RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 4 Jun 2009

BILA SEBUT PASAL JAWATAN MESTI ULAMAK, YANG KENA SEMBUR FRU DI MANA ULAMAK?


Oleh: WFAUZDIN NS

AKU bukannya anti Ulamak kerana tanpa Ulamak, PAS akan hilang arah tujuannya. Tetapi apabila Ulamak sudah dipilih tanpa bertanding jawatan Presiden di dalam PAS, amat keterlaluan untuk penolong Presiden pun golongan Ulamak tidak layak. Lebih bersifat tamak lagi, diletakkan syarat pula untuk jawatan Naib Presiden pun mesti ada seorang Ulamak. Siapa punya usul ini? Ini adalah usul Dewan Ulamak PAS sendiri.

Setahu aku Ulamak itu pewaris Nabi dan Nabi itu setahu aku juga seorang yang berani dan sentiasa berlaku adil. Ada sejarah Nabi berada di hadapan di medan pertempuran sehingga patah gigi Baginda. Itulah kehebatan Nabi yang susah pula nak diwarisi oleh golongan Ulamak sekarang. Kita lihat sendiri bagaimana PAS diwaktu kesusahan bersama rakan-rakan di dalam PR untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menentang kezaliman, pejuang-pejuang PAS yang sering kita lihat di hadapan sekali ialah siapa? Yang sering disembur oleh FRU dan ditangkap siapa? Yang rajin berceramah dan berjumpa semua golongan tidak mengira bangsa dan agama di setiap pelusuk kampung dan kota tu siapa? Ini belum lagi berperang, baru nak menuntut demokrasi dan keadilan. Di mana Ulamak ketika itu? Di masjid bertazkirah mungkin.

Bukan tidak ada seorang pun Ulamak yang aktif di saf hadapan, memang ada, jika dahulu Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah pedih mata disembur FRU. Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz juga pernah diserbu ketika berceramah. Tetapi, cuba kita kira seramai mana golongan Ulamak khususnya di dalam Dewan Ulamak sendiri yang berani bersama rakyat turun menentang kezaliman? Berapa ramai dari mereka yang pernah ditangkap, dipukul atau sekurang-kurangnya terkena percikan air gatal FRU? Kalau berperang, aku tidak tahu bagaimana agaknya.

Amat malang, setelah PAS kini mempunyai kekuatan setelah dibantu oleh rakan-rakan di dalam PR, golongan yang bukan Ulamak dikatakan tidak layak untuk berdamping dengan Tuan Guru Presiden. Ini bermakna, Dewan Ulamak secara tidak langsung tidak menyokong Husam atau Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Husam tidak sokong Islam kah selama ini semata-mata Husam berbaik dengan DS Anwar? Mat Sabu tidak sokong hudud kah semata-mata Mat Sabu berbaik dengan Guan Eng? Atau Ustaz Nasa dikira seorang Ulamak pewaris Nabi hanya semata-mata `merayap' malam berjumpa pemimpin Umno sewaktu PR ingin membentuk kerajaan di Selangor?

Aku hairan mengapa Dewan Ulamak bersikap seolah-olah tamak kuasa. Aku salute dengan Ustaz Harun Taib yang memberi komen di TV sebentar tadi apabila beliau diminta mengulas usul Dewan Ulamak yang minta agar jawatan No 1 dan No 2 mestilah Ulamak dan Naib Presiden salah seorang mesti Ulamak. Beliau menjawab dengan tegas, beliau tidak menumpukan isu tersebut kerana beliau lebih utamakan bagaimana PAS boleh diperkuatkan bersama PR untuk menumbangkan Umno/Bn. Oleh yang demikian, untuk perkuatkan PR yang terdiri dari berbagai bangsa dan ugama serta fahaman itu, bijakkah semuanya hendak diserahkan kepada Ulamak? Selama ini siapa yang bekerja kuat mendekatkan berbagai bangsa dan ugama tersebut menyokong PAS? Ulamakkah? Atau orang-orang seperti Husam, Mat Sabu, Dr Hatta, Dr Lo'Lo' dan ramai lagi yang bukan boleh dianggap Ulamak itu?

Tuan Guru Nik Aziz juga seorang Ulamak, tetapi beliau tidak tergamak untuk mengatakan semua jawatan tertinggi PAS mesti lah dibolot oleh Ulamak. Bukankah PAS ada Majlis Syura, bahkan Dewan Ulamak juga penting untuk menentukan arah tuju dan dasar PAS. Justeru itu, apa yang perlu dibimbangkan jika Timbalan Presiden PAS bukan dari Ulamak? Bolehkah beliau berbuat sesuka hatinya tanpa persetujuan Majlis Syura/Dewan Ulamak? Dewan Ulamak seolah-olah tidak mengiktiraf mereka yang bukan Ulamak selama ini yang berjuang bersusah payah untuk memperjuangkan PAS sehingga menjadi seperti sekarang. Aku bimbang nanti, PAS akan hancur dengan sikap Ulamak sedemikian.

Lain-lain artikel berkaitan baca sini

14 ulasan:

  1. Nak jadi macam paderi gereja zaman gelap eropah dulu. Paderi semua betul, orang lain semua salah termasuk ahli sains (professional).

    BalasPadam
  2. Ulamak sepatutnya membimbing profesional utk dijadikan pemimpin pelapis, bukan menyekat mereka untuk menjadi pemimpin.

    BalasPadam
  3. Diminta semua para blogger jgn terlalu ghairah menyebarkan sesuatu cerita.tujuan blogging ni sepatutnya sebagai suatu pendekatan utk sebarkan kebenaran bukan utk jd batu api sebarkan kebencian.ditakuti nti bila nak mati susah nak mengucap sbb dosa org yg memfitnah lebih besar dr membunuh.jgn anggap diri kita sntiasa benar jika stakat dgr khabar berita dr pihak ketiga.jgn jd golongan yg sesat lg menyesatkan..

    BalasPadam
  4. Salam...

    Buktikan dulu kekuatan sebelum membuat apa-apa tuntutan. Jangan jadi macam PPP yang menuntut macam-macam tapi parti itu tidak kuat. Ada yang berkata jangan jadi tunggul dalam PR tapi apa yang kita lihat adun-adun PAS masih berfikir di dalam kotak.

    Adun-adun serta ahli parlimen PAS perlu memperkemaskan diri untuk hari-hari yang mendatang. Mereka juga perlu bertindak secara proaktif. Jangan hanya sibuk mengejar jawatan. Buktikan kebolehan diri dahulu serta akui PAS masih tercicir jauh ke belakang.

    PAS masih boleh berpengaruh tanpa kuasa tetapi ahli-ahlinya perlu berfikir di luar kotak. Gunakan kreativiti walaupun mentadbir dalam kuasa yang terhad. Jangan asyik salahkan orang lain. Muhasabah diri sendiri dulu kerana kita sebagai manusia bukannya perfect walaupun jawatan kita sebagai presiden dsb.

    Yang penting... BUKA MINDA...

    BalasPadam
  5. Cerita berkenaan ada pemimpin PAS yg merayap jumpa pemimpin Umno secara sembunyi sebaik sahaja PR membentuk kjaan negeri di Selangor bukan fitnah. Pak Lah sendiri akui, pemimpin2 PAS yg lain juga akui bahkan kebanyakan dari mereka tidak tahu pun perbuatan sumbang pemimpin tersebut. Maka, org seperti ini wajib kita tegur sebagaimana wajib kita menghormati Ulamak juga.

    BalasPadam
  6. Bro, mcmana bro tau ulama tak bergelumang dgn FRU, dgn special branch, dgn mcm2 perkara yg hebat tekanannya? Jika bro berada di tmpat para ulama, plus memimpin pulak tu, siang malam asik berpikir mcmana nak bagi Islam itu indah, dan politik Islam itu cantik, dan kerja2 mentarbiyahkan saudara2 sesama Islam akan hebatnya Islam, dan mendakwahkan org bukan Islam. Belum lagi fikir bagaimana nak keluarkan anggota2 parti yg kena ISA, belum lagi nak buat kertas kerja untuk idea2 baru, belum lagi menjawab persoalan ahli2 parti, belum lagi pikir hukum hakam dalam menterjemahkan politik Islam, belum lagi berfikir polis dan unit saraf mengepung rumah dan anak2 serta memerhatikan gerak geri mereka.. bro bolehlah, bila ada isu, baru nak turun demo dan kena gas pemedih mcm sesuatu yg hebat, tau tak tekanan minda sebenarnya lebih sakit dari itu? hentikanlah buat fitnah yg bro asik ambik dari kenyataan yg bersifat surface ajer.. husam maupun ust nasha adalah org yg bagus utk parti.. jgn fitnah tak tentu arah, tanya betul2 kepada yg empunya diri, betul ke atau tidak dgn dihadiri oleh ulama2, Mursyidul Am, Yb Presiden, dan lain2 - tanya betul2 ust nasha, betul ke kamu ni nak masuk UMNO? betul ke kamu ni suka nak peluk UMNO? Kalau serius sangat perlakuan ust nasha tu, kenapa tak singkir kan ajer dia keluar dari PAS? Dr Harun Din pun u all belasah, macamlah dia budak kecik.. if serius giler and PAS akan runtuh, nape semua pimpinan tak sound ust nasha, adakan pertemuan tertutup dan tanya dia depan2, dewan ulama pun boleh tanya terus.. tapi agak2 bro lah, depa tu dah tanya ust nasha ke belum? isu fitnah yg berat mcm bro tuduh ni, bro rasa ulama dan pimpinan dah tanya ust nasha ke belum? kecuali lah ust nasha tu kebal... Ust Hadi pun segan, Ust Nik Aziz pun segan, Dr Harun Taib pun segan..isk tak logik.. kalau betul dia dah berpaling tadah, buang aje dia bro..dlm meeting petang karang, usulkan ust nasha dibuang dari PAS seumur hidup..baru lah seronok beb..
    Anyway, if perhati betul2, belum ada kenyataan balas yg beriya-iya dari ust nasha dalam isu ini - dan org terus menerus hentam dia..tapi kalau bukan ulama, rasanya ust nasha dah menjerit tak tentu arah, agaknya ler..
    apa la bro ni.. tau lah u blogger, tapi tinta u tu , katakanlah tak betul dan mmg fitnah, di akhirat esok jadi bukti tau.. jgn main2..
    Kecuali lah semangat busuk hati nak jatuh kan orang dan tak kisah jika org tu betul2 ikhlas berjuang utk PAS.. tak terfikir ke bro kalau jika benarlah ust nasha itu ditempat yg benar, tak terfikir ke yg teruknya dan patahnya hati org itu yg dihentam terus menerus, di tikam belakang dan depan, tanpa belas kasihan? macam lah ust nasha tu israel.. apa laaa u all ni.. agaknya kalau bro duduk kat tempat dia, mesti lagi teruk kot..haha
    Kalau nak tegur tu patut patut laa.. cuba pikir, bro ingat dewan ulama PAS tu pun dah masuk UMNO ke? depa pun nak peluk UMNO ke? maknanya keputusan ulama tu salah lah yer? wahhh terror bro ni... dewan ulama cuma usul ajer, tak terima, tak ada hal.. nama pun usul..bukan confirm.. depa pun suka jugak kat husam, tapi mungkin ada perkara yg lebih besar dari ketajaman memimpin cara husam tu, mungkinnn... kan elok kalau bro dan rakan2 masa mula2 cadang husam tu, tak payah lah kata ust nasha ni teruk lah, umno lah.. calon kan diam2 ajer dah ler.. Bro Mat Sabu pun kena calon gak, ok ajer.. tak der lah kecoh... bubuh brapa ramai nak bertanding pun , tak kesah...aman ajer.. ni siap belasah peribadi org lagi, apa hal? nak menang sangat ke?

    BalasPadam
  7. tu la masalah bila tak biasa kena tegur. dia org cerita kisah pemimpin PAS yg buat kerja belakang ni...itu fakta. Mahfuz pun tau, ramai yg tahu tapi nk jaga muka dia PAS takkan nak kecoh. Jadi blogger2 semua tolong bgtahu dia ni...jgn buat kerja blakang pimpinan...jgn hiris hati kawan2 tu jer. Sebelum ni pun byk aku tgk blogger yg sokong Us Nasa masa dia btanding dulu dan takde pun yg kritik dia cam skrg. Nape ini berlaku? Pimpinan PAS pun sebenarnya tahu nape Us Nasa dikritik ramai pihak tapi mereka golongan Ulamak yg takkan sanggup menjatuhkan air muka Us Nasa. Biar je blogger2 yg tolong peringatkan Us Nasa atau siapa2 je yg cuba buat kerja merayap tgh mlm ni.....Pasal hina Ulamak tak timbul...byk blogger sokong kuat Ulamak, tapi Ulamak Yg macam Mana? Mmg la itu hanya usul Dewan Ulamak saje, camtu la yg blogger dok tulis...itu pandangan blogger juga. Ada ke blogger kempen suruh pecat Us Nasa? Takde setakat yg aku baca la. Mereka tegur je, cuma ada la satu dua yg pendekatan dia keras sket masa tegur. Cam Mat Sabu gak, beliau tegur Kerajaan bukankah keras sikit. Dlm jemaah ni mesti ada yg keras, lembut dan sederhana....janji taat pd jemaah. Blogger pun bukan kata semua Ulamak tak bekerja keras, tetapi ada yg bekerja keras untuk siapa? Untuk PR atau Umno?

    BalasPadam
  8. Hahahaha..bro ni.. jgn lah citer pasal kena tegur sikit tak boleh..pasal boleh kena tegur laa yg kita tegur balik ni..kita tegur tak belasah sape2, tapi yg fakta dan jaga "kesihatan" jemaah. Kira macam ni lah bro. Takkan kita nak tegur anak isteri sampai satu dunia tau beb. Tegur pun madai madai lah.. Kalau nak calon Husam pun, calon ajer lah baik2.. baik ust nasha ke, umno ke, bush ke, depa tak kesah pun.. tapi bila dah calun kan nama husam, tiba2 belasah ust nasha macam nak rak..dah calon tu dah lah. Tak yah lah citer org ni bagus, org ni tak bagus.Macam Umno lah pulak kempennya. Kalau dah jadi calun, citer lah pasal visi husam ke, apa yg dia nak buat - tak yah lah citer ust nasha ni musuh dlm selimut lah, itu lah , inilah..(itu kalau betul dakwaan tu, cuba bro pikir, kalau tak betul dakwaan tu macamana? if sebenarnya pimpinan dah tau and dah kata ok, macamana?)...beb, org yg keras hatinya pun boleh terduduk beb!..
    Pasal jatuh kan airmuka ust nasha? Aikk, la ni bukan ke u all dah jatuhkan airmuka ust nasha?bukan ust nasha ajer, tapi seluruh dewan ulama, well, maybe lah kot..
    Wa senang aje beb, for me, ulama adalah org yg dekat dgn Tuhan, so to say, as per Nabi cakap, bukan wa yg cakap beb. And org yg tak ulama pun boleh dekat dgn Tuhan gak, tapi if dewan ulama tu takkan semua jauh dari Tuhannya kot if depa usul bab jawatan tu.. for me, ulama kita biarkan memimpin kita dalam gelap gelita, hanya Allah ajer jadi panduan ulama - sebab bila mereka dekat dgn Allah, Allah bagi pedoman utk ke kanan atau ke kiri.. yg professional, dia bagi pendapat kalau nak jalan dalam gelap ni, kena bawa pisau ke, tali ke, lampu picit ke, bateri ke..tapi instinct atau gerak hati ini, Allah yg bagi.. makanya, ulama memandu mengikut takfik dan hidayah ALlah, walau dia org buta yg tak nampak jalan, walau dia mengaji kat pondok ajer, tapi yg tunjuk jalan sape dia beb? Moga nya Allah yg tunjukkan jalan, amenn.. As for Husam, wa tak kesah dia nak jadi Timbalan Presiden, dan i'm sure ust nasha pun tak kesah dia kalah, tapi bertandinglah dgn aman dan damai, bukan dgn belasah peribadi.. if bro kata mahfoz, abg mad, YB pres, YB mursyidul Am, semua ahli2 dewan ulamak - semuanya nak jaga air muka ust nasha, payahlah macam tu.. maknanya semua bersalah pada perjuangan ini lah..patutnya yg salah di ambil tindakan sebab dia sorang2 aje pi jumpa UMNO nak suruh gabung dgn PAS..wahhh hebat tu.. kira Ust Nasha ni Lone Ranger lah buat keputusan - jalan sorang2 kat tepi jalan, terpikir nak gabung dgn UMNO, terusss aje jumpa Pak lAh...wewwww.. logik agaknya kot yer bro..
    Gua pun heran, bro rasa ust nasha pi kat utusan malaysia lepas tu bayar diaorg tu suruh kempen dia ke? hahahaha.. pelik tu... yang wa tau, ust nasha tu gaji pun berapa aje sebab jadi YB, nak bagi anak2 makan, isteri pun tak kerja. Pi ceramah lagi, pi jumpa org, jumpa kawasan.. tak tau la dia buat projek jutaan lak.. wallahua'lam..
    Anyway, wa minta maaf lah.. bro lagi terror bab2 blogger ni dan wa tabik u all sebagai tulang belakang tumbangnya BN. Dan wa tabik semua yg bertungkus lumus - just wa pun nak tegur gak laa, takkan tak leh tegur sikit kot..jgn marah yer.. may Allah bless u and we all, ameen..

    BalasPadam
  9. Tegur sikit ajer? cuba baca teguran ini :

    1. kalu datuk mohd daud pelahat sangan ngan kerajaan perpaduan …… tinggalah saja pas, pi masuk umno jambantaik tu.

    tosah nak ajak2 orang lain pulak masuk jamban
    *

    By: budak tadika on Jun 4, 2009 at 5:21 pm
    Balas

    2. ustaz daud, ustaz nasha.. kalu mu dua oghe nak masuk umno, baik aku masuk umno ‘jak ‘dulu

    ceredik gak sikit…

    - basir 017-3355733
    *

    By: basir on Jun 4, 2009
    at 6:25 pm

    Balas

    3. PAS PERLU TEGAS !!!!
    BATALKAN KEAHLIAN SEMUA SERANGGA PEROSAK UMNO YANG BERADA DIDALAM PAS !!!!
    BIARLAH PAS KURANG KEAHLIAN ASALKAN TIDAK MENGGADAIKAN AQIDAH DAN PRINSIP PERJUANAGAN !!!!
    ULAMAK MANA YANG SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN PARTI YANG PENUH DENGAN PERASUAH, MUNAFIK, ??? PENJENAYAH DAN SEBAGAINYA….
    PERWAKILAN MUKTAMAR KALI INI PERLU MENYINGKIRKAN MEREKA !!!!

    - well bro, fikir fikirkan lah..

    So plse be matured! Utusan atau Berita bukan jadi rujukan kita beb! macam2 telahan yg boleh dibaca.. maybe dia tak nak ust nasha, maybe dia nak lagakan ulama yg dah memerintah lama, maybe dia tak nak husam, maybe dia nak husam, maybe dia nak org2 PAS gaduh satu sama lain.. lu ingat dia org tak baca tulisan u all ke? sampai UK pun baca tau!

    BalasPadam
  10. Dalam teguran teruk cam kat atas tu mmg ada, termasuk seorang penulis tu yg hentam Husam cam nk rak. Jd fare la, yg penting guna akal. Guna akal, baik atau tidak merayap dlm gelap jmpa pimpinan Umno utk berunding kuasa? Itu fakta, dan itu kena bgtahu sbb kalau tak bgtahu nnti ramai yg tertipu. Sedangkan Mahfuz pun siap kena tipu, nasib baik cepat2 dia mintak maaf apabila mnyatakan PAS tidak berunding dgn Umno di selangor. Rrrupa-rupanyer...ADA YG Merangkak malam...ramai pimpinan yg tak tahu itu fakta. Kalau Pak Lah tak bocorkan rahsia pertemuan itu, ramai lg ahli PAS akan tertipu. Ulamak mmg penting dan perlu dlm PAS, itu dah diulangi byk kali, tetapi ulamak macam mana? Tentang teguran, sape2 boleh tegur pasal tu blogger ni tak delete pun yg kritik2 ni...kita happy utk bertukar pndapat..Pas ni kalau sape2 menang takkan kita semua nk tinggalkan pjuangan kan...itu lah kelebihan kritikan dlm blogger cam ni...

    BalasPadam
  11. Dear bro,
    Mana ada fair macam tu kalau orang yg dituduh tidak diberi peluang memberi penjelasan? Atau adakah itu memang tradisi PAS - tegur bagai nak rak, sampai terduduk orang tu, dan terus musnah kan dia sampai dia tak boleh angkat muka? Jgn macam tu bro..itu destructive namanya, bukan constructive.. if pikir lojik, takkan lah sampai sekarang "musuh" dalam lipatan yg bro maksudkan itu, iaitu ust nasha, "merayap malam" (adakah org mcm ust nasha bro labelkan mcm budak2 rosak moral yg merayap malam?) dan pergi bincang dgn UMNO untuk dia sorang2 kongsi kuasa dgn UMNO? mestilah dia akan bawa ke pimpinan dan bincang apa yg terjadi, betul tak? takkan dia nak decide sorang2 bro? teruk sgt ke ust nasha yg u all pilih dulu2 tu sebagai setiausaha agung dan kemudian jadi Tim.Presiden? Tak terfikir kah bro seperti yg Tuan Guru Nik Aziz kata, jika UMNO terima Islam dan adopt ISLAM, dan ingin bersama dgn Pakatan Rakyat, amacam? Adakah bro tau apa yg UMNO nak bincang sebenarnya? ATau adakah bro akan kata, alaaaaa UMNO tu, jahat sampai bila2 pun.. isk susah lah nak berdakwah kalau macam ni.. kata nak berdakwah kepada seluruh manusia akan agama ALlah.. ini bila jumpa sahaja, dah pikir macam2.. katalah UMNO kata nak bertaubat dahhh, and nak sama2 dgn PR, haaa mcmana bro? Adakah kita ni macam Tuhan sampai tak boleh terima taubat atau kesalahan org lain? teruk laaa mcm ni..rigid bangat...
    Ulama mcmana yg bro suka? Ulama yg tak lansung ada ehsan dengan org lain? Ulama yg boleh tumbangkan UMNO dgn apa cara sekali pun? Ulama yg cakapnya keras dan tak terbuka kepada perubahan? Tuan Guru Nik Aziz pun terbuka dalam semua perkara beb. Presiden Erdogan adalah pemimpin Turki yg berani, tapi Erdogan bersikap halus dgn negara2 islam, dan tak kutuk pun org2 Islam yg tak sehaluan dengannya.Erdogan garang dengan Israel, dan sekutu2 nya...
    Hehehe, mmglah kita suka bertukar pendapat, wa pun tengah bertukar pendapat lah ni.. pendapat wa, jgn lagakan pemimpin2 kita.. dah calon kan husam, abd mad, ust nasha - so tak payahlah laga2 kan.. undi ajer lah yg terbaik, tapi jgn lah hentam sana sini, budaya sebegini akan buat org husam , org abd mad, org ust nasha bermasam muka antara satu sama lain.. ada perasaan yg bermuka2.. isk.. parah lah macam ni bro! wa tak kisah pun husam jadi Tim.Presiden, wa ok! tapi plse beb, budaya yg dicetuskan ini bahaya. Maybe tak payah hentam ust nasha pun, husam boleh naik apa, kalau dah tau dia bagus, sure ust nasha pun rela husam menang.. kerana perjuangan ini bukan perjuangan individu, ini perjuangan Islam beb.. dan apa yg ust nasha buat pun, wa percaya mesti dgn niat yg baik dan ikhlas, bukan "merayap malam" utk jadi perdana menteri malaysia lah pulak.. apa raaaa...

    BalasPadam
  12. Vukan niat nak melagakan tetapi menegur. Mengapa perlu berdalih macam2 kata pemimpin tu jumpa pemimpin Umno nak bincang apa2...mmg kita tak tahu dia bincang apa2 pun, tapi lojiknya kalau bincang benda yg baik mesti semua pemimpin PAS kena tahu bahkan rakan2 lain dlm PR pun kena tahu. Bukan bila Pak Lah dah bocor rahsia, baru nk cakap macam2. Pasal peluang pertahankan diri tu, sama juga bila Husam kena fitnah macam2 tu. Saya tak fitnah pun sesiapa, tetapi fakta yg pemimpin PAS pun cakap mmg ada perundingan yg ramai pemimpin PAS sendiri tidak tahu berunding dgn Umno sebaik sahaja PR menang di Selangor. Untuk apa? Untuk nasihat atau dakwah Umno? Apa verita tentang tawaran MB untuk PAS jika PAS bersama Umno di Selangor? Itu yg buat ada tak puas hati. Yg dah lepas ok lah, lupakan sahaja tapi kena ingat peristiwa yg melukakan ramai org itu. Biar ckp terus terang cam Hj Hadi tadi cerucap bahawa PAS sedia bekerjasama dengan Umno untuk kebaikan dan beliau pun dah maklum perkara itu pada rakan2 dlm PR dan mereka semua setuju. Ini yg buat pandai2 sendiri apahal??

    BalasPadam
  13. Nasharudin - time demo...lari belakang...entah hilang kemana

    BalasPadam
  14. tulah sebenarnya ada sesuatu yg tak kena dengan umat islam kini. memang benar ulamak ialah pewaris para nabi, tetapi ulamak kini mewarisi keseluruhankah segala apa yg nabi wariskan. kalau tak mereka bukan ulamak sebenarnya. kalau setakat pakai serban, kopiah, jubah, berjanggut dsb agar nampak alim, tak membawa apa2 erti. pada hamba, tiada pemisahan antara profesional dan ulama. cuma org islam sekarang aje yg gatal-gatal mulut nak memisahkannya. lihat sejarah silam islam. rasulullah s.a.w, saidina abu bakar, saidina umar, saidina ali dan tidak lupa juga ibnu rusyd, ibnu sina, al-kindi, al-farabi dan sebagainya. mereka semua profesional dalam bidang masing2 dan mereka juga ulamak yg menguasai ilmu2 hadis dan tafsir. kalau hanya menguasai ilmu tafsir dan hadis sahaja tanpa menguasai bidang2 profesional yg lain, itu bukanlah ulamak namanya, tapi sekadar ahli sufi

    BalasPadam