RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 14 November 2010

ZAID TERUS TERPINGGIR, CHEGU BARD TIDAK SETUJU LANGKAH ZAID

Chegubard Sambut Baik Jaminan Presiden
14/11/2010

SHAH ALAM 14 NOV : Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin menyambut baik kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sentiasa memberi perhatian serius kepada setiap aduan yang diterima.

Malah ujar Badrul, Rapat Anak Muda berkeyakinan dengan jaminan yang diberikan dan berharap segala masalah yang timbul sepanjang tempoh pemilihan dapat diselesaikan dengan segera. " Rapat Anak Muda sudah bertindak kerana sayangkan parti. Kami minta mesti ada tindakan. Kita tak nak dengar, 'dalam proses', 'masih mencuba', 'akan tengok' dan sebagainya," kata Badrul kepada Tv Selangor.

Khamis lalu, Badrul atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard telah menganjurkan Rapat Anak Muda yang berjaya menggariskan enam resolusi untuk penambahbaikan parti. Memorandum yang mengandungi enam resolusi itu telah diterima oleh Wan Azizah semalam. "Ini merupakan satu proses yang baik mengikut saluran tepat dan menunjukkan kematangan para ahli dalam menangani isu-isu berbangkit," ujar Wan Azizah dalam satu kenyataan media semalam.

Menurut beliau JPP sudah pun memulakan siasatan ke atas aduan-aduan yang diterima dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas. Tambahnya, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan parti. Wan Azizah juga turut mengingatkan bahawa serangan peribadi sesama pimpinan hanya memberi ruang kepada musuh politik parti untuk mengambil kesempatan untuk mengusutkan keadaan. "Apa yang berlaku ini merupakan proses mematang dan memantapkan parti," katanya lagi.

Sementara itu, Chegubard turut melahirkan kekecewaan beliau terhadap bekas Pengerusi PKR Wilayah Persetuan, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini bertegas mahu terus bertanding dan mengharapkan calon lain tidak menarik diri serta menasihatkan semua calon supaya tidak membuat kritikan berbentuk peribadi terhadap calon lain. " Apa yang Zaid buat itu benar-benar salah. Saya tak bersetuju langsung dengan tindakan Zaid. "

Bagi saya Zaid perlu menggunakan sepenuhnya ruang dalam parti untuk memperbaiki keadaan. Perlu membuat aduan, perlu bertemu, membuat rapat dengan anggota," tambah Chegubard lagi. /TVNews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan