RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 20 November 2010

PKR TIADA TARBIYYAH, ZAID BOLEH MASUK PAS - ABDUL FATAH HARUN

Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT yang berlaku di dalam PKR kini semakin di penghujungnya apabila kita telah dapat mengenalpasti siapa `pengkhianat' di dalam parti. Apa yang menimpa Zaid Ibrahim telah menarik minat YB Abdul Fatah Harun, Wakil Rakyat dari PAS Kelantan. Di dalam akhbar Sinar semalam, beliau telah memberi ulasan tentang isu Zaid yang akan keluar dari PKR.

Di antara lain, Abdul Fatah Harun menyatakan bahawa Zaid tidak mampu berubah sikap dari perangai Umno nya adalah kerana PKR tidak memberikan `tarbiyyah' kepada bekas Menteri ini dan juga sesiapa yang menyertai parti tersebut. Tidak seperti PAS katanya, Tarbiyyah sentiasa berjalan di dalam PAS agar setiap ahli setia dan bertanggungjawab kepada parti. Justeru itu, Zaid tidak dapat bertahan lama di dalam PKR akibat perangainya masih berperangai lama.

Saya tidak tahu semenjak bila PAS memulakan program Tarbiyyah ini, mungkin sewaktu Presiden PAS sendiri iaitu Datuk Asri Muda keluar parti, dan sewaktu Naib Presiden PAS iaitu Us Nakhaie Ahmad juga keluar parti dan memasuki Umno, PAS masih belum mengamalkan Tarbiyyah kepada ahli-ahlinya. Jika tidak, masakan kedua-dua tokoh utama ini boleh meninggalkan PAS. Terfikir juga oleh saya mengapa YB Zul Kulim yang dahulunya ahli PAS, kemudiannya masuk PKR dan seterusnya dipecat dari PKR kerana tiada disiplin telah sempat atau tidak menyertai Tarbiyyah dari PAS. Oleh itu, saya bersetuju dengan Abdul Fatah bahawa Tarbiyyah itu penting.

Wakil Rakyat PAS dari Kelantan ini juga menegur DS Anwar kerana terlalu cepat melantik Zaid ke jawatan penting, bahkan baru beberapa hari menjadi ahli PKR. Katanya, Zaid mestilah diberi masa untuk mengenali PKR sepenuhnya dan juga mengenali ahli-ahli PKR bawahannya sebelum dilantik memegang sebarang jawatan atau ditabalkan menjadi calon. Saya fikir ada betulnya hujah Abdul Fatah Harun ini. Pedulikan kisah Ibrahim Ali yang bukan pun ahli PAS telah diangkat sebagai calon oleh PAS di Pasir Mas.

Paling menarik perhatian saya, apabila Abdul Fatah menyatakan secara peribadi beliau menyokong penuh sekiranya Zaid Ibrahim ingin menyertai PAS, tetapi keputusan muktamad samada beliau diterima oleh PAS bergantung kepada keputusan PAS setelah dibawa ke pihak yang berkenaan. Saya sebelum ini juga telah menulis betapa baiknya jika Zaid menyertai PAS kerana beliau mungkin boleh ditarbiyyah agar tahu adab dan disiplin berjemaah. Masalahnya, adakah Zaid ingin kepada PAS kerana Zaid tidak mungkin ingin menjadi ahli biasa sahaja di dalam PAS.

Tidak dapat dinafikan, apa yang berlaku kepada PKR sekarang sedikit sebanyak menjejaskan PR. Cubit peha kiri, peha kanan terasa. Cuma, jangan ada di antara kita yang menambah-nambah cubitan itu. Saya yakin, PKR akan kembali tenteram setelah semua isu ini dapat diselesaikan. Salah satu beban akan terbuang dari PKR pada 16 Dis nanti./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. Nampak sgt wfauzdin ni jahil dan menulis ikut nafsu.

    Semak fakta kamu:

    "YB Abdul Fatah Harun, Wakil Rakyat dari PAS Terengganu"

    BalasPadam
  2. Masalahnya bukan PAS atau Zaid..mslhnya Anwar cakap tak serupa bikin. Org atas pagar tengok semua ini. Anwar ggl buat reformasi. Lebihkan kroni daripada keadilan. Mampus ko lah blogger mcmni. Ampu sana sini..langsung xda maruah

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Tkasih kpd rakan 06:19 di atas teguran tuan. Sy telah buat pembetulan seperti yg ditegur.

    BalasPadam
  5. drpd peristiwa ini, aku nmpk anwar yg byk bersalah... sebagai penasihat PKR,die sepatut nyer bersikap adil dan tidak memihak kepada sesiapa... awal2 lg telah tunjuk sikap berat sebelah... anwar sepatut nyer bertanya dan berjumpa dahulu dgn zaid..tnya dl sebab2 dan berbincang terlebih dahulu... disebab sikap sombong anwar, PAS pulak yg jadi mangsa... dulu aku respek dgn anwar, tp sejak2 akhir ini,hilang rasa respek dan hormat kat die... dan aku yakin, sokongan anak muda terhadap anwar akan menurun mendadak jika anwar terus bersikap seperti sekarang dan tidak berubah... diharap PKR berubah la...jgn bersikap berat sebelah dan jangan terlalu bongkak wahai PKR... (P/S: zaid Ibrahim xUMNO... tp kita kn igt, Anwar n lain2 tu pun xUMNO gak...sama2 keluaran UMNO...pandai2 la cermin diri dahulu seblm mengata org)

    BalasPadam
  6. Nk bincang benda...Dr Syed Hussin Ali dedahkan fakta Zaid ni kaki ponteng mesyuarat. Panggil mesyuarat tak dtg. Ego. Keputusan parti tak mau ikut. Dia yg awal2 lg kempen burukkan pemimpin parti. Bila org kata kat dia, dia terasa...nk merajuk plak. Masuk PKR merayu, nk jadi calon Hulu Sgor minta kat Anwar. Pas tu buat taik...

    BalasPadam
  7. kalau mcm tu nmpk sgt PKR tu parti yg bodoh...terima jer sesiapa...sesiapa bekas ahli BN yg pernah pegang jawatan tinggi,bg jawatan tinggi dlm PKR...kalau die tu buat silap,terus kutuk...bajet dio sorang je yg btl... sbb tu aku boleh cop kan PKR ni parti EGO... dah tahu tahik tu busuk...tapi still kata xpe...bl dah pegang tahik tu,mula nak salahkan tahik tu busuk...

    aku harapkan PKR boleh la berubah sblm PRU 13..kalau x merugikan pakatan rakyat je...


    p/s:aku anak muda...dan penyokong pakatan rakyat....

    BalasPadam
  8. saudara teruskan perjuangan dalam membentuk era pakatan toksah dilayan kera bn nanti berjangkit pulak...budak sentul

    BalasPadam
  9. Apa yg anwar cakap x serupa bikin?..dendangan korang sma dgn yahudi Malaysia, UMNO..sbgai contoh, jika anda baru berkahwin, isteri anda dpati anda mandul dan tinggalkan rumah dan menceritakan hal tersebut kpd org lain di kala dia masih isteri anda yg sah, adakah anda terima?..itulah nasib yg dihadapi PKR skg..kpada Zaid, anda adalah petualang, pengkhianat dan syg seribu kali syg, anda tdak bertindak atas kapasiti seorang yg perofessional, anda xlyak di medan reformasi utk berjuang, anda hanya layak berada di reban ayam shaja menjaga ayam2 kamu!!!!!!!

    BalasPadam