RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 16 Jun 2009

US NASHA TAK SABAR NAK BERITAHU PRESIDEN TENTANG ULASAN NAJIB?

Kerjasama UMNO-PAS: Nasharudin sambut
baik reaksi Najib

Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB (mStar online)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional.

Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar negara.

“Respons ini adalah kali pertama secara agak serius daripada Perdana Menteri dan saya akan bawa kepada Presiden.

“Kita sedia berbincang dengan sesiapa sahaja dan sudah tentu kita tidak akan tutup ruang sedangkan kita ada peranan yang boleh dimainkan untuk membantu negara ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Pagi tadi Najib berkata, beliau tidak menolak sebarang kerjasama dengan PAS yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

Katanya, beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, Nasharudin berkata, isu kerjasama antara Umno dan PAS ini bukanlah sesuatu yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat kerana memerlukan penjelasan secara terperinci.

“Ini adalah perkara baru dan perlu diperjelaskan. Kita memberi keutamaan kepada Muktamar (untuk memutuskan), bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan esok atau lusa,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa kerjasama antara Umno dan PAS bukan bermakna PAS akan menyertai Umno atau Barisan Nasional (BN) sebaliknya hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda negara termasuk ekonomi, politik dan pendidikan.

“Persoalan PAS masuk BN dan Umno tidak pernah ada dalam mana-mana agenda pemimpin PAS, yang ada hanyalah kita tidak menutup ruang kepada sesiapa pun,” katanya.

Katanya, isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Abdul Hadi akan dibincangkan pada mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Isnin ini.

Berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan mana-mana ahli PAS yang menyokong cadangan kerajaaan perpaduan sebagai boneka Umno, Nasharuddin berkata:

“Kalaulah ada persepsi cadangan kerajaan perpaduan untuk bawa PAS masuk Umno dan BN, saya katakan tidak ada sebarang niat (ke arah itu).” - Sabahdaily/Mstar

3 ulasan:

  1. Collecting Blogs
    Para blogger yang dihormati,

    Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.

    terima kasih, diatas sokongan.

    I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

    1. Your blog's name.
    2. Your blog's url.
    3. Your blog's category.

    Thanks for support.

    you have something to share? just email us:
    anda ada sesuatu nak kongsi bersama khalayak email kami: amkbg@yahoo.com

    BalasPadam
  2. ni antara blogger umno yang paling tidak ilmiah dan kurang bijak.nampak sgt agen umno.suka memecah belahkan pas

    BalasPadam
  3. Saya rasa ini bukan blogger yg tulis. Ini petikan dari akhbar Mstar yg ditulis oleh blogger tersebut di atas tu. Lagi pun, siang tadi Bernama TV juga turut siarkan kenyataan Us Nasha sama seperti yg dilaporkan oleh MStar di atas. Takkan itu pun dianggap tipu juga. Kalau tipu, maknanya Us Nasha tipu jugalah tadi semasa diwawancara. Slm.

    BalasPadam