RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 3 Jun 2009

SALAHKAH HUSAM MENAWARKAN DIRI, MELONJAKKAN KEWIBAWAAN PARTI?

Persoalannya kenapa hanya Husam yang diserang bukan sahaja oleh musuh PAS – Media Perdana(utusan) dan pemimpin Umno, tetapi juga oleh kawan dan sahabat di dalam PAS. Sahabat dan kawan pula lebih mempercayai bloggers tertentu yang mempunyai masalah peribadi.Kenapa Husam menjadi sasaran mereka sehingga hilang rasa persaudaraan dan sekaligus mengambil tugas musuh PAS – Umno?Apakah Husam lebih bahaya daripada UMNO? Daripada BN?. Sehingga kini ada di kalangan kita yang berserban, berkopiah dan berjanggut panjang itu(segelintir) masih melempar fitnah kepada beliau dengan pelbagai fitnah tanpa sedikitpun merasa loya dan mual memakan daging saudaranya sendiri.Kenapa “Sang Pengfitnah” itu tidak berani jumpa Husam sendiri? Bertanya dan bersoal jawab dengan beliau. Apakah lebih sedap dan gembira untuk melempar fitnah dari meminta penjelasan?

Anda masih berpeluang meminta penjelasan daripada Husam. Kalau benarlah beliau bersalah sebagaimana yang dituduh dan difitnah itu – jangan undi beliau. Akan tetapi menghukum beliau hanya kerana mendengar dari sebelah pihak kemudian mengiyakannya itu adalah satu pengkhianatan dan kezaliman ke atas beliau.Apakah Husam tiada saham langsung dalam pemilikan bangunan pentadbiran PAS Pusat itu dimana penentang-penentang sulitnya juga berada dalam bangunan itu?Sejuta kad ucap selamat Hari Raya daripada Datuk Seri Tuan Guru Presiden atas inisiatif siapa kalau bukan Husam? Penerbitan buletin Pilihanraya untuk seluruh Negara, siapa yang cetuskan kalau bukan Husam? Penubuhan TV PAS apakah bukan langkah daripada Husam?


Husam berjanji dengan Tok Guru Nik Aziz untuk melonjakkan tanggapan dan pandangan rakyat serta pengundi bahawa PAS masih mampu memerintah selepas PRU12. Tiga janji Husam ialah mengadakan Skim Bantuan Kifalah, Dinar Emas dan penyelesaian hak milik tanah dengan Felcra.Kini ketiga-tiga itu telah mampu melonjakkan kemenangan PAS Kelantan dan hasilnya sudah dinikmati oleh penduduk Kelantan? Salahkah Husam?Tanyalah Datuk Mustapha Ali adakah Husam tidak membantu langsung Terengganu? Kedah juga begitu, Husam membantu Datuk Seri Ustaz Azizan Razak. Salahkah Husam?Jadi janganlah sampai marahkan Husam tanpa disedari dalam waktu yang sama kita sedang bersekongkol dengan lidah-lidah UMNO – Utusan Malaysia yang sedang disaman oleh Husam.

Cuba kita perhatikan, pernahkah sebelum ini media-media itu memuji dan menyokong PAS atas dasar kepimpinan Ulama? Tidak pernah dan tidak ada. Namun kini media itulah yang seolah-olah Harakah mempertahan mati-matian kepimpinan Ulama PAS.Apabila musuh yang sedikitpun sebelum ini tiada belas kasihan membelasah kita tiba-tiba berhenti dari belasah kemudian mengusap, memeluk dan mencium kita – apakah tidak ada apa-apa strategi dalam hal itu?Digambarkan seolah-olah jika Husam menang jawatan Timbalan Presiden maka Husamlah yang akan menjahanamkan PAS. Husamlah musuh nombor wahid PAS. Husamlah yang amat berbahaya kepada PAS. Kalau inilah yang digambarkan oleh media massa UMNO yang penuh dengan muslihat yang licik maka sudah pasti sebenarnya mereka amat takut kepada HUSAM.Jadi kalau kita pula selaku ahli-ahli PAS menurut telunjuk dan mainan media massa ini maka sudah pasti kita sedang meniti di atas perancangan mereka – musuh kita.Kenapa mereka tidak serang Mohamad Sabu? Kerana bagi mereka Mohamad Sabu bukan bahaya kepada mereka. Yang merbahaya kepada mereka ialah HUSAM yang diistilahkan “Budak Cerdik” oleh Ku Li.

Persoalannya apakah kita ahli-ahli PAS tidak mahu kepada “Budak Cerdik” ini? Terserahlah kepada perwakilan Muktamar nanti. cuma pastikan selepas PRU13 nanti, PAS menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya. Insyaallah!Tapi ingat! Kita ke Putrajaya bukan beriringan dengan UMNO/BN tetapi bergandingan dengan PAKATAN RAKYAT. Husam ada plan tindakan ke arah itu. JOMlah kita pakat-pakat realisasikan….Sumber: http://manjanik.wordpress.com
Lain-lain artikel sila klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan