RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 4 Ogos 2010

Misteri kematian bekas ADUN, janda


ANGGOTA polis mengangkat salah seorang mangsa yang ditemui mati dalam kereta di Sungai Buloh semalam.

SUNGAI BULOH - Sepasukan polis trafik semalam menyangka kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Toyota Caldina berwarna putih dinaiki dua individu yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Sungai Buloh sebagai kemalangan biasa.

Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset apabila mendapati bukan sahaja mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 11 pagi itu sebagai orang penting, malah dipercayai terdapat unsur jenayah apabila melibatkan senjata api.

Sehubungan itu, ia ibarat misteri yang menyelubungi kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, apabila terdapat kesan tembakan di kepala masing-masing.

Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai ADUN Permatang bagi tempoh 2004 hingga 2008 dan kini memegang jawatan sebagai bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor.

Siti Rohana yang merupakan janda anak empat menetap di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang pula merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Dia juga dikatakan seorang ahli perniagaan di kawasan tersebut.

3 ulasan:

  1. dlm umno tembak dan bunuh ni biasa jer....dah banyak kali berlaku...macam mokhtar hashim dulu tu...berani dia main tembak sendiri jer...

    yg adun pencen ni mungkin menggunakan khidmat pembunuh upahan kot...

    maklumlah dah menuju era negara maju ni....tindakan pun mesti nak ikut negara koboi la pulak....

    takkan na ksalahkan dap pulak.....

    kah kah kah kah kah kah ....

    BalasPadam
  2. Nak puki free...ambik kau..mati pun free. Dasar melayu umno...tak kira bini orang..janda pun jadi lah. Janji nafsu dijamu....

    BalasPadam
  3. fikir dulu sebelum bercakap la oi. ada akal taknak guna camni jadila. kita tak tahu apa sebab dorang..komen yang bijak sikitla.korang ni ada ilmu tapi ckp macm takda ilmu.pebenda....

    BalasPadam