RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 5 Jun 2009

UMNO MENGAKU MENOREH HANYA STRATEGI SAJA

‘Bukan strategi cari publisiti murahan’


SHAH ALAM – Tidur di rumah penduduk dan bersama menoreh getah adalah antara strategi baru yang digunakan untuk mengambil hati rakyat, bukannya mendedahkan kelemahan parti kepada pembangkang, mahupun sengaja mencari publisiti murahan.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, strategi yang digunakan itu dipercayai akan dapat mendekatkan lagi petugas Barisan Nasional (BN) serta memahami masalah yang dihadapi dan dalam masa yang sama, mengajak penduduk terus menyokong perjuangan UMNO.

“Memang pendekatan yang saya lakukan adalah berbeza. Mungkin kerana itulah saya diberi kepercayaan oleh Presiden parti untuk memegang tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan UMNO.

“Saya melakukan sesuatu perkara dengan berbeza dan luar biasa sebagai contoh dalam berhujah. Inilah antara strategi yang dilakukan agar UMNO yang dilihat menggunakan pendekatan berlainan terus mendapat perhatian daripada rakyat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘Surat Terbuka Buat Ketua Penerangan UMNO’ oleh Ab Jalil Aboo Backer yang dipaparkan di laman web Kelab Penyokong Maya UMNO, MyKMU.net.

Antara kandungan surat tersebut mengkritik pendekatan yang dilakukan Ahmad Maslan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Penerangan UMNO.

Surat tersebut turut meluahkan kekhuatiran tindakan beliau akan memudahkan pembangkang melancarkan serangan psikologi jika terus memberitahu khalayak mengenai strategi UMNO.

Ahmad yang menyangkal dakwaan itu berkata, kenyataan yang disuarakan kepada media dan khalayak bukanlah strategi UMNO sebagaimana yang katakan penulis tersebut.

“Perkara ini tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh parti.

"Ini hanyalah segelintir kritikan negatif, sedangkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya telah menerima begitu banyak penghargaan dari pelbagai lapisan masyarakat melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan sebagainya yang menyokong tindakan saya,” katanya.

Bagaimanapun beliau tetap memaafkan penulis surat terbuka tersebut dengan alasan beliau tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku dan tidak memahamai strategi yang digunakan untum menarik semula sokongan rakyat terhadap UMNO.

~~Sumber Sinar Harian

Komen Saya - Baca peranggan akhir ayat tu. Beliau mengaku itu strategi saja. Maknanya tidak ikhlas la kot..............hehehe...kantoiii...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan