RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 19 November 2010

ANWAR `SEMBILANG BERBISA', RAIS YATIM `IKAN EMAS DALAM AKUARIUM', MANA LEBIH HEBAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

AGAK lama juga Rais Yatim menyepi. Semalam dia bercakap tentang DS Anwar setelah boss Rais, Najib memberi komen tentang kenyataan DS Anwar terhadap Malaysia sebuah Negara Islam Moden. Aku pun tidak tahu samada Umno selama ini menganggap Islam itu ada yang kunu, moden atau Islam yang sentiasa sesuai sepanjang zaman.
Justify Full
Kerajaan Turki di zaman Kamal Antartuk juga pernah digelar sebuah kerajaan Islam Moden. Jadi, tidak hairan juga Malaysia di bawah kerajaan Umno/Bn mendapat gelaran yang lebih kurang sama. Jika di zaman Kamal Antartuk, wanita Islam tidak dibenarkan bertudung atau menutup aurat, di zaman sekarang di negara kita isteri pemimpin pun bersepah yang tidak menutup aurat. Jadi, pelik apanya kita dengan pengiktirafan yang datangnya pula dari negara-negara `penyembah barat' itu?

Rais Yatim memberi perumpamaan kepada Anwar iaitu sebagai `ikan sembilang di dalam air yang keruh/berlumpur', di mana ikan ini akan menyengat kiri dan kanannya. Jika begitu perumpamaan Rais Yatim, saya rasa hebat sungguh Anwar Ibrahim. Buktinya, Umno kerap kali terkena `sengatan' dari Anwar. Bisanya sampai sekarang masih terasa. Oleh kerana `bisa'nya Anwar ini, maka tidak hairanlah ada usaha-usaha jahat untuk menghapuskannya. Jika Umno bernasib baik, tiadalah kena sengat tetapi apa yang selalu terjadi Umno kerap kali terkena sengat `ikan sembilang' ini.

Jika Anwar umpama `ikan sembilang bersengat', maka tentulah Rais Yatim layak menjadi `ikan emas di dalam akuarium'. Mana lebih hebat ? Ikan Sembilang ini jika mati pun, beliau akan melawan habis-habisan dan bukan mudah untuk menangkap ikan sembilang berbisa ini. `Ikan Emas' di dalam akuarium pula, sentiasa diberi makan dan kalau tidak diberi makan sekejap sahaja maka mati terapung lah ia di dalam akuarium dengan keadaan perut yang kembung. Maknanya, ikan emas ini mesti diberi makan. Rais Yatim pun begitu keadaannya. Sebab itulah beliau tidak boleh bertahan di luar Umno, beliau tinggalkan Parti Melayu Semangat 46 dan sanggup menjadi ikan emas di dalam akuarium.

Kesimpulannya, Rais Yatim secara tidak langsung mengiktiraf kehebatan DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Huhhh?

    Sekarang, Al-juburi tu, ikan keli yang kehilangan sengat.

    Sedang mencari lubang untuk bersembunyi hingga ke luar negara!!!!!

    BalasPadam
  2. 20:53
    sah ini anak luar nikah.mak bapa dia bukan tak kawin,cuma bantai dulu baru nikah.
    20:53 pula diantara yang pernah tahan jubur atau pungkok pada Anwar,macam Ezam.Sebab tu dia panggila Al Juburi.
    20:53,macam mana waktu Anwar tala dekat hang,ada macam ikan keli menyengat

    BalasPadam
  3. 21:12... mcm tulah kalau nak bantai agen umngok. 20:53 tulah agen umngok yg sebenar. Kalau anti azmin tak semestinya agen umngok. Belajarlah mengenali agen umngok yg sebenar.

    BalasPadam
  4. Anon 21:12 & Anon 22:04,

    Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!!!!!!!


    Hangpa buat lawak antarabangsa!!!!

    Kah kah kah kah kah!!!!!!!!!

    BalasPadam