RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 20 Jun 2009

SAIFUL LIWAT BERCAKAP PASAL AKHIRAT PULAK

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA mula menyedari bahawa DS Anwar kini meneruskan langkah untuk terus berjuang menuntut keadilan buat diri beliau yang difitnah, maka Saiful pemuda yang pernah bersumpah laknat mengistiharkan dirinya telah diliwat mula berubah bicara dari mahkamah dunia ke mahkamah Akhirat. Tindakan DS Anwar yang berterusan melawan dan terus melawan dan tidak mudah menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada `konspirator', amat menimbulkan gerun dihati Saiful maka beliau seolah-olah mencari kaedah baru agar dirinya mendapat simpati.

Saiful berkata seperti yang disiarkan di dalam Malaysia kini hari ini, sekiranya kes liwat tersebut dibuang dan tidak dibicarakan, maka beliau percaya di akhirat kelak pasti jua dibicarakan. Jika ini keimanan Saiful yang ada, maka sewajarnya lah Saiful tidak perlu membuat Sumpah Laknat yang bertentangan serta tidak mematuhi peraturan Syarie dahulu. Sudah menjadi salah satu Rukun Iman di dalam Islam, bahawa percaya kepada Hari Akhirat. Usahkan kes liwat seperti yang Saiful katakan itu, bahkan Sumpah Laknatnya itu pun akan dibicarakan juga. Ini asas agama dan semua yang mengaku Islam wajib yakin bahawa adanya hari perbicaraan dan pembalasan. Begitu juga, jika seorang doktor di Pusrawi yang memeriksa dubur Saiful mengesahkan tiada kesan liwat, jika beliau berbohong dengan laporannya itu maka tetap akan dibicarakan. Termasuk juga 3 doktor pakar dari HKL yang juga melaporkan tiada kesan liwat ke atas dubur Saiful, jika mereka berbohong mereka tetap akan dibicarakan. Ini semua adalah perkara yang wajib diyakini oleh orang-orang Islam walaupun tanpa Saiful memberitahunya.

Oleh yang demikian, sebagai manusia yang masih tinggal di dalam dunia ini tambahan pula berada dalam sebuah negarayang mengamalkan undang-undang serta sistem kehakiman seperti yang ada, maka wajib juga bagi DS Anwar berikhtiar untuk mempertahankan dirinya dari dianiayai atau dizalimi. Beliau tidak minta kes beliau dibuang tanpa alasan yang munasabah kerana beliau sedar siapa diri beliau di mata kerajaan. Yang penting bukti mesti ada dan kukuh serta keadilan untuk sidituduh dan menuduh mesti diberikan, maka teruskan saja perbicaraan. Tentang urusan di hari Akhirat semua makhluk pasti melaluinya. DS Anwar juga pernah berkata bahawa kezaliman yang berlaku terhadapnya sebelum ini dan juga beberapa tuduhan dan fitnah sebelum ini juga pasti dibicarakan di Akhirat dan mereka yang bersalah pasti tidak akan dapat lepas dari pembalasan Rabbul Jalil.

Nasihat saya buat Saiful, tabahkan hati untuk menghadapi hari perbicaraan nanti. Kita sama-sama tahu mahkamah di dunia tidak sama dengan mahkamah di Akhirat. Namun, usaha perlu dijalankan. Jika perlu menghafal mana-mana skrip perbicaraan nanti, tenangkan hati agar tidak tergigit lidah semasa perbicaraan kelak. Yang Hak Mesti DiTegakkan, Yang Bathil Bakal Dicaci. / wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. pemulis blog ni dgn saiful liwat tu bila mampus sama2 jadi geng neraka hehe.dua2 kaki pemfitnah

    BalasPadam
  2. Buktikan kebenaran wahai saiful. Teruskan perjuangan mu.

    Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  3. ingatlah Allah sentiasa di pihak yang benar. setiap manusia punyai pandangan dan pendapat masing-masing. Kita di minta berusaha mencari fakta yang sebenar. Kalau ambil fakta tanpa mengkaji terlebih dahulu maka rugilah kita. Banyak fakta yang sering di putar belit, jadi apa guna otak kita kalau tidak mahu berfikir. Kalau semua nak anggap fitnah nak berjaya macamanya.... takut-takut kita yang mengatakan itu fitnah sebenarnya kita yang memfitnah pula sebab mengatakan sesuatu yang betul sebagai tidak betul...fikir-fikirkan lah....

    BalasPadam
  4. Justeru, gunakan segala yg diberikan sbg hak utk membela diri masing2...jgn mulakan fitnah tetapi meragui pula org yg difitnah utk membela dirinya. Sbb itulah fitnah itu akan dikeji org malah lebih cepat dihidu org. Dlm tulisan ini, sy lihat tiada unsur fitnah malah fakta kerana laporan perubatan sememangnya ada berbentuk dokumen...yg lain, kita tunggu di mahkamah...sebaliknya saya lihat saiful meragui anwar utk berusaha bela dirinya....

    BalasPadam