musuh utama mereka.
"Kami ingin membuktikan bukan sahaja  kami tidak bertindak rasis, kami bersama-sama dengan rakan seperjuangan  kami di Pakatan Rakyat, menambahbaikkan nasib orang Melayu bukan sahaja  di Pulau Pinang tetapi di negeri lain di mana DAP merupakan sebahagian  kerajaan negeri," tambah Tony.
Ujarnya lagi, DAP juga bersetuju  sekiranya perbahasan ini dianjurkan oleh mana-mana pihak bebas termasuk  Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ) mahupun media milikan Umno seperti Tv  3.
"Kami sedia menunggu berita baik daripada Utusan Malaysia," tambah beliau./TVSelangor
Selasa, 2 November 2010
USAH CABARLAH AWANG SELAMAT BERDEBAT, MAMPUS DIA TAK BERANI !!
Awang Selamat Dicabar Buktikan DAP Rasis
KUALA  LUMPUR 1 NOV : Kolumnis Awang Selamat dicabar membuktikan tuduhan  beliau bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan parti paling  rasis di dunia dalam satu perbahasan terbuka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
 
 
 

 


Negeri beraja yang dikatakan menjaga islam sewaktu mahatir pelekeh islam apa raja-raja tu buat...mahathir tau yang raja-raja kat malaysia ni semuanya buat perkara songsang dalam islam. Ada raja kaki botol...ada raja kaki judi...5 ringgggggiiitt...ada raja kaki betina dll. Ini ke orang yang nak jaga islam...huueek tuiii.
BalasPadamMengajak orang yang tak ada pendirian tu buat apa...buang masa je!!!Engkau bukan tak tau yang dia tu jenis kiambang...pucuk tak kemana...akar tak jejak di tanah...ada arus dia hanyut ikut arus...sekarang kan arus BN...lepas ni kalau arus PKR dia pun ikut arus semasa...cari makan beb...
BalasPadam