RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 31 Mei 2009

Keadilan Yakin Mansor Menang Majoriti 5,000 Undi

(TV Antara) - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata calon Mansor Othman mampu meraih 7,000 daripada penyokong tegarparti itu untuk menang dengan majoriti lebih 5,000 undi. Beliau juga berkata pihaknya berharap sekurang-kurangnya 65 hingga 70 peratus keluar mengundi hari ini serta mengakui bahawa proses pengundian hari ini agak lembap.

Walau bagaimanapun pekerja pilihan raya PKR menjangka lebih ramai pemilih akan keluar mengundi mulai tengahari ini.

Manakala beberapa pegawai pilihan raya PKR meramalkan calon bebas Nai Khan Ari akan mendapat lebih banyak undi daripada calon-calon bebas yang lain.

Nai Khan merupakan bebas ketua Pemuda Gerakan tempatan.

Beliau antara yang terawal membuang undi di Dewan Orangramai Kg Tun Sardon pada pukul 8.40 pagi.

Mansor juga mengambil kesempatan untuk melawat pusat penguandian Berapit bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan