RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 1 Jun 2009

AL FATIHAH - AKTIVIS PAS KUANTAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

AL-FATIHAH, Terlebih dahulu dengan penuh rasa dukacita saya secara peribadi serta keluarga mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham En. Ramli (pesara TUDM) yang telah kembali ke Rahmatullah menjelang Subuh pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Beliau yang mempunyai 7 orang anak menetap di Taman seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan sejak beberapa minggu lalu dimasukkan ke hospital berkenaan akibat mengalami penyakit di dalam perut. Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Shila yang bertugas sebagai Guru Taski di Taman Mahkota Aman, batu 11, Kuantan. Balu beliau juga seorang aktivis PAS yang memegang jawatan Ketua Muslimat PAS Cawangan Taman Mahkota.

Sepanjang hayat beliau, Allahyarham merupakan seorang aktivis parti yang sentiasa komited terhadap perjuangan parti. Kenangan saya bersama beliau mengingatkan saya betapa Allahyarham seorang yang mempunyai prinsip yang kuat terutamanya di dalam perjuangan parti PAS. Khususnya di kawasan perumahan yang didiaminya, Allahyarham adalah salah seorang tenaga penting membantu perlaksanaan kerja-kerja kempen membantu parti setiap kali pilihanraya diadakan. Balu Allahyarham juga seorang Muslimat yang tidak pernah berputus asa menjalankan kerja-kerja parti terutamanya mencari ahli-ahli baru di samping terlibat di dalam kerja-kerja dakwah dan usrah.

Jenazah Allahyarham sebentar tadi telah selamat disembahyangkan di Madrasah Taman Mahkota Aman, batu 11, Jalan Gambang, Kuantan. Kehadiran ramai sahabat dan kenalan serta jemaah surau termasuk dari perumahan Taman Seri Mahkota Jaya, Mahkota Aman dan Seri Mahkota dan kawasan-kawasan berhampiran amat membanggakan. Difahamkan jenazah beliau akan disemadikan sebentar lagi selepas Waktu Zohor di tanah perkuburan Kg Seri Mahkota, Batu 12, Jalan Gambang, Kuantan.

Mudah-mudahan Allahyarham di tempatkan di kalangan para Syuhda' dan orang-orang yang Soleh. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini serta sentiasa mendapat perlindungan dari Allah S.W.T. Amin.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan