RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 2 Jun 2009

KENAPA HUSAM PERLU TUTUP MULUT?

OLEH: WFAUZDIN NS

Sejak kebelakangan ini nampaknya serangan terlalu banyak tertumpu kepada calon Timbalan Presiden PAS YB Husam Musa. Bukan sekadar media perdana yang pro Umno dilihat semakin menyerang Husam, bahkan ada blog tertentu yang dikenali sebagai blog pro PAS juga dilihat menumpang untuk menyerang Husam. Saya teringat pesanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika hayatnya pernah berpesan, sekiranya secara tiba-tiba media pro Umno, atau Umno sendiri suka kepada seseorang tokoh di dalam PAS, maka ahli-ahli PAS perlu berhati-hati terhadap tokoh itu. Saya kurang arif siapakah tokoh yang amat diminati oleh Umno sekarang.

Di sini saya merasa kurang puas hati apabila terdapat suara yang kurang senang apabila YB Husam membuka mulut. YB Husam telah diserang bertalu-talu sehinggakan baju yang dipakainya pun menjadi `trade mark' penulis tertentu. Tetapi, adilkah YB Husam teruskan berpuasa mulut? Sudah tentu tidak adil, bagi saya YB Husam mesti bangkit melawan untuk mempertahankan maruahnya. Jika YB Husam tidak mampu bertahan untuk membela dirinya, mana mungkin ahli-ahli PAS boleh berharap YB Husam mampu membela partinya sendiri. Saya sejak dahulu memahami mengapa beberapa puak begitu ingin melihat YB Husam tersungkur di dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS kali ini. Sepertimana YB Husam pernah katakan, beliau sanggup kalah jika PAS tidak bersetuju dengan cara perjuangan dan pendekatannya. Tetapi, YB Husam perlulah terlebih bangun untuk menerangkan apakah tujuan beliau untuk menawarkan dirinya di kerusi nombor dua PAS itu. Maka, tiada jalan lain bagi YB Husam melainkan dengan cara berkempen. Salahkah berkempen di dalam PAS ? ( Rujuk http://wfauzdin.blogspot.com/2009/06/calon-pas-mesti-berkempen-untuk.html )

Begitu juga dengan calon-calon yang lain di dalam PAS yang ikhlas untuk menawarkan diri bertanding. Sikap pasif serta lebih percaya kepada perwakilan dan ahli-ahli PAS untuk membuat pilihan bukan merupakan langkah yang bijak. Zaman sekarang ahli-ahli mudah terpesong dan bukan sedikit yang terlalu mudah termakan umpan. Sehubungan itu, calon-calon mesti menerangkan prinsip, pendekatan dan hala tuju yang akan dibawa oleh mereka sekiranya mereka dipilih. Apa yang penting, kempen yang hendak dijalankan mestilah mempunyai hadnya dan jauhkan dari segala bentuk kempen yang dipertontonkan oleh Umno. Saya percaya PAS asti akan bangun sebagai sebuah parti yang lebih kuat di masa akan datang tidak kira siapa pemimpin mereka.

WFAUZDIN.BLOGSPOT. COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan