RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 18 Jun 2009

TAHNIAH US MUJAHID DI ASTRO AWANI

Oleh: WFAUZDIN NS

ASTRO Awani di dalam siarannya malam tadi mengadakan perbincangan berkaitan Kerajaan Perpaduan yang semakin hangat diperdebatkan sekarang. Tetamu yang dijemput adalah terdiri dari Us Mujahid Yusof, Shahidan Kassim dan seorang lagi penganalisa politik dan juga Blogger jika tidak silap saya Sdr Nobisha. Perbincangan tersebut berjalan dalam keadaan baik, penuh berhemah dan berdisiplin di bawah kawalan pengacaranya Sdr Suhaimi.

Topik yang dibicarakan amat sesuai sekali di dalam situasi yang agak gawat terutamanya kepada parti Pas sekarang. Apatah lagi, siang tadi Pas telah dikejutkan dari lena oleh Mursyidul Am Tuan Guru Hj Nik Aziz yang menegur secara keras terhadap Timbalan Presiden Pas Us Nasha. Saya mulanya menjangkakan isu ini akan berakhir apabila Setiausaha Agung Pas yang baru dilantik iaitu Mustafa Ali mengadakan sidang akhbarnya pagi tadi. Malangnya, tiada berita yang menggembirakan dari sidang akhbar tersebut, malahan satu kenyataan yang semakin bercelaru dikeluarkan oleh Mustafa Ali. Apabila ramai di kalangan pimpinan Pas peringkat bawahan serta ahli-ahli Pas termasuk Kelab Penyokongnya masih belum mengerti apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan bersama Umno, Pas pula mengaitkan PKR dan DAP turut sama menyertai idea tersebut sebagai satu syarat baru ke arah idea yang kabur itu.

Us Mujahid telah berjaya sedikit sebanyak merungkaikan mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini ditentang ramai termasuk oleh Mursyidul Am Pas sendiri. Meskipun Shahidan Kassim memetik beberapa terjemahan dari ayat-ayat Al-Quran bagi menunjukkan betapa perpaduan itu penting di dalam Islam, namun Us Mujahid lebih ariff di dalam menafsirkan apakah bentuk perpaduan yang dikehendaki oleh Islam yang sebenarnya. Maka, kisah kemungkaran Umno yang terlalu banyak berlaku, kisah kezaliman dan ketidak adilan Umno terhadap rakyat khususnya yang tidak menyokong Umno/Bn telah dikupas oleh Us Mujahid. Inilah punca mengapa setiap kali usaha untuk bersatu dan berpadu bersama Umno sering gagal. Umno seharusnya terlebih dahulu `mencuci tangan' nya yang penuh dengan kezaliman dan ketidak adilan terhadap rakyat sebelum menyambut salam perpaduan dengan sesiapapun termasuk Pas. Us Mujahid juga menerangkan bahawa Pas berjuang dalam konteks yang lebih luas bukan semata-mata untuk bangsa Melayu sahaja.

Saya tidak setuju dengan cadangan Shahidan Kassim serta ahli panel yang bercakap melalui telefon iaitu Ibrahim Ali yang mahukan Pas berbincang dengan Umno sahaja terlebih dahulu sebelum dibuka kepada lain-lain parti. Hujah beliau adalah hanya Umno dan Pas sahaja parti Melayu dan amat releven kedua-dua parti ini dahulu yang berbincang atas isu perpaduan ini. Apakah mereka lupa bahawa Pas bukan parti Melayu sama seperti Umno? Pas adalah parti Islam dan Islam adalah untuk semua. Oleh itu, mengapa mesti berbincang dengan Umno semata-mata? Tidakkah lebih mendatangkan syak wasangka dan keraguan di kalangan parti-parti yang lain sekiranya Pas dan Umno `berbisik' di dalam `kelambu' ? Jika usaha untuk perpaduan dan keadilan sejagat itu ikhlas untuk dilaksanakan tanpa ada apa-apa kepentingan politik masing-masing, mengapa ianya dilakukan secara `berbisik-bisik'?

Sekiranya perbincangan mahu juga dilakukan oleh Pas dengan syarat bahawa PKR dan DAP juga turut serta, saya berpendapat itu tidak memadai untuk merealisasikan perpaduan dan keadilan untuk rakyat. Umno perlu berubah dan Umno perlu menunjukkan minat ke arah itu terlebih dahulu. Sehingga kini, Umno masih tidak berubah dan Pas juga sebenarnya tahu di sebalik percakapan Umno untuk bersatu dan berpadu, di dalam poket mereka masih terdapat `senjata' yang pada bila-bila masa akan menikam Pas dan PR. Ini bukan satu prasangka buruk, buktinya Umno masih menyimpan perasuah-perasuah sebagai pemimpin, masih berpaut dengan Akta ISA yang zalim, masih duduk di kerusi MB Perak secara tidak demokratik, masih menganiayai negeri-negeri di bawah PR dan banyak lagi noda yang tersimpan di dalam `poket' Umno. Pas harus menimbang kesemuanya ini sebelum menghulurkan tangan kepada Umno.

Hakikatnya perpaduan di kalangan rakyat seperti yang diperkatakan oleh Us Mujahid tiada masalah ketika ini. Di mana-mana ceruk kampung masyarakat kita cukup bersatu padu walaupun mempunyai idealogi yang berlainan. Hanya pemimpin di atas yang sering membuat onar dan cuba menggugat perpaduan ini. Sikap pilih kasih, menganak tirikan rakyat yang tidak menyokongnya, mengadakan JKPP untuk bersaing dengan JKK kampung yang dilantik oleh kerajaan negeri di bawah PR adalah salah satu usaha menggugat perpaduan. Jika ini berterusan, amat malang sekali jika Pas atau PR sanggup bersekongkol dengan mereka. / wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. mmg kaki putar alam blogger ni.kenapa tak cerita ttg penerangan ustaz mujahid ttg unity government tu.yg kau berbelit-belit cerita ttg benda lain tu pasal ape.mmg kaki putar alam la kau ni.mmg sah agen umno

    BalasPadam
  2. Laaa...ko ni pun satu...takkan dia nk citer abis kot..ambik isi dah le. Yg penting Us Mujahid setuju dgn perpaduan, tapi perpaduan yg cam mana... Tangan penuh tahi camne nk bersalam ngan orang....kena cuci la dulu...

    BalasPadam
  3. yg kau tu sape plak.aku ckap dgn blogger ni bukan dgn lu.apala kau ni pn agen umno jgk

    BalasPadam
  4. aku pun sokong bdk tu ckp...dah sah umno takleh nk wat kawan...nk bkawan mendernyer....kena tipu la pas kalau kawan ngan umno ni...pi ambik blk perak nun drpd sibuk nk berbaik ngan umno...

    BalasPadam
  5. nak ambik perak mcmna kalau 2 ekoq pkr tu yg buat taik.skarng ni pkr senyap je lpas tgan.yg susah payah turun naik court mb pas.apala lu

    BalasPadam
  6. kalau harap pas je takde sokongan PKR dan DAP, kirim slm la Nizar nk jd MB Perak...bongok la lu....jgn ingat Pas je yg kuat pertahan Nizar...yg rampas cara kotor tu Umno...yg kita sibuk nk berbaik tu watpe...bongok tol....kira la balik kerusi pas tu ade brape kat Perak....ini semua kerana PR la yg boleh bersatu...yg belot biarkan la janji kita lawan...dlm Pas pun ade gak dulu yg belot...Naib Presiden masuk Umno...Presiden pun keluar parti cam ustaz Asri tu...manusia ni sama je...janji tetap berjuang...

    BalasPadam
  7. pkr dgn lu mmg bahalul.dah tau adun pkr tu bermasalah knape tak buang je dari awal.lg mau simpan.bongok la lu.kelakar btul bila bakal mb pkr perak jd katak lompat masuk umno.nasib tak jd mb.mmg kamcing btul pkr dgn umno.agak2 nak duit je lompat umno.kalau takde jentera pas tolong pkr dah lama dah pkr lingkup.

    BalasPadam
  8. anwar tu kalau tak kena pecat dgn mahathir dulu mmg kekal dlm umno.dgn korang2 semua masih umno totok hehehe.baru setahun jagung tubuh parti pkr nak lebih2 pulak.menjaja cerita burukkan pas.bahalul betul la lu

    BalasPadam
  9. siapa yg burukkan pas? Us nasa ke mustafa? benda la budak ni ckp....kalau tak anwar kena pecat, sahih calon2 pas byk yg hilang deposit bertanding plihanraya tau tak...itu fakta ok. Ni pasal us nasa ngan mustafa...anwar la sibuk2 jwb bagi pihak pas suruh bersatu ....sebab anwar nk pas bersatu ....tapi puak2 ni sibuk plak nk jugak kat umno yg rampas royalti pas kat ganu dulu tu....tak sedar diri...

    BalasPadam
  10. salam..

    org pas yg maki pkr adalh talibarut umno..

    org pkr yg maki pas juga adalah talibarut umno.

    klu org PR mana mungkin nk maki sesama sendiri...

    BalasPadam