RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 31 Mei 2009

BN Anjur Jamuan Makan Percuma Untuk Lambatkan Pengundi

Sehingga pukul 10.00 pagi sejumlah 2,252 pengundi telah membuang undi atau 14.6 peratus daripada jumlah pengundi Dewan Undangan Negeri N12 Penanti.

Dijangka peratusan membuang undi akan meningkat selepas waktu tengahari memandangkan majlis kemasyrakatan dan kekeluargaan seperti majlis perkahwinan kerapkali diadakan pada hujung minggu.

Walaupun keadaa agak lenggang namun anggota polis dan FRU ditempatkan di kebanyakan pusat mengundi bagui mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman kesal terdapat beberapa nama pengundi telah dipindahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ke kawasan lain tanpa pengetahuan mereka .

Usaha pihak Umno dan Barisan Nasional yang dikatakan cuba untuk membawa pengundi keluar daripada Penanti dengan menganjurkan rombongan percutian percuma ke negara jiran nampaknya gagal.

Tetapi usaha mereka tetapkan diteruskan dalam bentuk lain iaitu menganjurkan jamuan makan percuma.

Di sekitar Penanti terdapat lebih daripada 14 majlis khenduri percuma yang dianjurkan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk melengah-lengah atau mealpakan tanggungjawab pengundi untuk membuang undi hari ini.

Kenderaan yang memasang logo parti dan logo calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, kelihatan mengangkut pengundi ke tempat pengundian.

SPR melarang semua kenderaan yang membawa pengundi, menggunakan logo parti atau calon yang bertanding.

Bagaimanapun, menurut sumber PKR, mereka akan terus memasang logo parti itu pada kenderaan terbabit kerana SPR tidak menyediakan sebarang pelekat untuk tujuan tersebut.

Sehingga ini, katanya lagi, pihak SPR tidak mengambil tindakan tindakan terhadap kenderaan-kenderaan terbabit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi

Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas – bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 72.68% Melayu, 24.44% Cina, 2.39% India dan 0.71% kaum lain.

~~Sumber http://www.tvantara.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan